Ni cerita semalam...Sabtu
Bawa mak sarapan @ Medan Selera Bandar Tun Razak.Mak yang pilih nak gi sarapan kat situ.Nak mengimbau kenangan dulu-dulu mak suka makan kat situ..Selera betul mak kalau dapat makan lontong.
Ni cerita pagi ni pulak..
Masih gi sarapan kat Medan Selera Bandar Tun Razak.Kali ni atas permintaan Cella nak gi sarapan kat situ.Pagi tadi pukul 6.40 pagi saya dah bergerak ke UPM ambil Cella bawa gi sarapan.
Dulu tahun tahun 90-an,sinilah antara tempat s lunch saya.Makan nasi separuh,ayam seketul dan sayur sikit...RM1.80..haaaa murah giler kan masa tu.Kuih masa tu 5pcs singgit ja.Telur gred C 10 biji 99 sen..
Kalau sarapan pula makan roti canai sekeping 40 sen..teh tarik segelas kecik juga 40 sen..
Sama harga tambang bas mini...
Tak lama lepas tu harga naik 10 sen..Roti canai 50 sen dan teh juga 50 sen..Bas mini pun naik juga jadi 50 sen.Tapi tu cerita lebih suku abad yang lalu...Zaman Tun M jadi PM dan Anwar Ibrahim jadi TPM
Sekarang ni padan la dengan keadaan semasa ..PM pun dh berapa kali tukar dah..Dah lama sangat dah kan..
Tak tau apa rasional depa roboh yang lama bina yang baru tapi sebiji sama dengan yang lama..
Bangunan kondo yang tinggi tu dulu padang bola tempat anak-
Yang tak berubahnya...nak cari parking memang bercinta hingga ke Jannah..🤣
Hari ni saya pula makan lontong.Mak & Cella makan roti canai.Tapi Cella ngelat tak snap pic roti canai.Saya pula tertinggal handphone dalam kereta..
Yang tak berubahnya...nak cari parking memang bercinta hingga ke Jannah..🤣
Hari ni saya pula makan lontong.Mak & Cella makan roti canai.Tapi Cella ngelat tak snap pic roti canai.Saya pula tertinggal handphone dalam kereta..
Zaman sekarang ni kalau takda handphone memang pishangggg...!
Tahun DSAI jadi TPM tu, sy masih ingat, sy ada jumpa beliau sebab masa tu terlibat dgn satu program di Bangi.. hehehe.
ReplyDeletePandai mak makan lontong, mak mertua sy, tak pandai makan tapi setiap kali tamu datang, mesti dia beritahu menantu orang Johor ni masak lontong (masa tu raya). Sy ada buat soto jugak, tak ingat mak makan ke tak, tapi asam pedas memang dia tak makan. Tu zaman rajin la, konon nak menambat hati mak mertua, hahaha. Mak nak balik Kedah, bila?
Wah,jumpa DSAI tu...masa jadi wartawan ke SK?
DeleteLontong memang fav mak..Kalau jumpa memang tak tolak..Kalau takda sangat..nasi impit kuah kacang pun mak suka..
Lebih 20 tahun tahun juga Lontong & The Gang jadi hidangan istimewa pagi raya kat rumah mak... Cuma lately ni saya ja dah malas nak masak ketupat daun kelapa,sambal goreng dan lodeh..masak oun hanya untuk makan sendiri.
In sha Allah mak akan ikut konvo Cella dulu sebelum balik Kedah .
Alamdulillah. Mama Cella anak solehah. Bawa mak jalan-jalan cari makan. Nampak berselera mak.
ReplyDeleteSaya rindu suasana Kuala Lumpur zaman 90-an... selalu meronda ke segala ceruk dengan toyol, saja jalan-jalan atau cari makan.
Tinggi sangat tu kalau sebut saya anak solehah🙈
DeleteSaya antara anak yang tak banyak jaga mak berbanding Achik..huhuhu malu...
Tapi in shaa Allah saya cuba...
Generasi seangkatan kita memang akan merindu KL yang dulu kan...apatahagi mereka yang terdahulu yang membesar di setinggan dan kampung sekitar KL sebelum 90-an..
Bukan tak suka KL membangun tapi rindu suasana dulu kan cikgu
Walaupun tak banyak jaga mak, tapi ada cara lain untuk berbakti. Samalah saya rasa selalu rendah diri tak dapat berbakti sepanjang waktu dengan mak seperti adik-beradik lain yang duduk dekat dengan mak. In syaa Allah, niat yang baik-baik mudah-mudahan Allah sentiasa memberi keberkatan.
DeleteYa, rindu suasana dulu.... arwah ayah saya lahir di Kampung Baru KL. Entah bagaimana rupa kampung tu sekarang.
Sesekali mak datang, kita layankan permintaan mak. Dah tentu mak seronok dapat kesana kesini mengimbas kenangan lama yang pasti dirindui. Lontong tu alahaaii sedapnya kalau dapat makan :)
ReplyDelete