Semalam pagi lepas subuh dok ngadap handphone
Gatal tangan pi explore apa entah..rasa nak creat blog kot...dah tertekan publish...tu yang lekat..
Saya nak delete blog tu.Explore la kengkonon walaupun tak faham.Tanya Google..jumpa macam-macam..Ada satu info ni dia tunjukkan cara paling cepat delete blog ..Saya follow & delete la...
Tup-tup bila buka blog namakucella...dah hilang dashboardnya..Hanya boleh baca posting sahaja...bila klick blogger takda dah blog dashboard namakucella..Puas buka kat handphone..buka kat laptop memang macam tu jer..yang keluar pun blog yang kita follow jer...
Agh....terus murung...dah la nak pi kenduri..Dalam masa sama Adah VC...mengadu la kat Adah...Adah kata mungkin blog tu masih ada sebab masih boleh baca..cuma takda dashboard..Adah suruh explore lagi..kalau betul delete... kot-kot boleh restore..Dia pun kata sayang blog ni banyak simpan memori perjalanan hidup kami selain resepi-reepi yang memang saya try & error untuk nak dapatkan sukatan yang sesuai sebagai panduan diri sendiri dan juga orang lain yang memerlukan.
Saya sempat masuk dalam ruang komen posting Nasi Lemak RM1.50 vs Nasi Lemak RM1 tu...menulis komen minta bantuan siapa-siapa yang boleh bantu saya.Dalam masa sama tetap explore hingga tak masak sarapan apa pun..Tak lama lepas tu macam nampak dashboard tu tapi bila tutup & cuba buka semula terus tak jumpa dah.Hati berbunga sikit sebab rasa macam blog ni masih ada cuma tak jumpa..Adah pesan cuba la explore lagi dalam masa terdekat.Biasanya ada tempoh kita boleh restore sebelum parmenantly deleted.
Kerana percaya masih ada harapan...saya delete komen yang saya post minta tolong tu..Karang kalau orang bg info takut saya pula tak reti nak follow..Padam komen.
Balik kenduri explore lagi..Malam explore lagi..Tanya Google..ikut step yang diberi..masih tak jumpa..Hati dah redho kalau hilang pun...cuma rasa sayang pada kenangan -kenangan yang tersimpan dalam hampir 5k posting sejak Cella creat dan tulis bermula 2013 .Tapi masih boleh baca blog ni...cuma tak boleh update.Tak apalah sekurang-kurannya masih bokeh baca.Cuma Adah kata takutnya hanya boleh baca beberapa hari @ beberapa ketika sebelum hilang sepenuhnya..huhuhu...Tak apalah..mungkin ada hikmah....redho je lah...Kalau masih ada semangat belajar lagi creat blog baru..kalau tak..baca ja blog kawan-kawan...huhuhu
Pagi ni lepas subuh tadi,tiba-tiba teringat...
Kenapa tak tanya chatgpt?Berpandukan penerangan chatgpt dan arahan step by step yang detail tapi mudah faham.saya cuba follow.Siap bgtau chtgpt yang saya ni jenis kena ajar slow -slow & bagi step yang paling mudah saya ikut..Cuma cgatgpt minta buka kat laptop supaya semua icon boleh nampak jelas.Kalau handphone katanya ada yang tak nampak..Saya ikut arahan..
ALHAMDULILLAH.....
Saya dapat masuk melalui akaun asal yang pic profile yang cella guna iaiatu coklat strawberry
Tapi saya suka guna handphone untuk update..Bila buka kat handphone masih tak jumpa dashboarnya..macam semalam juga...
Tanya lagi chatgpt lagi.
Katanya keeadaan ini jadi kerana. saya banyak log in handphone akaun berbeza.Ya la..akaun email kerja sahaja ada 5...akaun peribadi...akaun blogger..
Solutionnya chatgpt suruh log in semula guna akaun blogger namakucella& dia g louid la sampai keadaan kembali kepada sedia kala...
Eh,tapi tak la sediakala sangat sebab saya hanyabboleh login melalui chrome sahaja...Kalau melalui google masih sama...Tapi sekurang-kurangnya ada la altenatif & masih boleh....Alhamdulillah
Alhamdulillah...Allah gerakkan hati untuk tanya chatgpt..Alhamdulillah dah dapat tulis semula....
Ini kali kedua saya minta chatgpt bantu saya selesaikam masalah agak besar..Kali pertama saya cari khidmat chatgpt ni bulan Ogos yang lepas..pasal ada orang suruh beli bunga untuk menteri....tulis dulu klu supaya akan ingat nanti.
nanti saya ceritakan dalam posting yang lain...Menarik juga untuk panduan kita bersama bila berhadapan orang macam tu...Apa kisahnya? Nantikan yer..Baru ingat dan rasa nak tulis kisah tu selepas chatgpt pasal dashboard blog ni dah jumpa semula..Jasamu dikenang chatgpt😍
Saya catatkan di sini untuk panduan dan rujukan diri sendiri..juga semoga bermanfaat untuk orang lain juga..





Alhamdulillah
ReplyDeleteAda tempat nak minta tolong setelkan masalah.
Saya pun tak berapa pandai benda-benda digital begini. Selalu minta tolong Abang Farid sampai naik marah budak tu terangkan berkali-kali sebab kita ni dah makin tua makin bebal hihihiii.
ReplyDeleteAlhamdulillah..dapat kembali.. Tak dapat bayang kalau blog sendiri tidak dapat log in..
ReplyDelete