Saturday, 27 August 2022

PERNAH MAKAN PETAI BELALANG?

Hari Jumaat kelmarin,saya ada urusan di LHDN, Bangi .Adah drive kerana kebetulan Jumaat tu dia cuti.Lagipun saya risau parking susah.Jadi kalau berdua,sekirang-kurangnya dia tunggu dalam kereta,saya boleh masuk dalam.Tapi mungkin sebab pergi awal,belum 7.30 kami dah sampai maka parking visitor  masih banyak.Masuk parking kat visitor parking  belakang bangunan  tu.Parkingnya setinggi aras satu.


Tepi dinding parkingnya berjuntai dahan dan ranting pokok petai belalang liar ini.Saya menjenguk ke bawah tembok,ingin melihat dimana pangkal pokok petai ini.Oh rupanya pangkal pokoknya betul-betul di luar pagar bertenggek di tebing sungai yang luas...Bermaksud pokok ini tumbuhnya di rizab sungai dan bukan milik perseorangan.Boleh la saya petik. hihihi ...


Lebat betul buahnya..Ada yang baru berputik muda dan ada yang sudah tua..Nampak isi mata petainya terjojol menandakan sudah tua.
Kalau di kampung zaman kanak-kanak berebut kami mengait petai belalang ini.
Selalunya pokok Long Sakri  dan pokok Mok Haq menjadi tumpuan kami semua.Buah yang masih muda dan rangup bila dipatahkan menjadi pilihan mak-mak untuk dijadikan ulam .
Buah tua kami koyakkan kulit,makan isinya.Buah muda kami kunyah hingga berbuih mulut...Kemudian berlawan hembus nafas siapa paling kuat bau petainya..Tak senonoh betul..!!


Tidak kurang yang sudah hitam..Sangat banyak dan boleh dicapai tangan.


Ada yang menjadikan biji-biji petai belalang yang sudah kering ini sebagai teh untuk mengubati penyakit kencing manis..Wallahua'lam....
Tapi saya pernah menonton youtube daei seberang...Biji -biji petai belalang yang sudah kering ini di rendam menjadi kecambah petai 
( tauge petai belalang) dan dimasak menjadi lauk yang enak.
Unik kan?
Saya kongsikan link youtube yang saya maksudkan iaitu
TAUGEH PETAI BELALANG ( tapi merek sebut petai belalang ni sebagai "Klandingan")
untuk pengetahuan kita bersama.Alang-alang menonton..boleh bantu like, subcrib & share...🤭Saya tiada apa kepentingan,cuma sebagai sokongan kerana  seronok mendapat info kuliner dari warga nusantara sana...hihihi


Inilah hasil petikan petai belalang  semalam tu..🤭

Ada dalam 3 jambak saya petik buah yang sudah tua...

Jom ,kita koyakkan kulitnya untuk ambil biji petai belalang..

Saya masak Nasi Goreng Beras Perang bersama biji petai ni...ala-ala nasi goreng petai la ..versi petai belalang..


Biji yang tua campur nasi goreng.Buah yang masih muda saya kunyah rangup sekali..


Ini buahnya yang masih muda..rangup dan sangat sedap dijadikan ulam mentah.

Pucuknya juga tidak kurang enak sebagai ulaman..
Sayangnya kerana ulaman sesedap ini tiada siapa yang peduli.Terbiar kering dipohon.Di tempat kerja saya juga ada beberapa pohon petai belalang ni tapi pohonnya tinggi dan tak tercapai tangan.Di persekitaran perumahan saya juga sangat banyak pepohon petai belalang ni tumbuh liar di tanah DBKL tu.Selalu menjadi bahan bakar dan semak samun tidak terbela sahaja.Namun saya segan nak pergi petik...Bukan takut semak-samun tu tapi lebih kepada takut orang pelik tengok ....hihihi
Karang orang ingat saya membalak secara haram pulak🤣🤣

5 comments:

  1. Hai.... sungguh menggamit kenangan! Kecik-kecik dulu selalu berebut dengan anak jiran bergayut di pokok petai belalang. Sedap ni dibuat sambal. Di LD pun banyak pokok ni, lebat buahnya sampai hitam-hitam. Nak ambil rasa segan, tapi kadang-kadang buat tak tahu petik saja. Rasanya memang bukan orang tanam. Kiranya burunglah tu yang sebar benihnya hihihiii.Pernah nampak menu telur goreng dicampur pucuk petai belalang. Tak silap menu di Thailand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      kita banyak kenangan yang serupa..🤭

      Yang campur dalam telur dadar Thailand tu kalau tak silap saya namanya pucuk
      "cha om" memang rupa dan aroma dia tak tumpah pucuk petai belalang,tapi harga kemain mahal,Baru ni jumpa jual.kat pasar malam..seikat (secekak) RM15..Saya tak jadi beli sebab terfikir baik beli petai..🤭🤣🤣

      Delete
    2. Saya biasa nampak pucuk petai belalang tu dijual di pasar malam Puncak Alam.

      Delete
    3. Oo memamg ada jual ye..betul la kata cikgu pucuk petai belalang la tu
      👍👍👍
      ..Mungkin yang saya cakap pucuk cha om tu hanya mirip pucuk petai belalang..hihihi..
      Nak try la juga lepas ni campur pucuk petai belalang dalam telur dadar...Tetiba rasa nak pi cari la pucuk petai belalang tu..tak sabar nak cuba..

      Delete
    4. Betul rupanya cha om tu telur dadar dengan pucuk petai belalang. Ada rakan blogger dulu pernah masak di sini: http://fizalgk.blogspot.com/2012/11/cha-om-omelette.html

      Delete