Saturday 19 August 2023

CEMPEDAK,MANGGIS,RAMBAI,RAMBUTAN DAN BUAH BEKA @ KAMPUNG

 Minggu lepas amik cuti hari Jumaat untuk balik kampung..Bukan mengundi pun tapi ada urusan lain.Bertolak awal,sampai pun awal la..Belum tengahari dah sampai.


Petangnya balik kampung,mak kata nak amik cempedak.Kata mak pokok kat kebun tepi rumah cempedaknya dah tua dan boleh kait.

Pokok ni buah tak banyak tapi besar-besar.


Mak dok buat galah nak kait cempedak.Sempat la kait beberapa biji.Nyamuk banyak.Tak sempat nak pi pokok sebelahnya mak kata buah lebat menyelimuti batang dan dahan.Cuma belum cukup tua.Tapi tak sempat nak kerling pokok tu sebab nak bawa beberapa biji ni pun dah berat


Esoknya balik kampung lagi.Hantar mak sebab mak kata ada jemputan yasinan ada orang kampung nak gi umrah.

Lepas hantar mak ke rumah yang buat majlis yasinan,teruskan agenda nak kait manggis


Buah yang tidak pernah menipu...Berapa banyak pecahan tampuk luarnya ,begitulah jumlah isi dalamnya..


Hanya sepokok manggisnya.Itupun pokok kat kampung lama dekat tapak rumah lama dulu.Pokoknya dah lebih ½ kurun dah umurnya.Seingat saya,sejak zaman saya kanak-kanak ribena,pokok ni dah berbuah.Sambil mengait,sambil mengenang nostalgia zaman kanak-kanak.Selalunya tak sempat masak buahnya kami dah kait.Belah buah tua yang penuh getah kuning tu,basuh dalam timba air...cungkil isi dengan pisau..Sedap sangat isinya yang masih rangup dan manis.Selalu juga kait buah belum masak dan campak dalam semak duri keman(pokok duri semalu) konon peram dan sorok dari orang lain.Tapi selalunya berakhir dengan hilang dikebas Malik dan Ina iaitu anak Pak Wan merangkao sepupu saya.Masa zaman kanak-kanak depa memang juara.Tapi sekarang kalau jumpa time raya memasing lupa nak keluarkan kisah tu..hihihi


Hanya kait beberapa biji sekadar mengimbau kenangan 


Puas hati dapat makan buah yang katanya  sangat mahal di Jepun dan Arab Saudi ni...wallahua'lam..



Sebelah pokok manggis tu kelihatan pokok rambai berbuah lebat.


Kebanyakan buah...kulit hijaunya dah mula bertukar putih krim menandakan buah memasuki fasa masak.

Seminggu dua lagi dah boleh petik dah ni..
Buah yang dah jarang jumpa.


Buah rambutan dan dokong.Dokong tu bukan pokok kami..Tu pemberian sepupu masa pi menjemput kat rumahnya..


Ni cerita hari Sabtu sebelum balik KL..Petang hari Sabtu lepas mak mengundi balik kampung lagi.
6 biji cempedak..sikit rambutan,dan daun palas habuan bawa balik KL..
Mak dok bising suruh amik banyak-banyak bawa balik KL..Tapi saya  la yang takmo mengenangkan kata nak kena angkur naik lif bawa ke kayangan nu...hihihihi


Yang bentuk macam papan warna hijau tu buah beka.Nanti kita cerita derail pasal. uah beka dalam entri lain..


12 comments:

  1. Waa best nya ada dusun buah mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....tak banyak pun tapi ada...

      Delete
  2. Manggis memang buah paling jujur. Bagaimana jumlah di luar begitulah di dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....agaknya sebab tu walau hitam tetap dipandang manis..hihihi

      Delete
  3. Sebijik macam di kampung sy MC. Segala pokok buah² ni semua ada di keliling rumah pusaka kami. Dulu la, skrg hanya tinggal kenangan ☺️
    Sy dulu kerabat pokok manggis & moktan ni, dok makan atas pokok haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerabat pokok dan dapat makan buah atas pokok tu satu kepuasan kan PH..

      Delete
  4. Wahh..bestnya. saya kenal pokok manggis bila dah masuk u. Kebetulan ikut kawan balik kg dia. Rumah dikelilingi pokok manggis. Jakun betul masa tu ๐Ÿ˜‚.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam nak kena tanam juga barang sepokok habuan nanti untuk anak cucu ๐Ÿคญ

      Delete
  5. Bestnya.. byk pokok buah.. semua buah fav plk tu.. ๐Ÿ˜‰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feel dia lain bila kita dapat kait sendiri dari pokok...hihihi

      Delete
  6. Seronok betul bila pokok buah berbuah kan..seronok dapat makan bawah pokok..especially manggis tu..SA kalau teringin beli je..pokok kat kampung x menjadi dh

    ReplyDelete
  7. wah..bestnya leh makan fresh2, petik dr pokok terus ngap gitu...

    ReplyDelete