Hari Jumaat Umi..rakan sejawat dari BJ Bangsar call ajak ke.kenduri jeputan daripada rakan kami iaitu Mejar ( B) Zalifah.Beliau ni ni rakan sejawat kami bertiga juga tapi lain tempat kerja.Kenduri aqiqah cucunya.Tahun lepas beliau jemput kenduri anaknya,saya & Umi tak dapat hadiri.Kali ni nak kena lapangkan masa juga ni.Pergilah carpool kami bertiga ..Saya ...Umi & Ash
Tengok alamat rumahnya ...wah rumah kampung ni....Kampung Damai,Kuang,Rawang,Selangor..bestnya nak makan kenduri vibe-vibe kampung..Bertolak pukul 10.45 & jangkaan sampai dalam 11.45 pagi.
Melepasi
Tol Duta menuju ke utara...banyak kenderaan ..Bak.kat umi...kita nak keluar KL...depa nak masuk KL..
Dah masuk ke Sungai Buluh arah ke Rawang tapi entah kemana waze bawa kami...lebih 1 jam dok naik bukit turun bukit....
Entah berapa buah bukit kami turun naik dah rasa macam dejavu dah ni...waze pun dah tak keluar result...
Ni entah bukit ke berapa kami naik turun...Ash kata alamat tu takda dalam waze.Dari KL sampai mainroad luar tu..Umi kata dia tahu je sebab pernah datang sebelum ni..Dah masuk dalam ni boleh pulak tak nampak gambaran langsung..waze pun takda alamat tu..
Akhirnya Umi berenti kereta tepi jalan tengah hutan & tunggu ada orang lalu..nak tanya...
Namoak la satu motor lalu...tahan la motor tu & tanya kata mana
Lorong Teratai?
Sekali yang ditanya tu pun tak tahu..
Katanya..."Maaf bu...saya juga merantau"!
Allah.....dia pun perantau dari seberang...
🤣🤣🤣pakat gelak berjemaah
Teruskanlah perjalanan ikut saja ke mana Umi drive...
Akhirnya...setelah 1 jam berlegar turun naik entah dimana ..mendaki bukit yang tinggi menuruni lursh yang curam.....
Kuih muih kemain banyak tapi perut dah kenyang banyak minum air ...penat sesat jalan kan...
Pecal pun ada...
Kalau ikut nak sembang lama tapi kita pun faham kenduri kan...Tapi masa yang sekejap tetap dimanfaaat..
Sebelum balik...bergambar kenangan la dulu tanda hadir..
Buah tangan untuk kami....
Sukanya hati dapat
Telur Pindang sorang 3 biji..Mejar ni asalnya Johorean ..haruslah ada telur pindang kan...
Makan sambil pejam-pejam mata.Dapat makan dengan tenang setelah Takdir Cinta Terlarang dah manamatkan episodnya pada hari Khamis lepas...Ending yang semua orang kat Tik Tok tak puas hati🤣
Dah ...tak nak terjebak dah....mengarut betul....hadoiii....!
Maka begitulah cerita kesesatan kami nak.menghadiri kenduri aqiqah cucunda Kak Mejar Zaliafah...
Semoga silaturrahim kami terus terjaga selamanya...
Sesat Barat sampai Takdir Cinta Terlarang tu...tragis sungguh...hehe
ReplyDeleteMujur la jumpa juga rumahnya. Tak suka sangat guna waze macam merepek je jalan dia bawak. Selalu guna google maps je.
ReplyDeleteDah lama pokcik tak dengar ayat sesat barat🤭
ReplyDelete