Sunday 8 January 2023

MINUM TEH @ IDEAS HOTEL

 

Ke Ideas Hotel bersama rakan-rakan meraikan salah sorang rakan kami yang akan bertukar tempat kerja ke Kelantan.
Kami carpool..saya dan Pn Ela tumpang kereta Shifa.

Sebab Pus dah booking awal,ada 3 meja reserve untuk kami..
Tapi sebab   saya dan Shifa sampai lambat,kami menempel kat meja Syahir & the geng lelaki..2 meja lagi dah penuh rerakan wanita.

Eh,Kek Mel pun ada...Tak dapat dok semeja ngan Kak Mel sebab kami bertiga lambat..hihihi



Piring saya...pembuka selera...


Piring saya...Macam bagus ja kan..amik sikit..konon ikut step..lepas appetiser baru nak makan main course..hihihi
Kerabu daging dan kerabu suhun dia sedap sungguh..2x saya ulang...hihihi

Pinggan Shifa...
Dia kata malas nak bangun banyak kali...dia kumpul beberapa makanan dalam sepinggan.

Intai apa Syahir ambil..
Nampak dessert dan mee kari..Depa kata mee kari sedap tapi saya bukan peminat mee kari.

Nampak Syahir amik creamy pasta ni.Panas-panas berasap baru dimasak..Cukaikan berberapa suap dari piring Syahir ni..Dengan Syahir saya gamak jer nak makan dari pinggan dia..hihihi
Syahir ni muda lagi..kira macam pangkat anak dah kalau nak banding dengan saya.
Tak puas paw pasta creamy dari piring Syahir..
Kebanyakan orang lain dah berhenti makan sebab depa dah sampai lama..saya,Shifa & Pn Ela baru nak makan..

Kak Mel mai meja kami..
Saya ajak Kak Mel pi amik pasta..sebab segan nak tunggu sorang-sorang kat tempat pasta tu..
Maklumlah...saya sampai lambat kan..baru makan...masih belum kenyang..hihihi.

Kaunter dan lengang takda orang nak order pasta dah pun..Hanya saya dengan Kak Mel saja.Saya minta izin adik tu untuk saya rakam dia masak..

Kelentang kelentung...
Dah siappp
Laaa..adik tu masak carbonara la pula..
Saya nak yang creamy macam Syahir ambil tu..
Mmm..tak pa la..boleh ja

Selambak Kak Mel tabur parmesan cheese...biar berlemak masin..

Jom  makan..

Ni la Shawaty yang dukung baby tu la yang diraikan..Bukan rai sebab suka dia pindah tapi sebagai kenangan sepanjang 6 tahun bekerja sebumbung.

Pus.....orang kuat yang selalu arrange hi tea atau apa-apa makan kat luar.
Ideas Hotel ni pun adalah pilihan Pus..


Lelaki patutnya ada 4...Yang nampak hanya Bai & Syahir..En Madi nampak misai saja..hihihi
Susu dah memang jurugambar..gambar dia tak pernah ada


Kalau tak salah saya..Ideas Hotel ni dulunya Quality Hotel...besebelahan LPPPKN  dan berdepan Bangunan Mara kat Jalan Raja Laut tu.Antara hotel yang menawarkan hi tea murah la...RM35..
Walaupun tidak semewah hi tea kat hotel 5***** tapi sangat berbaloi dengam hidangan yang sedap
( pada tekak saya la).
Sekarang ni mana nak cari dah kan la ni hi tea semurah itu kan..?
Saya tak la kalau harga dia berubah-ubah atau mungkin ada term & condition ke apa..Yang saya tau Pus cakap sorang RM35 dan memang saya bayar RM35..
Untuk rujukan saya share link  yang saya jumpa kat  youtube  KAT SINI ...  review hitea kat Ideas Hotel ni..boleh tengok menu kat situ...Saya tak snap pic menunya sebab datang lambat dah tak cantik dan snap...hihihi

*** Saya tengok kat google..harga dinner buffet RM48(harga 2 bulan lepas)..Saya jumpa info tu KAT SINI..Mana nak cari harga macam ni kan?
Saya kongsikan info  untuk manfaat pihak hotel kerana menghargai keperihatinan mereka menawarkan harga yang sangat mampu makan oleh orang kebanyakan..
Semoga perniagaan mereka terus maju berkembang..
Syyyy lepas ni jangan la naik harga pula...hihihi

Bagus baca dulu review yang saya share kat atas tu sebab lebih lengkap,siap bagitau pasal parkir.Memang kalau parked kat basement kena menapak naik tangga.Saya tak pandai nak review.Pandai makan ja...hihihi


Yang dirai pun dah nak bergerak balik..Selamat bertugas di tempat baru Shawaty..Semoga Allah mudahkan urusan.

Jom..kita pun gerak la balik...
Merdeka 118 berlatarkan langit kelam..


8 comments:

  1. RM35 di KL dengan pilihan menu pelbagai gitu memang murah!
    Saya peminat mi kari, nampak menyelerakan mi kari tu.

    ReplyDelete
  2. wahhh RM35 rate di KL agak murah juga dgn menu byk mcm tu! sedap-sedap pula.... sy peminat mee kar & creamy pasta/spagetti! hehehe

    ReplyDelete
  3. kira murah la dgn menu yg mcm2 tu. siap pasta station lagi...yum yum

    ReplyDelete
  4. Cantiknya baju akak... mcm corak batik pun ada... hihihi

    ReplyDelete
  5. Aaaa.. kat JB jangan harap la dapat harga tu, Mak Ngah. Sangat berbaloi2 tu dengan appetizer, main course, dessert & ada live pasta pulak.

    ReplyDelete
  6. Bestnya kak, dapat makan-makan dengan kawan opis kat luar gini, yelah kira murah harga nya kak kalau tempat lain compom lebih rm50 kan.

    ReplyDelete
  7. Murah giler dah tu...seronok dapat gather ramai- ramai macam ni...

    ReplyDelete
  8. murah... boleh la bawak family makan kat sini. nak makan hotel lain seriau poket...

    ReplyDelete