Terung,Bilis & Petai Berlado...Masih lagi dengan terung....selagi pokok terung tu berbuah kerana terung adalah antara sayuran(ke buahan?) yang saya suka.
masak lag apapun ...saya suka ja rasa terung..Apa juga jenis terung .Terung panjang ubgu,terung panjang hijau,terung bulat ungu,terung siam,terung pipit,terung dayak yang masam tu semua saya suka...Cuma ada sejenis lagi terung yang saya rindukan...tapi dah tak jumpa sekarang...iaitu TERUNG BULU atau dinkampung kami panggil TERUNG SANTUT..buah terungnya sebesar limau kasturi...buahnya berbulu tajam..rasanya masam seakan terung dayak tetapi lebih lembut.Sedap dicampur dalam sambal belacan atau dibuat air asam picit cicah ulam rebus...Emmmm,mana nak cari terung asam bulu tu?
Sebulan dua ni dah berkilo makan terung..Terung sambal,terung kari,twrung tumis,terung kicap,terung bakar,terung rebus hingga lah terung goreng



Teruja nak tengok rupa terung santut.
ReplyDelete