Wednesday 19 October 2022

LEMPENG CAIR CICAH SAMBAL TUMIS BERJANGKIT-JANGKIT

 Masak sambal tumis lebih..Bahagikan beberapa bahagian & frozenkan...Sebabnya bahagian nak menyambal tu yang bercinta kan...hihihi


Saya masak Lempeng Cair Cicah Sambal Tumis Bilis
Bersama teh 0..
Kopi belum restok..hihihi


Musim melempeng sudah tiba🤣
Sana sini orang melempeng...
Jangkit menjangkit...
Macam musim menuai pulak...
Meriah dunia masakan sekarang bila saling berkongsi idea dan resipi.
Mak saya cerita zaman dulu-dulu kebanyakan resipi menjadi 
"hak milik kekal"...🤭
Lebih-lebih lagi kalau resipi kuih raya..hihihi


Ni sambal tumis bilis ni memang buat lebih.Semalam pagi dah buat bekal dengan ubi kayu rebus untuk anak bujang tu..Pastu buat makan dengan nasi lemak daun pisang..
Ni buat makan dengan lempeng cair pulak.Actually dalam semua tu,kejadian lempeng ni lebih dulu..sebab kejadian lempeng ni serentak dengan sambal.
Balik kerja tu terus blend adunan lempeng.Lepas blend biar adunan tu berehat sekejap.Sambil tu saya masak sambal.Sambil sambal merenih...sambil tu la saya melempeng.Pi mandi dan ready to eat..Omputih panggil crepe..kita panggil lempeng cair..Depa makan dengan jem ream bagai...Kita makan ngan sambal..walla

LEMPENG CAIR
2 cawan tepung gandum
3 1/2cawan air
1 telur

sikit garam
2 sudu minyak
sikit minyak lagi untuk sapu kuali

1. Blend semua bahan tu hingga berkrim


2. Jika guna kuali biasa sapu sikit minyak & dadarkan kuih sesenduk demi sesenduk..


3.Jika guna pan..just sapu minyak sekali sahaja masa dadar pertama..


4. Buat hingga selesai  & boleh hidang dengan sambal tumis atau kari atau sambal sardin.


**sukatan ni untuk tepung gandum Faizaa/cap sauh.Kalau tepung gandum cap bunga ros kena kurangkan sukatan air kerana tepung cap rose tu kurang glutin dan lebih lembut.


Blend adunan lempeng ni dan biarkan berehat lebih kurang ½ jam sesambil kita nak menyambal..
Biar butir-butir tepung tu mengembang ..kuih akan lebih lembut.Ilmu cikgu SRT tingkatan 2 perturunkan yang masih saya amalkan hingga kini..hihihi..
Rindu sangat dengan subject Sains Rumah Tangga tingkatan 1-3 dulu.


Ni saya buat lempeng guna nonstick pan..


Ni versi kuali lagend...hihihi


Hidangkan dengan cicahan sambal tumis bilis..
Saya ada share kat old post 

Teh 0 shoi...hihihi
Kalau Cikgu Amie selalu berteman Lemon Shoi..Saya hanya ada Teh 0 Shoi...Lemon pun habis stok dah sejak lepas PKP..Dulu masa PKP pakat minum lemon kan


Lempeng cair vs sambal tumis bilis...Bersulamkam teh 0 shoi..
Ayuh,semoga rakan-rakan tergoda  dengan lempeng ini🤭🤣🤣🤣🏃🏃🏃🏃

24 comments:

  1. SK punya hal la ni ye... biasa dia tu.

    belum berjangkit kat ammi lagi sbb peminat lempeng kat asrama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah ..jangkitkanlah melempeng ni kepada Ammi🤭

      Delete
  2. Klu saya lebih suka lempeng yg ada kelapa.mmg ada simpan stok kelapa yg muda beli kedai belakang dan parut putih je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka lempeng kelapa tapi versi tebal dan garing

      Delete
  3. Tips biarkan adunan setengah jam tu, memang sy ikut, itulah beza memasak dengan ilmu, kan. Dulu, dan2 siap kacau, terus lenggang kat kuali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dapat ilmu dari guru dan panjangkan ilmu tersebut

      Delete
  4. Bila musim lempeng tiba. Berjangkit dapur sana sini. Hihi..Sambal tu kalau ada stok dalam esbok jadi rajin melempeng. Sedap di lawankan dengan teh o panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaaa....lupa nak cakap...ni saya juga ikut tips Fiza..tambah sikt soda bikarbonat..🤭

      Delete
  5. Kdg kak lin pun buat sambal bilis lebih.. frozenkan.. esoknya kak lin tambah terung, jd la sambal bilis terung, esoknya lg kak lin tambah sotong, jd la sambal bilis sotong..
    Stok kopi kluang pun baru top up kat rmh ni tp belum buka lg.. tgu la, weekend kot.. 😉

    ReplyDelete
  6. kannnn.. MA mcm tergoda ngan nasi lemak bungkus daun pisang tadi, dah masuk list dlm menu weekend ni.. he he he..tunggu je la..jadi ke tak jadi...berjangkit gak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah..jangkitkanlah menu nasi lemak daun pisang kepada mummy_ayu🤲🤲🤲

      Delete
  7. ehhh sama! pagi tadi sy melempeng jugak! ehehe

    ReplyDelete
  8. Dah buka bekas tepung semalam, adoi banyak bubuk... Lama sangat tak tengok tepung tu, dah expired agaknya. Terus tak jadi nak melempeng :(

    ReplyDelete
  9. Lempeng kosong gini, kalau Ahnaff suka makan dengan kuah kari. Dia boleh habis berkeping² 🤣. Kalau mami dia, mestilah sambal tumis pedas²..tak pun sambal sardin..ohhh sedapnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la Ahnaff ni...saya selalu terbayang Ahnaff ni kalau kat kampung...habis dia explore ni

      Delete
  10. Masya Allah.... teruslah menjangkit ke dapur saya pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah...jangkitkanlah melempeng ni ke Amie's Little Kitchen🤲🤲🤲

      Delete
    2. Amin. Lepas ni makan lempeng, minum lemon shoi pulak hihihii.

      Delete
  11. Sesekali melempeng memang best kan kak..makan ramai2 cepat habisnya..last week dh makan so puas hati dh ..

    ReplyDelete