Sunday 21 August 2022

GORENG MEE OATS DENGAN KECAMBAH

 Selamat memulakan minggu baharu untuk rakan dan taulan di Kedah,Kelantan,Trengganu dan Johor.Selamat berhujung minggu rakan dan sahabat yang bercuti hari ini...


Pagi ni saya hanya sempat masak mee oats goreng dengan kecambah.


Masak selepas subuh tadi untuk anak bujang nan sorang tu kat rumah.Adik-adiknya tak ada kat rumah.Tinggal kami dua beranak.Jadi masak sikit saja.

Masak macam biasa saja seperti MEE OATS GORENG....kat sini..Bezanya saya letak kecambah sahaja.

Saya masukkan banyak kecambah dalam mee aots tu.
Untuk ½ bungkus mee oats kering tu saya guna semangkuk kecambah ni.

Ni masih berbaki dalam sekilo lagi ni.Kita simpan lagi sehari @ dua hari untuk jadi taugeh sepenuhnya.
Sebenarnya saya rendam kacang hijau ni malam semalam lagi.Ni dah dua hari dua malam.Kacang hijau ni baki yang rebus bawa untuk bubur asyura hari Rabu tu.Masa nak rebus untuk bawa ke majlis bubur asyura tu saya rendam kacang hikau ni dalam 4 jam supaya cepat empuk.Masa nak rebus tu rupanya dah nampak macam mata tunas nak meloloskan diri.Eh,macam elok pula kalau dibuat taugeh ni kerna sebelum dah 

Tak sabar nak tunggu jadi tauge sepenuhnya.Dah plan masak sayur taugeh segar ni  + tauhu dan kucai.Goreng ikan masin dan kalau ada sambal belacan pulak..mmm..


Ni ketika azan Zohor berkumandang ni saya baru menjamah mee oat dengan kecambah yang dimasak awal pagi tadi.Tadi tak sempat nak makan sebab nak keluar awal ke Masjid AlMukhlisin atas jemputan sebagai salah sorang juri.Hebat Masjid Al-Mukhlisin ni,Sentiasa mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti sepanjang tahun.
Saya bukan dalam qariyah masjid ni tapi tiap tahun tak pernah miss kalau ada majlis buka puasa dan jamuan raya...
Time makan jer yer🤭
Eh,tapi kita dijemput..bukan pi buta macam tu jaa.Kalau tak dijemput tak pi la...hihihi


6 comments:

  1. Ya ampun! Taugeh ekor kontot. Sedapnya, lemak- lemak rangup kalau dibuat pecal. Emak saya pesan celur 30 saat saja. Kalau orang Cocos buat kenduri, taugeh yang beginilah dimasak dengan hati dan pedal ayam, dipanggil sambal goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...terliur pulak pecal..Saya ada stok kuah pecal segera.Tinggal tuang air panas saja..Tapi asyik lupa adanya benda tu dalam peti ais..

      Delete
  2. Baru tahu ianya dipanggil kecambah. Wah, anak dara tinggalkan umi jalan2 ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..terikut sedara kita dari seberang panggil kecambah
      Anak dara berdua tu balik hari ni🤭

      Delete
  3. Saya rasa warung soto Pasir Penambang, Kuala Selangor tu dia guna kecambah ni. Sebab tauge dia besar² kepala dia tu. Penat nak kunyah sebab kasar 😆. So kalau order soto, saya cakap taknak tauge. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kepala besar tu depa guna kacang soya kot Jaja..
      Tapi saya suka tauge kacang soya...lemak dan memang penat mengunyah🤣

      Delete