Wednesday, 18 March 2026

MENU BUKA PUASA :SPAGHETTI,KUIH ,TAKO

 Menu buka puasa..Hari apa pun fah tak ingat...

Selalunya elok jer susun menu dari ¹st day puasa hingga habis sebulan.Tahun ni lintang pukang....Tal boleh nak konsisten macam dulu...

Banyak juga pic menu buka puasa yang dah terdelete sebab memory dah full.Penuh gambar untuk blog & video untuk youtube tapi tak ada masa nak edit & upload...Sesak penuh dalam gallery....hihihi...Ni ada sikit masa kita update la mana ya g sempat

Minuman Air Ribena


Puasa tahun ni banyak minum minuman sejuk...Cuaca panas sungguh..

Tapi sebenarnya tak bagus pun minum ais apa lagi minuman manis ni tapi tu la memasing haus nak kan minuman sejuk.


Buah Limau  sebagai pencuci mulut




Petang ni takda jus tembikai tapi ada buah tembikai segar..
rezeki tahun ni puasa dalam musim panas...Buah tembikai lebih manis pada musim panas..Nikmat puasa musim panas ni juga buat kita sangat teruja saat menunggunwaltu waktu berbuka puasa kerana telalu haus.

Sempat buat Kuih Tako...
Acuan dia saya buat kat tempat kerja...Masa jenjalan kat  belakang surau nampak banyak daun pandan subur daunnya..Asalnya nak tengok kot ada belimbing  buluh berbuat tapi takda...Nampak pandan....Ambil dalam 10 helai & buatlah axuan tako dalam 15 pcs..


Buat takda ukuran....kecik besar jadinya...hihihi


Pukul 6 petang bari masuk dapur nak buat kuih tako



Dalam 15 minit dah aiap sebab kuih ni antara yang midah nak buat dan tak banyak bahan...Hanya tepung jagung,air pandan,santan dan gula...Kalau ikut ori kuih tako ya g saya kenal tahun 90-,an dulu dari majalah....bahan asasnya guna tepung hon kwee..tapi la ni lebangakan dah short cut guna tepung jagung je....Sengkuang cina pun dah dipelbagaikan diganti jagung ,sagu bagai...
Saya buat versi simple sahaja...Buat pun dalam ¼ daripada sukatan asal sahaja
Saya share resipi

KUIH TAKO PANDAN
(55-60 biji kuih)

Lapisan Hijau(bawah)
1 mug tepung jagung
1 mug gula pasir putih
6 mug air
5 biji sengkuang cina-cincang
1 sudu kecil paste pandan hijau( pewarana hijau perisa pandan)

Lapisan Atas(putih)
1 mug tepung jagung
6 mug air
1 kotak sederhana santan Kara(500ml)+-1 mug juga
1 sudu teh garam halus

KEKOTAK DAUN PANDAN.
55-60 helai daun pandan
dibentuk kekotak

1. Bancuh semua bahan adunan hijau dan kacau dengan api kecil hingga mendidih dan  meletus-letus.

2. Cepat-cepat sendukkan kedalam bekas kekotak.Isikan hanya seperuh kerana nanti akan ditambah adunan putih.

3. Biar adunan hijau memebeku.Sementara itu buatkan pula adunan putih lemak.

4.Bancuh semua adunan putih dan kacau hingga mendidih juga.

5. Penuhkan setiap kekotak yang sudah diisi adunan hijau.

6. Biarkan sejuk dan membeku sebelum dimakan.Tidak lama untuk kuih ini membeku.Dalam 10-15 minit dah beku.Boleh terus makan atau sejukkan dalam peti ais sebelum dinikmati

**kalau nak buat sikit,guna sukatan cawan.janji ratio tepung dan cecair betul..1:6..Maksudnya 1 cawan tepung jagung =6 cawan air.
Bahagian putih ratio 1:7 iaitu 1 cawan tepung jagung & 7 cawan santan( air+santan bagi dapat 7 cawan,)
in syaa Allah jadi


Nak tengok step by step boleh rujuk KAT SINI....



Tak masak nasi sebab dah takda idea nak masak lauk...
Just masak Spaghetti bolognese..
Pinggan Cella penuh taburan parmesan cheese


Saya masak saja spaghetti bolognese ni tapi saya tak makan pun...
saya hanya suka spaghetti olio yang kering kering tu...
Makanya untuk iftar saya...saya makan  laksa..



Juadah buka puasa  hari terswbut...haaaaa lupa hari apa

No comments:

Post a Comment