Thursday 8 December 2022

DINNER AYAM GORENG MUIZ

Tengah dok taip pasal aneka sambal.Tapi nampak draf ni..
Cerita Jumaat..Bukan Jumaat esok🤣 tapi Jumaat yang dah lepas.
Baru tengok dalam draf belum publish.Anak bujang belanja makan Ayam Goreng Muiz..


Katanya sedekah Jumaat untuk keluarga..
Kata dia support bznz kawan-kawan .


2 kotak sos cheese
2 kotak lagi sos Korea katanya .

Saya pilih sos cili ni..
Anak bujang tu kata ni set sos Korea.
Laaa...saya ingatkan sos keropok lekor..
Hihihi

Saya ngan Cella ambil yang sos Korea tu..
Adah ngan abangnya sos keju..
Katanya sekotak yang mengandungi 2 pcs ayam goreng dan sebekas kecil sos cicah tu berharga RM11.50 untuk set sos keju dan RM12 yang set sos Korea.

Ok...belum siap kerja tapi dah lapar..Nak minum kopi 0 dan sarapan bekal  macaroni sardin sat



14 comments:

  1. bagusnya org muda bisnes setnya dah ala2 dgn KFC McD..
    mana dtgnya kepok lekor pula akak ooii dalam set ayam....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tu la .
      mula buka sos tu saya ingatkan sos sama macam keropok lekor..Lagipun takda bijan..kalau ada mgkin saya boleh agak

      Delete
  2. anak-anak ammi pun suka ayam goreng muiz ni.. si kyra tu kat asrama kengkadang petang2 call abahnya sesenyap order ayam goreng muiz nak makan masa prep...ehhhh bertuah betul. mentang2 asrama dengan rumah sepelaung je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...Kyra asramanya sepelaung juga ke...🤭
      Alhamdulillah..rezeki dekat dapatlah paw abahnya..hihihu
      Semoga Kyra cemerlang dunia dan akhirat🤲

      Delete
  3. Cantik packaging ayam goreng muiz tu... semoga semakin maju bisnes anak muda ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn...
      Sama-sama kita sokong.Lagi2 pasc covid semua struggle

      Delete
  4. Ini la yang SA idam- idamkan tu...sayang nya kat Seremban xde...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah...semoga bznz mereka berkembang maju dan dapat buka banyak cawangan termasuk Seremban

      Delete
  5. hahahahah gelak dana kak, sos kopok lekor hahahah
    Dana tak pernah makan lagi ayam muiz ni kak, memang sungguh ke orang kata sedap naw-naw kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu subjective Dana..heee
      Pada saya macam sama ja..tapi meman ramai cakap sedap naw2 tu..Mungkin lidah saya lidah orang tua🤭
      Apapun,Dana kena cuba tau

      Delete
  6. Dah pernah beli ayam goreng Muiz ni. Order online je, tak dapat gambaran masa tengok menu ayam goreng sos korea. Ku fikirkan ayam goreng yang disalut dengan sos korea tu. Rupenye salahhh 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Agaknya kalau soso tu dia salut sesiap + tabur bijan saya rasa saya kenal la kat ayam Korea...hihihu
      Mungkin depa bg sos asing spy boleh adjust kepedasan sos...
      Agaknya la..

      Delete
  7. Selalu Adam Bakery yang rajin promo Ayam Goreng Muiz ni 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh...
      Saya pun sebelum ni tak pernah ambil tahu.Sesekali anak-anak belanja makanan selera depa baru nak amik tahu..hihihi

      Delete