yang
Masih lagi berbuka puasa minggu lepas ..Baru nak publish..
Juadah iftar hari ke 8 ke 9 Ramadhan pun dah confuse...tak apa lah ahari apa pun se ab semua dah masuk perut dah...hihihu.
Gambar pu. lintang pukang tapi tak sempat nak betulkan...maka ikut jelah ya
Adah beli kat bazar..
Adah beli kat Bazar lepasa amik anak kat rumah pengesuh...
Dah pesan kat doa jangan beli macam macam pulak...saya dah masak termasuk kuih
Asalnya plan nak buat dalam cup kecik kecik tu..tapi kemalasan...terus buat versi humban jer swmua dalam loyang...hihihi
KUIH SAGU KUKUS
1 cawan sagu biji halus(rendam 1/2 jam)
1/2 cawan gula
1 sudu teh pati rose merah
1 cawan kelapa parut +1/2 sudu teh garam
1. Basuh sagu.Hanya masukkan air, goyang-goyangkan (jangan diramas sagu) & buang airnya. Tambah air dan rendam 1/2 jam sebelum dimasak supaya nanti sagu jernih cantik.
2. Buangkan air rendaman sagu. Buat seperti membuang air basuhan beras, iaitu jika ada sikit-sikit air tidak perlu buang hingga kering. Masukkan kedalam loyang
3.Tambah gula & pati rose merah & kacau rata. Sagu akan nampak berair kerana gula mencair & cecair ini akan membantu memasakkan sagu nanti.
4. Panaskan pengukus & kukus sagu lebih kurang 20 minit sehingga sagu nampak merah jernih & tiada lagi bintik putih pada sagu.
5. Angkat & sejukkan sebelum dipotong & digaul kelapa bergaram.Kelapa mentah ini lebih sedap & lebih lemak, tetapi hanya bertahan beberapa jam sahaja kerana mudah basi & masam. Jika untuk hidangan majlis, sebaiknya kelapa bergaram dikukus selama 10 minit sebelum digaul kuih Ini supaya kelapa tahan lama & tidak basi.
1batang lobak putih
Sejemput bilis
sebiji cili merah-buang biji & mayang
½ bawang Holland-cincang
2 bawang putih- cincang
minyak,garam
1. Kupas kulit lovak dan dadu besar-besar.
2. Panas sikit kinyak & goreng bilis.
3. Masukkan bawangan dalam gorengan bilis dan + air 2 cawan.
4. Masukkan lobak dan perisakan.Biar mendidih.
5. Sesuaikan rasa
½kg ikan selayang kecil
10 asam keping
2 sudu garam halus
1. Bersihkan ikan dan susun dalam kuali.
2. Tabur garam dan sam keping atas ikan.
3. + ¼ cawan air.
4. Rebus hingga air kering dan ikan masak.
5. Gorwng ikan rebus hingga garing + + juga vawang dan cili hiris
1kg paru-rebus dulu baru hiris nipis & gaul garam kunyit.
Goreng dalam minyak agal banyak hingga garing.Kalau nak rangup krup krup,goreng dua kali.
Memula gorwng hingga garing.Bila sejuk goreng lagi sekali...in shaa Allah
PARU BERLADO
Saama macam paru goreng
( saya masak 1kg paru.Sebahagian masak berlado & sebahagian lagi biar yabg bergoreng tanpa sambalnya.
Berlado:
15 cili padi merah
3 cili merah besar
1 bawang besar
3 daun limau purut
minyak garam,gula
1. Paru Goreng .
2. Ppanas minyak dan tumis bahan kisar kasar..cili dan bawang.
2. Bila naik minyak perisakan dan masukkan paru goreng serta daun limau purut.
4. Sesuaikan rasa
Biasanya saya ambil masa memasak sekitar 1 hingga 1½ jam bermula pukul5.45 .Kadang pukul 6 baru masak.Tapi kalau nak masak macam paru ni...masa sahur saya dah rebus paru.Petang nak masak paru,daging bagai dan ready.Cuma kuih saya akan masak Cuma kalau kuih masak yang simple sahaja.Macam sagu ni boleh masak masa sahur... Balik dah sejuk sagunya...Kadang masak juga waktu lewat petang,pastu jalut rendam loyang dalam air nak kasi sejuk cepat...hihihu










No comments:
Post a Comment