Sunday 3 April 2022

LEMANG DAUN LEREK-HARI MANTAI

 

Sahur tadi mecicip lemang daun lerek..


Pukul 4.30 pagi,anak bujang tu bawa balik 3 batang lemang daun lerek ni.


Semalaman depa dok bakar lemang macam malam raya.Seronok betul anak teruna tu dah 2x merasai pengalaman buat lemang bersama kawan-kawan sekerjanya.
Tahun lepas,malam raya dia merasa pengalaman masak LEMANG DAUN TEBU  walaupun kita beraya dalam PKP.


Sejak lepas zohor semalam dia hantar pic ni kata join kawan-kawan mantai...
Best pula nampak anak sungai tu...
Tapi tak nampak pun lembu🤭
Nak bakar lemang daun lerek katanya.

Depa buat persiapan nak bakar lemang


Sekali api dah hidup.Katanya santan pula basi...Merata mereka mencari santan dan akhirnya terpaksa beli kelapa dan perah sendiri.

Itu yang bakar lemang hingga ke sahur jadinya.Plan asal sebelum maghrib dah boleh makan lemang katanya.

Sudahnya malam depa baru dapat mula.


Depa bakar ikan sahur ramai-ramai sambil bakar lamang..syok pulak tengok.


Pukul 4.30 dia balik dengan 3 batang lemang ni.

Besar-besar...

Specialnya lemang daun lerek ni....tak payah belah buluh.Kita hanya tarik tangkai daun lerek tu memang dia akan keluar semuanya 


Tapi sebab dah waktu sahur,takda sapa nak makan kecuali saya sorang...saya tarik dan potong beberapa hiris saja.
Bersahur sengsorang ja..
Anak bujang tu dah sahur dengan kawan-kawan.Adah pula kata kena panggil cover kat KLIA malam tadi.Sahur kat sana la..
Dah sorang,malas saya nak masak bagai.Makan pretzel  & jamah lemang ni dengan teh O panas ja.

Bakinya saya jolok semula dalam buluh..
Nanti nak keluarkan rendang frozen tu untuk makan dengan lemang ni waktu iftar.

Merisik khabar anak dara bongsu tu malam tadi.Tanya nak sahur apa..
Dia kata depa baru keluar pi beli stok sahur.

Tadi dia update ..makan cereal bar untuk sahur.
Alhamdulillah ..

Salam Ramadhan Kareem untuk semua yang membaca...


14 comments:

  1. Seronoknya aktiviti ramai ramai buat lemang. Siap bakar ikan lagi tu. Dah macam rasa suasana raya pulak. Lemang daun lerek tak pernah rasa lagi. Pernah rasa yang guna daun pisang je.

    Selamat berpuasa mama cella dan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga Fiza..
      Seronok kalau kita pun dapat join🤭

      Delete
  2. Sedapnya lemang. Saya rasa dua kali lemang paling sedap saya pernah rasa. Sekali di palong berapa tah.. lemang makan dengan rendang itik. Tapi masa tu ada masak lemak itik salai letak pegaga jugak. Saya try, sampai sekarang teringat-ingat. Yang ni entah bila boleh repeat. Satu lagi di Lebak Seberang, Temerloh.. rumah sedara belah wife. InsyaAllah kalau balik raya boleh makan lagi. Sedap sungguh lemang dan rendang. Tak pandang lain dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Pahang pun juadah utama raya lemang juga kan..
      Kelantan lebih kurang Kedah..Ketupat palas
      Rendang Itik sedapnya..jarang jumpa tu KA

      Delete
  3. SA ada orang bagi lemang petang semalam..satu tu ok la..satu lagi mentah plak lemangnya....x pernah lagi makan lemang daun lerek ni...nampak sedap laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun lerek ni yang orang Sabah Sarawak dan Brunai buat bungkus kelupis tu.
      Daun dia lebih kurang daun kunyit tapi lebih lebar.

      Delete
  4. bestnya kak kalau nengok tu siap bakar lemang lagi, kalu siap ada rendang lagi lah ngam....
    nampak helok lemangnya tak nampak macam terlebih bakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa buat gulai daging katanya..
      Lemang garing kalau panas-panas sedap kan..Kalau sejuk dia keras.Yang ni Alhamdulillah semua lembut

      Delete
  5. Seronoknya anak bujang tu, ada pengalaman membakar lemang...
    Selamat berpuasa ye MC sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga PH...
      Tu la...saya pun xdak pengalaman bakar lemang.selalu buat ketupat ja🤭
      Kalau kampung PH pun depa lebih suka buat lemang kan...

      Delete
  6. Replies
    1. Hihihi ...
      Lepas ni kena puasa sebulan jangan makan lemang dah..kasi feel makan masa raya pulak

      Delete