Friday 12 May 2023

LONTONG & SERONDENG KELAPA

Lontong ialah antara makanan kesukaan mak saya.Kalau makan kat luar,jika ada menu lontong memang mak tak akan lepaskan.Sekarang kat Kedah pun dah ada kedai makan/restoran  menyediakan menu lontong untuk sarapan pagi.Begitu juga kat pasar malam pun dah mula ada orang jual lontong.Mungkin sebab sekarang dah tak susah nak dapat bekalan tempe dari pasar terutama kat Pendang.Memang pasar 

(merket Pendang) ada menjual tempe daun yang segar.Kalau tahun 90-an dulu saya memang akan bawa balik tempe dari KL..beli dan goreng sesiap masuk bekas,bawa balik Kedah..Gigih kan?🤭🤭🤭

Lama juga,lontong menjadi hidangan pagi raya @ rumah mak setiap kali raya.Namun sejak kebelakangan ini Nasi tomato  menjadi pengganti lontong  di pagi raya.Lontong masih dimasak tapi dah bukan paginraya.Setiap kali raya pasti mak nak juga makan lontong,tak kira la hari ke berapa raya.Biasanya akan masak juga walau sikit untuk mak.Sayangnya balik raya baru ni walau lama bercuti,tapi saya tak bekesempatan nak masak lontong untuk mak.Hanya masak nasi impit kuah kacang sahaja untuk mak.

in shaa Allah,kalau balik lagi,saya cuba penuhi.


Tapi balik KL ni ...eh,sempat pula masak bila anak tekak menari-nari nak makan lontong.


Tekak ni siap nak dengan pakej serondeng kelapa..
sebab selalu nampak SK makan lontong dengan serondeng kelapa..
ia telioq you!🤭 


Sambal tumis bilis tu wajib la kan...hihihi
Sayannya kurang rajin pula nak masak kuah kacang.


Patut kalau tambah sikit kuah kacang lagi syok ni.


Sambal bilis buat lebih konon nak simpan makan dengan lempeng.

Tapi licin....hihihi

Nasi impit pula saya daglh merajuk dengan Adabi..sejak depa dah tukar sukatan baru yang jadi agak lembik tu.hihihi


Kuah lodeh saya.Masa baru masak memang kuah nampak sedikit cair kan..


Dah sejuk sikit...haaa dah pekat dah.
Seperti biasa saya akan blend beberapa bahan untuk tumis.Ni cara saya la..Lain orang lain cara dan selera kerana kita biasanya akan terikut dengan taste ahli keluarga kita kan.Resipi saya hanya c&p dari


KUAH LODEH 
2 keping tempe- potong dadu
1 batang carrot-potong jejarj
1 biji labu siam-potong jejari
1/2 biji sengkuang- potong jejari
1 cekak kacang buncis/kacang panjang
1/4 kobis hiris

1 paket kecil fungus hitam-rendam
1 paket fucuk - rendam
Sikit suhun-rendam
2 kotak santan Kara
6 cawan air
3 sudu minyak
Garam

Bahan Blend:
1 bawang besar
3 baaang putih
2 batang serai
2 hiris lengkuas
1 ketul kecil halia
1 ketul kunyit
1 genggam bilis/udang kering

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak
2. Masukkan air +  1  kotak santan dulu dan masak hingga mendidih
3. Masukkan labu siam dan sengkuang.
4. Bila empuk baru tambah sayur lain dan garam
5. Masukkan fucuk dan suhun.
6.Tambah lagi 1 kotak santan dan biar mendidih sekejap sahaja
7. Sesuaikan rasa



Kali ni saya agak rajin.So,saya sempat juga masak serondeng kelapa ni.Seperti biasa juga saya mengggunakan resipi  dari old post.Saya banyak c&p resipi dari oldpost kerana dulu saya agak rajin memasak dan suka r&d( r&d konon🤣) untuk dapatkan sukatan dan tips yang saya akan berpuas hati.Memang dulu saya agak rajin dan  selalu try & error resipi untuk dapat rasa dan sukatan yang saya kira tepat ( ikut taste saya la).Ini untuk memudahkan rujukan saya dan juga rujukan mereka yang  tersesat ke blog ini bagi  mencari resipi dan sukatan yang boleh dijadikan panduan.Kadang resipi kebanyakan dah tahu tapi perlukan sedikit tips dan bagi yang sama taste dengan saya boleh terus follow resipi dan tips nya.
Untuk resipi serondeng kelapa ni,dulunya saya banyak kali juga t&e hingga saya rasa kena dengan tekak saya.Serondeng kelapa ni saya c&p dari 


SERONDENG KELAPA MEMORI CIK ZAH
1 biji kelapa parut putih
1 asam keping
1 ketul gula Melaka- hiris
1 sudu teh garam
3 helai daun limau purut
1/2 kotak kecik santan ( 1/2 cawan santan pekat)
1 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu minyak

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 cawan ikan bilis belah ( buang tulang)
1 bawang besar
3 bawang putih
3 hiris kunyit
3 hiri lengkuas
1 batang serai

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend + serbuk kari ( bancuh bersama)


2. Tambah asam keping, garam dan gula Melaka


3. Sesuaikan rasa dahulu sebelum masukkan kelapa parut putih..


4. Tambah santan pekat dan daun limau purut.


5. Sentiasa kacau seperti mengacau nasi goreng supaya bahagian bawah tidak berkerak.


6. Perlahankan api dan terus sangai sehingga berderai..


**Rindu pada rakan lama saya,Cik Zah yang sekarang entah di mana dan entah apa khabarnya.Kali terakhir berhubung melalui FB pun sejak belum PKP.Ketika itu Cik Zah di New Zealand.Semoga Cik Zah dalam jagaan Allah🤲



Ni kalau letak hirisan daging ni...lagi sedap ni

Saya suka serondeng kelapa yang sedikit lembab,sebab tu saya tambahkan santan.Kalori kita jangan fikir dulu ya🤣


Makan dengan penuh nikmat.


Tapau kan juga 4 bekas untuk anak dara yang sepelaung tu.

Taktau baki 3 bekas tu jadi rezeki siapa.

8 comments:

  1. wah..dap nye.. memang all the time fav MA ni.. plus dgn serunding kelapa pun..lagi layan la...

    ReplyDelete
  2. Makngahhhhh, nak jugak. Raya ni tak buat lontong lagi. Huhuhu

    ReplyDelete
  3. kena cepat2 balik buat longtong utk mak kak risau duk melelh ayaqliur je hehe...kalau dekat boleh buat muka tak malu minta sebekas yg baki tu ;)

    ReplyDelete
  4. Kena repeat tu Mak Ngah. Lontong kena ada sambal cengeng lagi umph!. Sy tak sempat lagi nak repeat lontong, harap sempat la sebelum habis syawal.. hihi.

    ReplyDelete
  5. sedap kak tapi kalau kt sini jarang dapat jumpa serunding kelapa tu menu sampingan untuk lontong. Tapi kalau kt johor biasa menu itu bersama-sama

    ReplyDelete
  6. Mujoq dah melontong hari tu...kalau dak pi serbu rumah MC dah 😁

    ReplyDelete
  7. Ya ampun!
    Teringat kami makan lontong sayur lodeg, sambal sotong dan serondeng kelapa raya kesembilan.
    Rasanya saya tak puas makan tu semua....ahaks!
    Serondeng kelapa memang sedap sangat rasanya kalau kena cara mengolahnya.
    Saya pun suka R&D masakan atau resipi warisan supaya dapat kekalkan kualiti rasanya.

    ReplyDelete
  8. SA suka tengok orang makan lontong tapi x suka makan lontong..haaa..camner plak tu kan...

    ReplyDelete