Monday, 10 November 2025

MAKAN NASI LIWET BU YATIE


Hari ini lunch Nasi Liwet @ tempat kerja..

Nasi Liwet versi Sunda yang dimasak oleh Yatie untuk bumil(ibu hamil)merangkap  santapan  kami semua.Nasinya sahaja dimasak oleh Yatie...lauk dan sambalnya Yatie bawa yang dah siap masak

Rentetan daripada Pertandingan Masakan Antarabangsa dua minggu lepas,Kumpulan Masakan Indonesia  merangkul Naib Johan...Ramai sebut Nasi Liwet tu sedap tapi memasing hanya dapat mencicip sesudu dua sahaja kerana  bukan masak banyak pun Sekadar pertandingan untuk aktiviti teamwork dan hanya raso-raso sesama sendiri..Pulak tu hanya juri dan beberapa orang sahaja dapat merasa...Benda sikit dan sedap pula..maka ramai la request nak makan Nasi Liwet.
Bumil pulak yang request..wajib la tunaikan...nak beli bukan ada jual kat sini
Yatie balik kampung kat Kuala Selangor bawakan lauk Ayam Geprek dan sambalnya serta seloyang besar Kuih Seri Muka air tangan bondanya dari Kuala Selangor

Makanya hari ni Yatie meliwet di pantry.Yatie bawa rice cooker  manakala portable stove tu entah siapa wakafkan ..Tersorok di pantry tak digunakan..
Hari ini  lunch ditaja oleh Bu Yatie yang meliwet nasi.Dimakan bersama lauk dan sambal yang dibawa khas dari Kuala Selangor.

Saya sempat ngerakam video penyediaan nasi liwet oleh Yatie a.ka. Bu Yatie🤭.Tibber nama kena tukat kepada Bu Yatie..Sekejapan sahaja proses nasi liwet kerana hanya tumis bahan dan tuangkan dalam beras.Tambah air terus tanak seperti biasa..
Tak ada siapa pula ambil gambar makanan tu...Kebetulan hari ini saya bz tak sempat nak berlama dipantry.Selepas ambil video tak sampai 10 minit ...ada kerja yang perlu dibereskan segera.Lagipun bila dah on rice cooker tunbukan kena tunggu untuk kacau bagai...Tinggalkan saja hingga nasi tanak...Bila nasi sudah masak sempat juga merakam video nasi tu tapi masa tu tiada siapa yang makan kerana semua sedang fokus kerja..Bila ke pantry dalam pukul 1.30..dah takda orang...Ada yang dah ke surau..sekarang kan Zohor awal 12.58 ..Ramai dah makan...Nasi  pun dah tinggal lebih kurang dua senduk sahaja lagi..saya cedok sesenduk  & masyaa Allah sedap rupanya nasi liwet ni.Walau simple nasinya tapi aromanya menggoda.Sayangnya tidaklah dapat makan bersama atas daun pisang secara berjemaah kerana beberapa kekangan.Lagipun tidak manis untuk makan sehidang bercampur lelaki perempuan.Kalau ikut cara makan aslinya mereka makan atas sepelepah daun pisang yang dilonggokkan nasi dan lauk ditenfahnya...lalu semua duduk agak berhimpit mengelilingi daun pisang tersebut.Kalau makan bersama keluarga pasti seru..kan🤭


Kalau lepas  ada lagi bumil yang Kalau ada yang teringin boleh cuba di rumah.🤭 Saya sharekan video nasi liwet tu di channel youtube saya...Boleh tonton 




No comments:

Post a Comment