Thursday 5 January 2023

CARI HADIAH @ IKEA

 Hari ni pergi kerja dengan bulan.Balik kerja dengan bulan..bz naw dengan urusan dunia seolahnya...hihihi

Maafkan saya tak sempat nak kunjung ziarah/blogwalking hari ni.In shaa Allah esok saya cuba cari masa pi jenguk kawan-kawan..


Balik kerja tadi,saya bersama Adah dan Shifa pi cari hadiah untuk Shawaty yang minggu depan akan bertukar tempat kerja  ke tanah kelahirannya iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang.


Adah cadangkan gi Ikea..Cari punya cari ...


Akhirnya Adah cadangkan lampu ni & Shifa setuju.
Lampunya RM99

Gambar lintang pukang tak ikut susunan..sebab dah kepenatan,malas nak delete & susun semulal
..hihihi


Bulb nya RM35

Mula nak beli ni..over bajet

 
Tu yang deside ambil
lampu hektogram ni.

Saya tak pandai nak pilih

Saya berkenan meja kopi ni..untuk rumah sendiri tapi Adah kata nanti order kat shopee ja..

Lepas dah bayar,jejalan tengok deco CNY ,..cantik


Pastu Adah belanja makan.Saya dan Shifa dah kenyang baru makan nasi lemak kat tempat kerja..
Tapi makan juga la sikit dah alang-alang datang Ikea ni Adah kata saya kena rasa walau sikit kerana meatbal Ikea ni sedap.
Jujurnya ini 1st saya ke Ikea..hihihi...jakunnya saya walaupun Ikea tu tak sampai 20 km pun dari rumah..
Selalu saja anak-anak ajak pi tapi saya tak pernah nak ikut depa..

Walau dah kenyang tapi nak rasa la jugak 
Saya hanya amik  Shifa amik meatball 8's sahaja.Shifa order meatball 8's dan pasta penne.Adah order lasagna dan chicken wing.Air apa Ada amikkan...
Selesai makan...otw balik jem nyut nyut nyu..Maghrib pun berenti kat petronas saja..
Sampai rumah dah azan isyak...
sibuk urusan duniawi !


9 comments:

  1. sy pun dah lama tak ke ikea rasanya lbh 3 tahun tak jejak ke sini,ralit duk situ berjam2 tak sedar..so mcm mana kak sedap tak meatball tu? ;)

    ReplyDelete
  2. dana pun dah lama tak ke ikea kak, kdg ada benda yg murah ada yang mahal. Rindu nak layan meatball dan karipap nya tu. KL kalau tak jem waktu balik kerja memang tak sah kak

    ReplyDelete
  3. Pergi Ikea ni seronok sebab suka cuci mata dalam tu. Sambil berangan². Anak lanang sorang tu pun dah pandai ajak gi Ikea. Ermmm, sebab nak beli mainan la kan. Ape lagi 🤣

    ReplyDelete
  4. Kita lum sampai lagi... Selalu beli by personal shopper jew✌️

    ReplyDelete
  5. Rumah saya di Penang ni dekat je dengan Ikea. Masa PKP rajin pergi sebab itu je yang boleh (10km radius). Sekarang ni dah lama sungguh tak pergi. Tak ada barang nak dibeli. Nak datang makan2 rasa malas, sebab tempat makan tu biasanya sesak.

    ReplyDelete
  6. Biar betul kak 1st time ke ikea??? Kalau ke ikea mmg kena mkn meatball tu.. hehehe

    ReplyDelete
  7. bestnya..lama x gi ikea jugaks....

    ReplyDelete
  8. dah 3 tahun x pi Ikea...bila la nak pi lagi...dah tahun ke 3 duk seremban semula terus macam lupa jalan ke Ikea..hahahaha

    ReplyDelete