Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. 💕
Tuesday, 23 December 2025
BELI KAPURONG SEDAP @ PASAR MALAM JALAN CHESTER
Thursday, 28 March 2024
BERBUKA PUASA DENGAN HIDANGAN TIMUR TENGAH @ ORCHID RESTAURANT
Pic Orchid Restaurent Group
Ambil humus tapi tak ambil roti pita...hihihi..Sebelah humus yang ada kacang kuda dekat popia tu tak tau apa nama dia..Rasanya masam dan berempah.Popia isi ayam
Kunafa,..basbousa & apa nama entah yang macam cekodok sira sirap tu..Manis melekat tu memang tradmark manisan timur tengah kan..
Monday, 23 October 2023
FUFU PISANG SAYUR BAYAM ALA AFRIKA
Semalam ..Sabtu...
Monday, 16 October 2023
JOM, CUBA MASAK FUFU MAKANAN AFRIKA
Sana sini isu beras mahal...
Semoga isu ini dapat diatasi dalam masa terdekat..Semua orang pun terkesan,namun beras tetap nak kena beli kerana itulah makanan ruji kita..
Namun,sesekali apa kata kita cuba juga makanan ruji dari negara lain.Bukan nak tukar makanan ruji tetapi apa salahnya mempelbagaikan makanan kita selagi ianya halal.Kalau yang ada tanam ubi kayu...moh ler cuba
Nak masak fufu sebenarnya tidaklah susah cuma perlu sedikit kerajinan..Bahan asasnya hanya ubi kayu..
FUFU
1 kg ubi kayu
2 cawan air
sikit garam( tapi saya sengaja tidak mahu letak garam supaya rasa lemak manis asli uninkayu lebih menyerlah.
1. Kupas ubi kayu dan potong kecil.
2. Blend dengan 2 cawan air hinga betul-betul halus dan creamy.
3. Masukkan dalam periuk tebal dan masak atas api sederhana.
4. Masak sambil dikacau tanp henti hingga adunan ubi memekat .
5. Terus kacau lagi walaupun sudah pekat.Masa ni perlukan lebih tenaga kerana fufu akan jadi berat dan liat.
6. Masak hingga ubi yang putih bersih bertukar menjadi seakan lut sinar dan kental menjadi sebuku(bergumpal jadi seketaul) seakan tidak melekat pada dasar periuk.
7. Biar sejuk sedikit.Ambil fufu anggaran saiz penumbuk dan bungkus dengan plastic cling seperti bunjut.Buat beberapa bahagian.Untuk sekilo ubi boleh dapat dalam 5-6 bunjut sebesar penumbuk dewasa.
8. Hidangkan bersama lauk kegemaran.Saya hidangkan bersama asam tumis ikan + terung.
*** Pada tekak saya...tekstur dan rasanya seakan ambuyat tetapi fufu lebih "lemak manis" kerana menggunakan ubi kayu segar
Masukkan dalam periuk yang agak tebal .Seeloknya periuk/ kuali non stick..Saya masak dlm rice cooker sahaja kerana kebetulan gas habisðŸ¤.Tunggu kedai gas buka pukul 8 tapi lepas subuh saya dah tak sabar nak me fufuðŸ¤
Tapi bila dah kena kuah,lebih mudah nak cubit dan cicah dengan lauk.
So...ada yang nak cuba?
**Saya tidak pernah pergi ke Afrika..Semua info ini hanyalah dari pembacaan dan tontonan saya dari media electronik semata-mata.Jika ada info yang tidak tepar saya mohon maaf dan boleh komen untuk saya betulkan.




















































