Minggu lepas lagi Adah cakap weekend nak ajak gi sarapan kat port baru yang sedap katanya...
Katanya port tu tersembunyi.Hanya buka weekend & public holiday sahaja..
Bila Adah kata port tu viral...Saya cari juga kat Google.. nampak pic info atas ni..
Wow,macam menarik!
Semalam..Sabtu,kami pun pi la sarapan kat tempat viral yang Adah cadangkan tu @ Gerai Tepi Kebun.
Seperti biasa,saya akan memilih untuk pi awai,tak kalut..
Lepas subuh,memang terus siap.
Pukul 6.50 pagi kami 3 beranak dah masuk dalam kereta.
Call Cella nak pick up dia...Dia tak dapat ikut sebab ada program..bye..!
Hihihi....
Seperti dok baca review..Gerainya memang tersembunyi di belakang kawasan perumahan.
Dok baca info,katanya asalnya depa buka gerai ni untuk penduduk setempat sahaja.Tetapi disebabkan keistimewaan menu dan kesedapanya..ia menjadi buah mulut dan dengan kuasa medsos sekarang terus menjadi viral.
Kalau tengok lokasinya yang tersembunyi memang pelik macamana orang boleh tahu...
Tapi kalau waze memang dia bawa ja ke tempat tu....hihihi
Masuk kawasan perumahan.Kita akan lalu lorong macam-macam jenis rumah..Teres setingkat..banglo 2 tingkat..Teres 2 tingkat dan juga rumah sebandung..Hihihi
Rumah Sebandung tu Bahasa Melayu.Kita lebih familiar dengan sebutan semi D..
Simpang kat kereta depan tu..gerainya belah kanan.
Dah sampai lorong akhir..
Baru ada dalam 10 kereta kerana masa ni baru pukul 7.45 pagi.
Pi awai kita boleh pilih meja dan takda la nak melangot tunggu orang bangun...saya jenis tak sabar...hihihi
Nampak gerai tu hanya macam khemah kenduri saja kan...
Tapi kat tepi dan belakangnya penuh meja makan di bawah pokok-pokok macam dalam dusun.
Walaupun dalam google tulis buka pukul 8 pagi..Tapi kami sampai 7.45 beberapa meja dah penuh pelanggan sedang menikmati sarapan.Agaknya 7.30 atau lagi awal depa dah buka dah pun.Paling menarik yang saya nampak.
Nasi Ambeng
Lontong Darat
Nasi Lemak
Pulut Kuning
Mee,Mihun,Kue Teow
& aneka kuih muih.
( petai tu habuan saya sebab Adah tak makan petai)
Anak bujang tu pilih Set Nasi Ambeng.Ada nasi,serondeng kelapa,mee goreng,sambal goreng jawa,sikit sambal,sekor kecik ikan masin bulu ayam dan dia pilih ayam goreng.
Saya tak pasti harga yang ni.Tapi saya beli bungkus untuk Cella...
Lauk ayam kicap..
Harganya RM9.50
Rasanya yang ni pun sama kot harga.
Kalau sebut Lontong Darat teringat kat SK nun di Tanah Jauhar..Kat sini lontong darat ni biasa disebut Lontong Kering.
pic google
Jemput tengok menu sarapan yang kami pilih.Belakang dan tepi kami tu kebun..macam kebun kampung yang ditanam pisang dan aneka ulaman.Sesuai la dengan namanya Gerai Tepi Kebun.Kalau perasan,kat tanah tu banyak pokok kaduk subur menghijau..Geram ja saya nak pi petik buat ulam..tapi takkan la pulak..kan... ...hihihi..
Pukul 8.30...
Setnya dah letak siap-siap kuah kacang,sambal goreng dan seketul pegedil kentang.Saya tambah Sambal Tempe Petai.
Minumannya RM2.50/cup..(sebenarnya gelas plastik tu) & free refill.Kita akan diberi gelas kosong masa membayar harga makanan tu.Kat depan tu ada water dispenser/termos minuman panas. Isilah sendiri nak air apa dan boleh refill berapa kali pun.
Minuman yang ada..teh panas,kopi O panas,Nescafe dan Sirap.
Teh,kopi dan Nescafe kalau nak sejuk..ada tong ais kat situ.
Tak terrefill pun sebenarnya sebab kenyang..hihihi
Pukul 8.30...
Kami dah hampir selesai makan & nampak semakin ramai pelanggan baru tiba dan beratur agak panjang.Kalau tengok kat graf kehadiran pun memang 8.00-9.30 tu peak hours.
Demi untuk tidak pentingkan diri..kami cepat-cepat habiskan makanan dalam pinggan dan beransur lah bagi memberi peluang orang lain pula duduk.
Kalaulah nak pentingkan diri takmau share info tau sebab nanti sesak🤣Tapi kena fikir balik..kalau orang lain pun tak share dengan kita,kita pun tak tau kan....
Ok saya share benda baik supaya yang lain juga dapat manfaat .Untuk info lebih jelas..boleh ke FB
Saya nampak memang depa selalu update..
Oh ya..harga makanan saya tak tau sangat detail satu persatu sebab saya hanya dengar dia kira set nasi ambeng yang bungkus tu saja RM9.50.
Tapi keseluruhan...
-1 set nasi ambeng(lauk ayam goreng)
-1 set nasi lemak sambal sotong & sambal tempe petai
- 1 set Lontong Darat lauk sambal tempe petai
- 1 Set nasi ambeng(lauk a kicap) - yang ni bungkus
-1 set pulut kuning rendang daging- ni pun bungkus
- Minuman 3
Total RM53.50
sunber:FB
Esok Isnin ..Selangor public holiday...gerai ni buka tau..Sebab gerai ni kat Kajang..Selangor..public holiday depa ikut Selangor la.So,masih ada peluang nak sarapan sini esok.Kalau tak...kena la tunggu minggu depan sebab kan depa hanya buka weekend & public holiday sahaja..8.00 pagi -11.00 pagi.Tapi kalau makanan habis awal depa tutup awal.
Kena ingat tu,agar tak kecewa..hihihi
Wowwww.. port baik ni! Tapi tu laaa.. kadang bila pergi tempat macam ni, beraturlah tray tu banyak mana pun, pilihannya tetaplah Lontong Kering, kan.. hahaha. Yang sebut Lontong Darat tu, Wak Warisan Petani.
ReplyDeleteTengok harga, purata satu kepala makan, RM10 jugak tu. Yang penting, puas hati, kan. Memasing boleh pilih ikut selera sendiri.
Eh..salah ek🤭🙏.Ingatkan SK yang selalu sebut lontong darat🤭
DeleteTersedak Wak WP🤭
tak tahan tengok nasi ambeng tu..kalau lambat2 mesti susah nak cari parking tmpt viral ni tambah pula dlm perumahan lagi la sesak kan..
ReplyDeletesaya pernah jumpa kak yg jenis selfish dh habis makan dia bantai borak buat tak nampak org beratur panjang nk mkn juga
Tu la...tapi taman perumahan ni banyak tempat boleh parking..cuma kena commen sense la jangan halang laluan.Kami beria2 parking jauh takut ganggu laluan..Mai orang kemudian..dia belasah blocking
Deleteya Allah kak, sedapnya semua tu nasibla jauh dengan rumah dana kak. SUka nya tengok nasi ambeng dan lontong darat tu, ya ampun kenapalah takde dekat2 ampang nun tu
ReplyDeleteKat Ampang pun katanya banyak port makan yang menarik kan Dana..
DeleteTapi sesekali pecut sat pi Kajang pekena nasi ambeng ni..hihihi
Aduhhh.. lontong darat tu sedapnye.. bertambah panjangla list kedai makan sedap nii 🤭
ReplyDeleteHahaha...nasi ambeng pasti jadi idaman sesapa yang pernah makan kan...
Deletewah..dapnya. mcm2 ada. rambang mata dibuatnya. x tau nak makan apa, but semua pun nak rasa ni...
ReplyDeleteMummy Ayu kena cheatday la kalau mai tempat makan ni...hihihi
DeleteUish.. kak lin xbole g tmpt mcm ni.. semua yg kak lin tgk, kak lin nk.. sbb semuanya nmpk sdp.. 😬
ReplyDeleteKalau dah sampai kat tempatnya..pasti ada satu yang tak sengaja teroder..
DeleteMacam saya nak nasi ambeng tapi ordernya lontong kering..hihihi
wahh macam2 ada...takdela Cuya nak merasa sebb duk jauh.hhehe
ReplyDeleteMana la tau kot lepas ni Cuya terlalu dekat sini ka..boleh singgah🤭
DeleteYa allah, macam- macam ada ha....kalau dekat ngan SA pun memang masuk wishlist ni
ReplyDeleteSeremban ngan Kajang bukan berjiran ka🤭
DeleteKalau Pak Zain nampak ni macamana?
hihihi