Kalau dulu kat kampung-kampung & dalam hutan akar seruntun mudah ditemuk...Namun kini banyak musnah dan sukar ditemui kerana hutan-hutan pun dah banyak gondol.
Kat kampung saya pun rasanya tumbuhan yang satu ni dah takda dah dalam hutan...
Namun saya masih beruntung kerana masih dapat lihat akar seruntun /patawali ni...
Bukan kat kampung...tapi kat tempat kerja yang baru ni....dipinggir Bandaraya Kuala Lumpur
Untungnya juga saya masih kenal dwngan alar seruntun ni kerana saya asalnya anak kampung dan suka ambil tahu tentang tumbuhan terutama tumbuhan hutan...JLebih empat bulan yang lalu iaitu harinke-dua melapor diri di sini....ketika meninjau kebun kelapa sawit di tepi pagar ..saya ternampak juntaian akar menggerutu ni...
Setelah diamati,yakinlah saya ianya tumbuhan akar seruntun atau patawali...
Akar Seruntun....a.k.a Patawali..
Bentuk daun....rupa batang berbentuk akar yang menggerutu.....
Handphone murah + tak pandai nak fukus...jadi ekelabu gambarnya ..
Akar seruntun yang menggerutu tu...
Berjuntai-jintai akarnya menanjat banir pokok kayu bersaiz pokok balak ni...
Tiada siapa pedulikanmya..Bila ditanya pada pada rakan rakan yang lain pun tiada siapa mengenali tumbuhan ini dan mereka langsung tidak berminat untuk mengetahuinya...
Hanya sahaja saya yang memerhati penuh minat terhadap tumbuhan ini...
Kalau dari tingkat satu tu..buka tingkap pantry memang nampak jelas pokok ni kerna hanya sekitar 30 meter jaraknya ..
Belanja video ..akar seruntun atau patawali Dihujung video tu kelihatan buah saga yang sudah kering menampakkan biji biji saga bewarna merah.Juga selalu saya kutip biji biji saga tu sekadar suka-suka sambil.mengenang zaman sekolah rendah cikgu Matematik selalu suruh bawa biji saga atau biji asam jawa buat mengira.Kalau takda sangat bawa la lidi-lidi yang dipotong saiz sejengkal untuk mengira dan memahami konsep +-x÷.



No comments:
Post a Comment