Thursday 30 January 2020

PULUT LEMAK SAMBAL BILIS


Pulut Lemak Sambal Bilis
Memang betul ini ialah Pulut Lemak Sambal Bilis
Memang bukan Nasi Lemak
Tapi Pulut Lemak


Bekal juga adalah Pulut Lemak
Bekal hari Rabu
Sarapan hari Rabupun sama

Bekal kakak
Dalam tupperware
Sambal asing
Sebab kakak selalu makan lambat

Bekal abang
Macam biasa dalam bekas pakai buang
Cuma alas daun pisang untuk bau daun pisang
Mak aku cakap x ssmpat nak bungkus dalam daun pisang




Ni mak aku nyer bekal
Bungkus daun pisang dalamnya


Ready bekal mak aku, bekal abang & bekal. kakak

PULUT SAMBAL ..mak aku
1kg  beras pulut- rendam semalaman
3 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam & 1 sudu besar  gula
2 helai pandan
daun pisang- layurkan 


Sambal:
2 cawan ikan bilis 
1 cawan + 1 bawang besar blend
1 asam keping
1 sudu teh garam
1/2 keping gula melaka
1/4 cawan minyak

1. Beras pulut yang dah rendam,kukus sampai masak
2. Masa masih panas tuangkan dalam mangkuk besar & gaul dengan santan yang dah campur garam & gula.
3. Mula gaul memang nampak berair tapi jangan risau sebab nanti pulut tu akan serap santan & pulut akan jadi cantik & berkilat.
****Tips supaya tahan tidak basi sampai ke malam... Lepas gaul santan kukus semula TETAPI JANGAN TUTUP pengukus.. Biar naik wap & wap tidak terperangkap. Jika selepas gaul santan jika dikukus semula  dgn menutup pengukus, lulut akan lembik d cepat muak bila dimakan 

Samabal:
1. Panaskan minyak dalam kuali & goreng ikan bilis.
2. Tanpa mengangkat bilis yg swdang digoreng, terus tumis cili yang dah blend dengan bawang besar.
3. Bila dah garing & berminyak,masukkan asam keping,garam & sedikit gula melaka.
4. Kacau sesekali sampai kering d sesuaikan rasa
5. Sendukkan sedikit pulut & letak atas sekeping daun pisang.Letak sikit sambal & bungkus macam nasi lemak

Pulut Lemak Kukus


Aku nyer..
Huhuhuhu...
Tak berbungkus
Tak berbekal
Pepandai la self service
Huhuhuhu


Sambal pun pepandai la ceduk dari kuali
Pepandai la makan
Huwaaaaaaa


Cam biasa mak aku akan update tengah makan bekal
Bila mak aku update, aku pun barubteringat nak makan juga
Heeee.... Sambil bayangkan tengah makan bekal kat sekolah dengan kawan2..
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa😭

4 comments:

  1. Replies
    1. Haaaa... Buat3.. Jangan x buat
      Sedap tau...
      Bagi yang hantu pulut macam we all la🤭

      Delete
  2. Your mom is your best friend

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😁😁Heeee...
      Kawan untuk bertekak juga..
      Semua nak menang...
      Bila bagi menang percuma xnak
      Nak juga bertekak..
      Hadoiiiii

      Delete