Ramai yang masih bercuti raya sama ada mengambil cuti tahunan atau memang dapat perlepasan raya agak panjang.Ada yang dah mula bekerja .Ada yang memang tak dapat cuti raya tahun ni..Macam anak jantan saya juga bekerja di hari raya kerna tahun lepas dia dah dapat cuti raya.Tapi kerja separuh hari & petang dah boleh jalan beraya rumah rakan-rakan sekerja yang beraya di KL..
Macam biasa kalau giliran dia tak dapat cuti raya sama ada raya puasa atau raya haji..Saya akan masakkan rendang daging dan frozenkan beberapa bekas.Pagi raya panaskan rendang dan bawa biskut raya ke tempat kerja makan reramai.Rakan rakan lain kebanyakan dah berkahwin & yang tak fapat cuti ,isteri mereka akan masak dan hantar ke tempat kerja pagi raya.Yang Pantai Timur dengan juada Pantai Timurnya..Yang utara dengan menunya .Begitu juga yang lain.Walau tak dapat cuti raya depa masih meriah beraya sesama sendiri.Malam raya pun depa selalunya berpesta bakar lemang Takdalah nak bersedih sangat tak dapat cuti raya kan ...
Banyak lagi gambar raya dan cerita raya,tapi kita bagi laluan kat lauk lepas raya ni jap yer...
/Pagi ni saya masak lauk paling sedap lepas raya....🤣🤣🤣
Balik raya,masa nak beli ayam kat pasar dengan Achik hari tu sempat beli ikan-ikan masin ni kat Merket Pendang.Heeee...orang utara...Pasar tu depa tak panggil " pasaq" tapi depa sebut " Merket"...mungkin dari perkataan ," market"" la tu ..
Beli ikan masin kat merket atau beli kat pekan hari puas hati sebab memang Muslim product...Iakan pun memang depa cakap depa buang isi perut dan cuci bersih sebelum digaram dan dijemur..Tapi kat dalam talian pun banyak dah jual muslim product seperti ikan masin dan ikan bilis terutama product Tanjung Dawai.
Pepagi lagi tanak nasi beras wangi beli ket Padang Besar hari raya ke4 baru ni pi "brunch" kat Padang Besar.Achik belanja sekampit beras wangi cap payung merah yang terkenal kat sana..Berasnya lebih kurang macam beras wangi cap naga mutiara dulu dulu...Nasi panas,pekena dengan ikan masib goreng + bawang & cabai kering..
Mmmmm.....sangat menggamit memori...
Tambah pula ada gu Sambal Ikan Bilis pemberian Achik ni...Memang dulu kalau lepas raya pertama...Masuk dua hari raya dah mula masak nasi dah...Selalunya lauk ikan masin,sambal bilis & ulam pucuk ubi rebus cicah air asam cabai picit.Memang itulah me u dua hari raya kat rumah mak...Kalau saudara mara datang beraya dua hari raya tu pakat makan lauk tu lah...Kadang berulang kali tabak nasi berulang kali goreng ikan masin dsn berulang kali juga rebus pucuk ubi.Bukan pucuk ubi kayu yang kita makan ubi tu...tapi pucuk ubi gajah.Pokok ubi gajah ni daun dia sama ja macam pokok ubi kayu tapi pokoknya besar dan rendang macam pokok rambutan.Batang dia sahaja boleh membesar sebesar pemeluk dan berpucuk sepanjang tahun.Pokok ubi gajah orwng tak makan ubinya sebab rasanya takda ubi pun..Orang makan pucuk ja..Bunga dia pun sama macam bunga ubi kayu tapi lebih sedap.Biasanya ditanam. uat teduhan di telaga kerana pokoknya rendang dan cepat besar.Sekampung boleh pakat makan pucuknya.Tu sebab kalau raya ,ulanglah rebus banyak manapaun tak akan surur pucuk ubi ni.Cuma dulu kami tak kreatif nak masak pucuk ubi.Hanya tau rebus buat ulam cicah air asam cabai picit gu ikan masin goreng.Paling pun rebus bersama bunganya yang bum kembang & buat kerabu ...
Makan sambil "menonton" putaran cerita cerita silam 40 tahun...30 tahun...20 tahun yang lalu.....Terima kasih Allah atas takdir yang kau susun untuk kami semua...Lernah baca satu ungkapan...
"Jika manusia boleh dan diberi pilihan untuk menyusun takdir hidupnga,nescaya dia akan meilih untuk takdir yang Allah telah susun untuknya"
Ketana tiada yabg lebih baik selalin takdir yang telah Allah susun untuk kita....
Masyaa Allah





Saya pun tak sabar bak makan nasi dengan ikan masin.
ReplyDeletesaya baru selesai kak nasi panas ikan masin,ulam-ulaman dan bilis sauce aka budu
ReplyDelete