Sunday, 10 April 2022

JUADAH BAZAR-IFTAR RAMADHAN KE-7

 Salam Ramdhan ke -8.Minggu lepas puasa bermula Ahad.Ni dah Ahad ke 2 dalam Ramadhan.Semoga aml ibadat kita Ramdhan  kita kali ini lebih baik daripada Ramadhan. sebelum ini.


Semalam kami anak beranak berbuka dengan juadah dari bazar.Memang tak masak sebab bebudak dua orang tu ajak beli juadah kat luar.Tak tau la depa kesian kat mak depa dok mengukis sejak lepas sahur.Atau mungkin juga depa dah jemu mengadap air tangan mak depa dah lebih 20 tahun.hihihi...

Adah ajak ke Flea Market lagi.Katanya dah serik takmo pi dah BAZAR RAMADHAN PERMAISURI ..Dah lah sesak kat jalan raya.Bertambah sesak lagi dalam bazar.
Maka kami sepakat ke Flea Market @ Gateway Bangi.

Nampak tak sotong besau-besau tu...Tak tanya pula berapa harga.Cuma saya perasan kebanyakan peniaga mengalas makanan menggunakan daun simpor(daun tempe) dan bukannya daun pisang.Agaknya sebab sepanjang jalan di Bangi banyak pokok-pokok simpor yang berdaun lebar.Setiao kali tengok daun simpor teringat 
SIS LIN dan SK yang selalu cerita makan nasi lemak daun simpor @ Kongkong Laut.
Sebenarnya kami lalu jalan dalam untuk kesini.Lalu depan Tenera Hotel..Seberang jalan nya rupanya Bazar Ramadhan seluasa mata memandang.Sayangnya kami dideberang sini sedangkan bazar tu belah sana.Ramainya manusia macam expo MAHA..五
Tidak la kami singgah situ.Teruskan perjalanan sampai Gateway ni.

Bila nampak air bungkus baru la rasa Bazar Ramadhan kan..
Bukan bulan puasa tiada jualan air bungkus macam ni.

Mula rasa nak beli Nasi Kambing..Tapi batalkan niat..ronda dulu..


Ok start dari gerai takoyaki ni kita mik video skit..Baru nampak hidup skit.


Nasi Khao Mok ni saya belum pernah try..Ni macam briyani Siam la. Kalau dalam bahasa Siam..khao tu maknanya nasi.Kalau makan nasi depa cakap "khin khao".
Sempat la belajar bahasa Siam yang mudah-mudah masa sekolah dulu.Masa sekolah menengah start form 1 hingga form 6 memang saya berkawan dengan kawan-kawan yang berbangsa Siam.Sommas,Somsak,
Suan,Ti,Nipa,Somchit,
Rawit,Koson dan Sirikphorn antara kawan-kawan saya.Tapi saya banyak belajar bahasa Siam ni dari Sirik sebab duduk semeja dengan dia.


Ni kalau tengok waktu panas lit-lit..bolwh slim pahala puasa不
Sib baik semalam mendung macam nak hujan..

Harus singgah sini...Nasi Ambeng & Soto Kering yang sedap ada di sini 

Adah beratur nak beli roti John..Kalau zoom in boleh nampak inti roti John dia potongan  daging real ..bukan daging kisar.


Tengah beratur tu hujan pula turun ..

Adah nak beli coconut shake.

Lebih kurang ½ jam dalam tu...jom la balik..Dah hujan pun..melengas dah


5.59 ...kami mula beransur.Dapat la meluruskan kaki sikit.Siang malam seorang mak sentiasa mendoakan rezeki dan barokah dari Allah untuk anak-anak.

Saya beli Lontong Kering lagiiii....hihihi


Selain Lontong Kering,saya beli sup lidah..Hanya dua tu saya beli.


Adah beli murtabak ayam dan daging.Selain murtabak Adah beli nasi lemak & coconut shake 
Eh mana pic Nasi Lemak Ayam Berempan Adah..?
Tak snap ke dah terdelete agaknya.

Anak bujang teruna tu beli Nasi Arab.

Dengan fries ni sekali.Sorang beli dua makanan la..


Eh,ada lagi..Adah beli Roti John..Dia kata nak bawa gi kerja untuk sahur nanti.


Masa nak masuk lif bertembung jiran kami merangkap ketua tingkat dan pengerusi persatuan penduduk.Dia tanya tak baca whatsApp ka?
Sekali bila saya check..laaaa dia masej bagitau nak bagi roti john..

Tak lama lepas tu anaknya datang hantar 2 pcs roti John Cheezy..Buka 1...tapi 2 pcs saiz panjang pula tu.Katanya sebab malam ni moreh tingkat kami.So,dari kutipan sunbangan,dia dah order 120pcs roti John untuk morh surau perumahan kami.Ni dia bagi untuk rasa moreh..
Alhamdulillah....
Jadinya 1 Adah bawa bekal gi kerja.
1 anak bujang tu buat sahur..
1 anak bujang tu sedekah kat bebudak yang main mercun kat playgroun bawah tu..sebab memang tak terhabis nak makan..

Ops...tuan tanah kedaung
 kat Ganu post pic ...
Dia makang  Rice To Wednesday  katany不不
Siap buat ayat sedih.. setiap hari berbuka 1 makanan ja sebab banyak guna duit bayar  itu ini.
Yer la...esok kita topup la sikit duit belanja....tu yang sebenarnya kan...五

Dengan pic dia sekali..Katanya untuk pembaca namakucella...Kalau perasan kelopak matanya kekal tebal sebelah kanan(ni pic selfie nampak macam kiri) tu kesan chalazion.

Alhamdulillah...syukur atas rezeki dari Allah...
Hari ni macam nak masak la simple-simple ja untuk iftar...Kawan-kawan masak apa..?












13 comments:

  1. Lin kalau ke bazar suka mencari yang panas-panas Maa, macam mee goreng ke, muratabak ke, ikan bakar ke.. jarang juga beli nasi-nasi berlauk kecuali nasi kerabu atau nasi ayam..ni belum ada ke bazar lagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..saya pun biasanya tak suka beli nasi.Tapo lontong kering tu jarang jumpa tempat lain..Harus l beli..sedap pulak tuuu五

      Delete
  2. Kita dah ada wakil bazar, memang semua serah ke dia. Niari soh kita masak nasi minyak, pun dia ke bazar jugak.

    Nampaknya Mak Cella dah tersampuk Lontong Kering, hihi. Wah, kereta orang bujang sama taste ngan saya la. Baru tahu jugak Adah kerja shift rupanya.

    Tuan tanah kedaung tu, pandai pasang umpan ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      Ada wakil tetap tuh..
      PI ni memang jenis tak kedekut belanja anak bini diam.Rezeki tu...
      Heee...betul sama taste,berBezza warna ja五
      Adah sejak dah open border ni dia kena shif plak.
      Tuan tanah tu nak claim duit tiket balik raya la tu不

      Delete
  3. Meriah bazar. Bazar dekat kawasan rumah saya kebanyakkannya memang sesak. Tidak lah pergi sebab tak tahan dah sesak sesak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun puasa kali ni ja pi bazar..Pun sebab anak2 dah besar depa sanggup drop mak kat bazar pastu pi cr parkir.Kalau saya zorang memang tak sanggup五

      Delete
  4. Happy berbuka family namakucella

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Naz...
      Teringin nak pi raya kat Sik la...五

      Delete
  5. Amboi tuan tanah kedaung tu boleh geng anak dara tunggal kita la...ada je idea dia dia kalau ada hajat di hati...

    ReplyDelete
  6. Meriahnya!
    Sepanjang bulan Ramadan ini saya belum ada kesempatan ke bazar Ramadan.

    ReplyDelete
  7. Meriah betul Bazaar. Part bersesak tu yang malas tu. Masuk Bazaar macam macam nak nanti macam dalam gambar di atas. hehe...

    ReplyDelete