Saturday 19 June 2021

YEE MEE GORENG SEBELUM VAKSIN


Yee mee goreng.
Semalam punya pagi goreng buat sarapan konon.Tapi tak selera nak makan sebab berdebar nak vaksinasi.

Masak nasi sesiap untuk lunch anak-anak.Pastu rasa macam nak masak mee.Tu yang goreng juga mee.Guna yee mee kering  & apa yang ada dalam pati ais.


YEE MEE GORENG

1 pack yee mee (5 ketul)

10 biji bebola daging- belah 4

1 batang carrot -hiris halus

1 keping tauhu-dadu kecil

1 pokok daun sup

1 cili merah.

2 sudu cili blend

3 sudu kicap lemak manis

1 sudu bawang blend

Garam,gula,minyak


1. Jerang air untuk celur mee.

2.Panaskan minyak anggaran 4 sudu & masukkan secubit garam untuk elakkan tauhu melekat.Masukkan tauhu  & goreng hingga garing.

3. Terus tambahkan bebola daging  & goreng sekejap.

4. Tambah bawang blend & bila harum tambah pula cili blend.Masak bersama tauhu & bebola daging hingga naik minyak.Masukkan cili hiris,garam,secubit gula,& carrot.

5.Sementara itu,celur mee dalak air mendidih.Bila mee mula lerai,terus cedok dengan penyepit & terus masukkan dalam bahan yang sedang dimasak dalam kuali.Tak perlu toskan.

6. Gaul rata sambil renjis kicap.

7. Sesuaikan rasa & tabur daun sup.


Walaupun masa menggoreng ni bau dia rasa macam sedap sangat.Tapi tak rasa nak makan,sebab gundah memikirkan apa kesan selepas vaksinasi.Jangan la demam,jangan la sakit.Kalau saya sakit,habis jemmed nanti..Huhuhu



Rupanya,anak-anak semua tak jamah nasi pun.Semua makan yee mee goreng ni.

Sampai jer rumah semalam,Adah tengah panaskan baki yee mee goreng.Baru saya terasa lapar.Minta dia goreng telur sebiji.Basuh 3,4 batang bendi,patah-patahkan.Ya Allah,nikmatnya makan bila benar-benar lapar!
Alahamdulillah..!

Tapi tu cerita semalam punya breakfast merangkap lunch...
Malam untuk dinner,kawan sekolah Cella ada belanja McD.Ada burger,ayam goreng & fries.Alhamdulillah..!
Pagi ni...ni ha tengah sarapan roti bakar dengan ½ cawan kopi 0.
Reward kopi untuk diri sebab sihat,tak  rasa side effect selepas vaksin.Dapat tidur nyenyak.
Tapi semalam ada sorang ahli group kata ,lebih baik ada side effect lepas vaksin.Jika demam,muntah @ cirit birit selepas vaksinasi, itu menandakan adanya tindakbalas badan terhadap vaksin...
Pulakkk..!
Haish...!

Ok,tengah fikir nak diapakan nasi  semalam punya yang seperiuk tak berusik...!


4 comments:

  1. Sebenarnya perasaan emak2 sgt bimbang kalau kita jatuh sakit camne urusan kuarga tapi automatik anak2 tau ambik peranan masing2 terutama yg kita dah latih sblm ni.InsaAllah diaorg take care ibu mereka sebaiknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...kadang terlebih risau hingga mengganggu kesihatan.

      Kadang terlupa bahawa Allah telah mengatur rezeki,ajal,maut & takdir..

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah dipermudah urusan walaupun asalnya saya bercadang untuk tidak menerima vaksin.

      Delete