Sunday 1 January 2023

SARAPAN PAGI TAHUN BAHARU 2023 @ GERAI TEPI KEBUN

Detik 12 malam tadi,Ibukota Kuala Lumpur dan tempat lainnya ditemani dentuman dan percikan bunga api.Walaupun tidak sehebat tahun-tahun dulu tapi tetap meriah seadanya untuk mereka yang ingin menyambutnya.

Saya hanya melihat dan mendengar ucapan Tahun Baharu daripada PM kita yang live dari Masjid Putrajaya.Kemudian tidur dan menjelang 12 malam terjaga dek dentuman bunga api.


Pagi Tahun Baharu 2023,seawal 7.45 pagi kami tiga beranak sudah bersarapan berat @ Gerai Tepi Kebun .
Sebenarnya memenuhi janji dengan Cella nak bawa dia sarapan kat sini.Pick up Cella kat kolej kediaman dia pukul 7.20 
(Itupun kena call kejutkan dia pukul 6.15 pagi🤭)

Ini kali ke-2 saya dah Adah ke sini dan kali pertama untuk Cella.Kali pertama  datang  
GERAI TEPI KEBUN ni tahun lepas
( bacanya bulan lepas🤭)

Hari ni Cella dapat ikut,abangnya pula kerja dan  tak dapat ikut.

Walaupun gerai patut buka pukul 8.00 pagi tapi,  ketika kami sampai pukul 7.45 pagi,sudah ada yang menjamu selera sementara pekerja gerai masih menyusun bekas-bekas makanan.

Depan kami hanya ada 3 orang beratur..

Tapi beberapa minit kemudian,toleh belakang..
Eh,dah ramai sambung beratur..hihihi
Nampak menu tidak semeriah kami datang kali pertama hari tu..
Pulut kuning pun tak nampak.
Kuih muih pun hanya nampak karipap sahaja 
Taktau la sebab masih awal atau pasai pa...


Saya minta Nasi Ambeng Ayam Goreng 
Dengar tokey dia kira
- RM11


Adah Nasi Lemak Sambal Tempe dan Paru

Cella minta Nasi Lemak Ayam Goyeng🤭
Sebenarnya malam tadi Cella ada call bagitau kolej lengang sebab ramai yang ambil kesempatan balik kampung dan ramai juga yang keluar keluar KL nak sambut malam tahun baharu dengan kawan-kawan..
Dia pun ada hati nak pi tu🤭
Tapi mungkin dia dah tahu jawapannnya MEMANG TAK BOLEH!!

Maka dia ubah topik tanya boleh ke kalau dia nak request pagi esok(pagi ni) nak sarapan kat Gerai Tepi Kebun?
Untuk pujuk hati dia tak dapat pi sambut tahun baharu tu,maka kita penuhi permintaannya..

Belum pukul 8 kami dah pekena nasi..hihihi
Cella minta bungkus Nasi Ambeng untuk buat  lunch dan lontong untuk kawannya sebab lepas sarapan  nak hantar dia balik kolej.Katanya nak sambung buat assignment.


Total RM 52.50
Saya buat anggaran harga lebih kurang untuk :

*Nasi Ambeng Ayam Goreng -RM11.00

*Nasi Lemak Paru + Sambal Tempe -RM8.50

* Nasi Lemak Ayam Goreng(Peha) -RM7.50

*Nasi Ambeng Ayam Goreng (Bungkus)RM11.00

* Lontong Kuah (bungkus) - RM7

* Minuman 7.50

Dulu kami sangat jarang makan kat luar.. 
Baru sebulan dua pada  tahun lepas longgarkan sikit bajet untuk makan kat luar .Ianya  lebih kepada untuk  kebersamaan ahli keluarga kecil kami.

Tapi minggu lepas semua dah setuju buat  perjanjian..
Mulai 2023 bajet kena kembali ketat.Masing-masing kena jimat cermat demi masa depan.Weekday semua kena belanja makan berhemah.Yang boleh bawa bekal,sila bawa bekal.Saya juga kena kembali aktif masak terutama masak bekal!


Semua kena amalkan..
"Berakit-rakit ke hulu..
  Berenang-renang ke tepian,
  Bersakit-sakit dahulu,
  Bersenang-senang kemudian."


Hanya weekend/cuti/off day kita layan tekak makan bersama kat luar..
Harap semua dapat mendisiplinkan diri demi kesuksesan masa depan kalian semua!
Sama-sama kita tengok..siapa yang patuh,siapa yang langgar perjanjian..

Hihihi...

9 comments:

  1. Aah la dulu selalu baca post akak buat bekal tp skrg dh jarang.. sy lusa stat balik dh memerah otak nak buat bekal #theimans.. tp jarang ambik gambar sbb mmg mengejar masa di awal pagi.. hehehe

    Rasanya lauk masih kurang tu sbb awal lg kot.. mmg gigih la akak dan anak2 keluar awal pagi.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      betul..sekarang ni nak masak lauk pun malasnya lahai..Lagi pulak bila masa makan tak sama.
      Dulu goreng telur sebiji pun bila makan bersama jadi cukup sebab barokah.
      Kakmim theimans masih nak kena urus pagi-pagi memang mengejar masa la.

      Gigih keluar awal sebab saya tak suka kalau pi makan kena tercari-cari tempat duduk🤭

      Delete
  2. Nampak sedap nasi lemaknya sis.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...nampak sedap tapi saya belum cuba nasi lemaknya.Cuma semalam macam menyesal ambil nasi ambeng sebab balik rumah tetap teringat lontong darat🤭

      Delete
  3. Sekarang ni, kalau nak berjimat, memang kena masak. Sekali makan di luar, 60 70 mesti wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      Masak pun bahan mentah pun mahal juga..cuma kita tak payah bayar kos upah dan pemilihan bahan kita boleh tentukan selain dapat la pahala masak untuk keluarga kan..
      hihihi

      Delete
  4. ingat2 ...gerai ini yg byk sgt pilihan nya...best best!

    ReplyDelete
  5. Betul tu sis.. Memang kena kembali berbekal.. Sesekali bolehlah membeli di luar..

    ReplyDelete