Tuesday 27 December 2022

JERING BERLADO vs IKAN PEKASAM GORENG

Lauk lunch semalam punya semalam..

JERING BERLADO
20 biji jering tua
1 genggam bilis bersih.
1 asam keping
Minyak,garam,gula

Bahan blend kasar:
5 cili merah
1 genggam cili padi merah( cili bangladesh)
1 bawang holland
5 bawang putih

1. Rebus jering hingga empuk.Belah dua dan setiap sebelah hiris tiga 

2. Goreng bilis hingga garing,ketepikan.

3.Goreng semua bahan blend hingga masak dan blend jangan terlalu halus.(seeloknya blend jangan guna air.Jika perlu -guna minyak)

4. Tumis bahan blend dan masukkan asam,garam dan secubit gula.

5. Masukkan jering,bilis dan gaul rata.Sesuaikan rasa.


Lauk macam ni sedap makan kering-kering jangan campur kuah lain.



Saya gorengkan ikan pekasam sahaja sebagai gu.

Tapi ni lauk saya sorang sebab yang lain tak makan jering.Depa saya masak lauk lain.Asam pedas ikan vs telur dadar untuk depa.

18 comments:

  1. Jering ni antara sayur yg dana tak pernah masak, pernah makan tapi tak semacam petai. Mmg tak pakar la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi..jering tak macam petai tapi kalau jering tua bila direbus sedap Dana..try la🤭

      Delete
    2. Betoi..jering tak macam petai tapi kalau jering tua bila direbus sedap Dana..try la🤭

      Delete
  2. Mama, kita duk fikir jering kat rumah ni nak masak apa, sekali nampak posting ni.. hahahah bolehlah cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la kadang bila blogwalking kita dapat idea nak masak kan Lin..

      Delete
  3. teringinnya kak dh lama xmkn..jering antara menu yg saya xblh bawa masuk dlm rumah,tp ikan pekasam tu snts ada stock dlm peti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...ada pantang yer🤭
      Saya pun dulu2 ada kepantangam tak boleh bawa masuk petai/jering/kerdas.Tapi pantang tu dah berakhir hampir 20 tahun🤭

      Delete
  4. tak makan jering but ikan pekasam tu..emmmm...dapnye...terbau2 sampai sini dah ni.. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. MA makan juga yer ikan pekasam...Kalau goreng time hujan-hujan makan ngan pulut kelapa..uiii

      Delete
  5. Tak yah kuahhh, ada kuah tak dapat feel lauk kering tapi piuk nasi pulak yang bocor.

    ReplyDelete
  6. Punca nasi tak cukup sepinggan ni!

    ReplyDelete
  7. ammi sekarang ni semenjak ada chopper...kalau buat balado mmg pakai chopper...elok je kasar2 cilinya sesedap mata memandang.

    nanti nak try jugalah buat resepi ni...tp letak jering sikit (utk abahnya je)...yg lain kita kasi petai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...rasanya guna chopper lagi cantik sbb tak guna cecair kan..
      Saya belum ada chopper🤭

      Delete
  8. Betul tu lauk mcm ni mmg sesuai mkn dgn nasi putih je.. x perlu lauk lain yg berkuah dah.. utk bekfes pn sodappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...kalau bekfes hari cuti kat rumah ok kot.Kalau kat tempat kerja kena bawa gula-gula Halls@ Fisherman's Friends banyak-banyak

      Delete
  9. Mak pah suka jering yang dah bercambah tu tumbuk, goreng berlada letak ikan bilis goreng garing...SA x makan...bau dia haduiiiiii....semerbak bilik air

    ReplyDelete