Wednesday 21 December 2022

TRAKTOR SAWAH DI BELAKANG DAPUR

 Masih cerita @ Kedah.

Ketika sedang memasak di dapur...




Mengintai dari dapur,dicelahan putik pisang emas dibawa belayar,masak sebiji di atas peti..
Haaaa...ada yang berpantun ke tu...🤭🤣


Sayup-sayup bunyi jentera pembajak sawah..
Orang panggil traktor tapi di tempat saya dan kebanyakan tempat di Kedah kami sebut 
"trekta"..


Semakin lama semakin dekat..
Mai saya bawakan audio dan video trekta  ni yang betul-betul di tepi dapur rumah saya..yang hanya dipisahkan oleh tembok anjung jemur kain...

Taraaaa....dah nampak bumbung trekta..Kalau hulur tangan...boleh sentuh bumbung trekta tu tau..
Pemandu trekta tu nampak saya merakan video ni dan dia kelihatan malu-malu..
Nampak kegigihan dan kesungguhan anak muda berjanggut itu mengendalikan trekta.

Jika diperhatikan...jejari pemutar tanah tu nampak berbeza kan?
Untuk makluman yang..trekta ini ada banyak function.Dia punya bilah pembajak tu boleh ditukar ganti mengikut fungsinya macam mixer kuih la..Nak uli tepung tukar mata twister..nak adun kek tukar mata lain..Gitulah kekdahnya..

Sawah ini telah dibajak beberapa hari yang lepas untuk membersihkan rumput rampai dan menggebukan tanah berlumpur tu..
Yang ini bilah jenteranya khas untuk "menyikat" tanah sawah  yang sudah dibajak itu agar rata bagi memudahkan biji-biji benih padi ditabur dan melekat pada selut lumpur tu.Kalau dulu biji padi disemai di tapak semaian lebih kurang sebulan sebelum dicabut dan ditanam semula menjadi barisan rumpun padi.Sekarang seiring dengan teknologi dan kekurangan tenaga kerja,biji-biji benih padi 
"disembur" terus dengan mesin yang seakan mesin sembur angin yang digunakan pekerja kebersihan untuk membersihkan sampah di jalanraya tu.Anak padi yang tumbuh kekal hingga berbuah dan dituai.


Ralit saya memerhatikan bangau-bangau putih ni mengintai-intai rezeki.Bila trekta menyikat selut lumpur tu,ikan-ikan seperti sepat,keli dan puyu akan menggelupur dan bangau akan pantas mengesan pergerakan ikan lalu masing-masing pantas mematuk dan menelan ikan tersebut.

Di mana trekta bergerak,di situlah bangau mengekor..Nampak keakraban dan saling percaya antara bangau dan pemandu trekta tu.Masing-masing berkongsi alam mencari rezeki.

Kalau bangau...mereka menanti dan mengaharap ikan timbul dari lumpur.Kawanan burung layang-layang juga turut mencelah menantikan kalau-kalau ada belalang dan serangga sebagai sunber rezeki.Yang terbang laju berwarna kehitaman tu adalah burung layang-layang atau kami panggil sebagai burung ciak raya.

Menyaksikan trekta di bendang ni...tidak sah kalau fikiran tidak melayang ke zaman kanak-kanak dan remaja ketika masih di kampung.Bila musim membajak begini kena pula kalau musim cuti sekolah..kanak -kanak lelaki memang bermandi  lumpur mengikut belakang trekta mencari ikan.
Walau hati melonjak ingin turut serta tapi saya biasanya hanya memerhati dari permatang sambil mendukung adik.

Menghidu bau lumpur sawah bendang dari trekta di belakang dapur ini juga seperti menghidu kenangan lalu yang tak pernah hilang dari ingatan.Terlalu banyak himpunan peristiwa yang saling berkait dengan apa sahaja dipersekitaran.

Tidak mahu lama membiarkan memori lama mengusik  jiwa..saya masuk semula ke dapur menyambung masak gulai ikan nyok nyok..

18 comments:

  1. Kalau ke Kedah, memang leka saya perhati burung bangau memenuhi sawah. Sangat menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...koloni mereka sangat banyak.Lagi-lagi bulan Disember ni bertambah banyak dengan campuran burung-burung hijrah dari luar yang berhijrah kerana musim sejuk dan bermigrasi ke sini

      Delete
  2. tenang hati tengok kawasan umah akak..rasa mcm dok situ semua masalah blh selesai bila tengok suasana sawah padi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Afzan..
      Balik KL dengan kepala sedikit ringan.Macam nak balik lagi dalam masa terdekat kalau Allah izinkan.Semoga tahun 2023 nanti memberi semangat baru yang lebih berkualiti..

      Delete
    2. Benar Afzan..
      Balik KL dengan kepala sedikit ringan.Macam nak balik lagi dalam masa terdekat kalau Allah izinkan.Semoga tahun 2023 nanti memberi semangat baru yang lebih berkualiti..

      Delete
  3. Wah bestnya. Memang mengamit kenangan bila bau lumpur bajak sawah macam nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan PMDR...
      Bau lumpur sawah pasti dirindu bagi yang pernah bergelumang dengannya

      Delete
  4. View yg mahal yg anak² sy x dpt tgk... xde sawah padi mcm ni kat sini... mcm sedap je bunyi gulai ikan nyok nyok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah kalau ada rezeki dan kesempatan,mai la ke Kedah..
      Kena plan sesuai dengan musim untuk dapat timing yang betul dengan keinginan nak tengok musim membajak,musim menanam,musim padi berbuah hijau atau suka tengok musim padi sudah masak dan boleh tengok padi di tuai.
      Jika bukan musim tapi nak lihat semua musimnya dan peralatan moden dan tradisional dalam pertanian padi sangat disyorkan ke
      "Muzium Padi" yang tidak jauh dari Bandaraya Alor Setar..

      Delete
  5. Pernah sebelum ni pun nampak trekta macam ni Mak Ngah post kat blog. Macam best ek rumah depan sawah, kalau balik Kedah, tengok, macam syok aje. Tapi kan, setiap kali tengok trekta ni, sy teringat cete Mamat Khalid tu, kaki dia kena makan trekta, kesian giler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ek post pasal trekta sebelum ni🤭
      Saya pun dah lupa,cuba cari old post tapi lupa keyword.Yang jumpa hanya mesin padi menuai padi kat belakang dapur tu..
      Allahu..memang ada kes-kes macam tu SK.Pernah juga beberapa kali baca surat khabar ada cerit2 mengerikan pasal trekta ni..huhuhu

      Delete
  6. seronok nya..layan view mcm ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau musim pokok padi tengah membesar,lagi layan..sawah macam karpet hijau.musim padi masak macam karpet kuning

      Delete
  7. Telitinya Mama Cella menghuraikan segala yang diperhatikan, sepat, keli dan puyu menggelupur!
    Waktu kecil dulu, saya pun asyik dengan kawan-kawan melihat traktor membongkar tanah, membajak dan mencakar. Tapi itu di kebun getah yang sudah ditebang untuk proses tanam semula. Tidaklah nampak segala bangau seperti di sawah.
    Apa cerita gulai nyok nyoknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melihat bangau tu..Saya pun seakan masuk menyertai koloni mereka la cikgu🤣
      Gulai nyok nyok coming soon enrinya..hihihi

      Delete
    2. Melihat bangau tu..Saya pun seakan masuk menyertai koloni mereka la cikgu🤣
      Gulai nyok nyok coming soon enrinya..hihihi

      Delete
  8. wahh memori lama mengusik jiwa tuuh makcik., hehe

    ReplyDelete