Friday 8 April 2022

AYAM SAMBAL IJO -IFTAR RAMADHAN KE-5

 Salam Ramadhan ke-6.

Semalam iftar 5 Ramdhan.Lauk Ayam Masak Ijo.Memang dari siang tekak rasa teringin nak makan lauk kering berminyak.Tak mau berkuah.Dalam kepala dah terbayang nak buat ayam sambal ijo.


Lauk yang mudah nak masak..Tak banyak songeh.Saya masak ½ ekor ayam.
AYAM MASAK SAMBAL IJO
½ ekor ayam
1 genggam Cili hijau
5 biji Cili padi hijau
1 biji Bawang besar
7 ulas Bawang putih
1 biji Buah tomato
(sebaiknya tomato muda yang hijau)
Minyak,garam,perasa.

1. Garam kunyit ayam.Goreng hingga garing.

2. Minyak yang sama goreng semua cili dan bawang.Goreng hingga nampak kulit cili keputihan.

3. Blend bahan goreng.Blend kasar-kasar sahaja.Tak payah masuk air sebab tomato dah berair.Blend dengan cara pulse.(tekan lepas..tekan lepas) supaya dapat kisaran kasar.

4. Masuk semula bahan kisar dalam minyak tadi.Tambah garam dan perasa.Masukkan ayam.
Masak sekejap sahaja sebab semua bahan dah masak.
**Nak lagi harum masukkan 2 helai daun limau purut.Memang sebijik rasa sambal ijo kat Restoran Nasi  Padang bola 🤭🤭🤭


Lepas goreng ayam.Goreng semua cili dan bawang.Tapi sebaiknya guna minyak baru.Lagi cantik nanti warna hijau bersih 


Tak pandai snap pic.Warna hijau tak menyerlah.hihihi


Pelengkap.Ulam timun dan kobis mentah.Sebenarnya kobis mentah lagi ngam dengan sambal ijo ni.

Pastu goreng karipap frozen🤭
Nasib baik sedap dan intinya agak penuh walaupun bukan penuh sangat.Tapi tak la kena scam karipap oksigen..Hihihi

Dessert ..
Kurma ja...
Buah jugak kannn🤭
Ok ...nak fikir juadah petang ni pulak...
Kadang2 rindu nak "rajin' macam dulu masak kuih,bubur,pengat & aneka minuman macam masa zaman anak-anak masih sekolah.Walau sibok,penat...tapi tetap rajin.
Sekarang...langsung ke laut .. 
Takda kuih..Nak masak lauk ja..

3 comments:

  1. Baru plan nak masak ayam sambal berlada berbuka harini. Menyelerakan tengok lauk macam ni. Sama selera kita suka jenis kering. Berkuah tu kadang kadang je :)

    ReplyDelete
  2. Memang membuka selera sungguh masakan begini. Ngam untuk lauk berbuka atau bersahur.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya SA ni ada orang order ayam sambal ijo...hui..macam mencabar jer nak buat ni...

    ReplyDelete