Kebetulan hanya kami 3 beranak berbuka kat rumah..
KAT SINI....
Lama betul tak masak nasi ayam..Anak anak menyukai nasi ayam tapi saya pula bukan peminat nasi ayam .Saya hanya akan berminat makan nasi ayam jika ada sambal halia.
Lama betul tak masak nasi ayam..Anak anak menyukai nasi ayam tapi saya pula bukan peminat nasi ayam .Saya hanya akan berminat makan nasi ayam jika ada sambal halia.
maka untuk berbuka puasa kali ni saya buatkan juga sambal halia sebagai pembuka swlera.Sayangnya bila tengok gambar hari ini sambal halianya tak nampak sangat.Hanya ternampak sikit sahaja di belakang jug tu...hihihi
Makan bertiga beranak sahaja...Saya masak 4 ketul sukuan peha ayam ni.Satu ketul dah buat display🤣 kat pinggan atas tu..Tinggal 3 ketul dalam bekas lauk.Memang sorang 1 pc whole leg tu..Tapi saya hanya patahkan ambil drum stick sahaja..
uat cicah sambal halia.Nama sambal halia tapi lebih mirip kepada jeruk halia..Rasanya ya g pedas halia dan masam masin manis membuka selera bola dicicah dengan ayan...PernSaya c&p sahaja resipi tu dari old post nasi ayam sambal halia
Cuma saya tukarkan sekor ayan tu kepada whole leg
SUP AYAM
1 ekor ayam- potong 4
10 cawan air
3 sudu minyak
2 sudu teh garam
Bahan Tumis:
5 bunga cengkih
1 helai pandan
Bahan blend;
1 bawang besar
5 bawang putih
1 ketul besar halia
( Bahan blend dibahagi 3 bahagian)
1- tumis sup
1- gaul dan perap ayam
1- masak nasi
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga harum.
2. Masukkan bahan blend dan masak beberapa minit hingga naik minyak
3. Masukkan ayam dan balik-balikkan hingng ayam kecut
4.Masukkan air dan rebus hingga ayam 1/2 masak
5. Angkat ayam dan gaul dengan 2 sudu bahan blend + kicap manis dan 2 sudu sos tiram
6. Separuh kuah sup akan digunakan untuk masak nasi dan separuh lagi untuk makan bersama nasi
NASI AYAM mak aku
4 cawan beras basmathi
5 cawan kuah sup ayam
2 helai daun pandan
3 sudu bahan blend
2 sudu marjerin
1. Pnasakan kuali dan masukkan marjerin
2. Tumis bahan blend dan daun pandan.
3. Masukkan beras dan goreng sekejap.Biarkan dlam kuali
4. Masukkan sup ayam dlam rice cooker dan on biar mendidih semula
5. Setelah kuah sup mendidih baru masukkan beras yang dag goreng tadi dan biar hingga nasi tanak
Sambal Halia
1 ketul besar halia
2 bawang putih
2 sudu besarcuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam halus
- Blend semua bahan hingga halus..sesuaikan rasanya
-**** tapi kali ni buat saya tumbuk 2 ketul besar halia .Tumbuk sebab nak rasa tekstur halia lebih kasar.
Juga saya masak Sayur Taugerh lagi...
Sajer acah acah macam nasi ayam terkenal tu...Eh,anak anak yang tak makan taugeh tu boleh pulak depa makan taugeh ni bersama nasi aya... Mmmmm
Sup tu taknak nampak kosong saya tambah la bebola ni....pun acah acah nasi ayam terkenal tu...hihihi






No comments:
Post a Comment