Pagi minggu ingat nak bermalas-malasan saja kat rumah.
Sekali,Adah ajak temankan dia ke Ampang nak cari baju.
Balik dia ajak pula ke Klang tapi dah sampai Shah Alam dia boleh pula kata tak jadi...hihihi
Patah balik pula masuk ke PLUS hiway exit Tol Kajang dan terus ke Bandar Baharu Bangi..
Baru perasan...
Yang ni signboard dia lebih meriah..
Kami masuk yang sebelah sini..
Pilihan lauk pauk memang sangat banyak memanjang beberapa baris..Bagusnya semua lauk-pauk di tulis sekali tanda harga..
Contoh yang saya ingat gulai ayam kampung seketul RM9.50
Sayur broccoli sesenduk RM4.50.
( boleh tahan kanðŸ¤)
Gulai Tempoyak Patin dah siap dalam bekas tippuware tunikut saiz..Ada rm12 dan ada yang lebih mahal bergantung saiz.
Sayangnya saya malu nak rakam video sebab orang tengah ramai.
Konsepnya layan diri.Tapi bagusnya sini..kita masuk saja depa tanya berapa orang dan mereka carikan meja.Kalau di bawah dah penuh...tingkat atas juga boleh.
Mula kami ditawarkan tingkat atas.Pilih makanan di bawah dan bawa naik atas sendiri.
Saya pilih makanan & Adah naik dulu kat atas jaga meja yang depa dah carikan.
Tak lama kemudian,belum sempat ambil lauk,Adah dah turun..
Dia kata ni ruang atas..
Memang ada air cond tapi tak nampak view...ruang bertutup..Adah kata dia lemas..Dia nak makan kat bawah..
Saya hanya ambil nasi putih dan sayur tauge..
Alhamdulillah,elok-elok meja 4 kerusi ada orang bangun ..terus Adah duduk menanti saya ambil nasi
Juga sambal belacan bersama ulam bunga kunyit dan bendi rebus.Tak ambil ikan bagai sebab Adah kata dia nak pi ambil ikan bakar yang sedang dibakar di bahagian depan pintu masuk.
Ops..kat situ juga ada pelbagai kuih muih siap pack untuk dibeli.Nampak kabanyakan kuih pantai timur.
Adah kata tak tanya pula harga..Tapi masa pelayan datang kira kat meja,dia cakap harga boleh tengok pada setiap pinggan tu memang ada tulis harga..
Ni RM25.50
Adah ambil sekor ikan cencaru bakar sambal.RM8.50
Minuman signature kat sini...
Namanya ni ha...
Heee....
Baru perasan tu ada tulis tepi pinggan dengan tulisan merah 8.5 maknanya rm8.50
Tak tau nak sebut apa..Saya sebut limau nipis blended hihihi
Adah hanya minta air mineral.
Rasanya sangat sedap..masam-masam manis berkrim dan ada campuran agar-agar tawar warna hijau tu.
Saya pernah minum minuman ni di sini sekitar 10 tahun dulu dan ni baru datang lagi sini..hihihi
Nasi
Sayur
Ulam & sambal
Ikan Cencaru Bakar
Sotong Bakar
sebotol air mineral
segelas ais limau nipis blended
Total RM54.50
Makanan disini memang sedap dan menarik dengan aneka pilihan dan ada ulaman rare seperti bunga kunyit ni.Pernah nampak kat FB dia ada ulam pucuk bekka bagai.
Tapi pandangan saya harganya agak mahal untuk 2 orang makan.
Mungkin kerana kesegaran bahan mentahnya.
Mungkin juga kerana Adah ambil sotong bakar tu.
Adah kata lain lain kali kalat TERdatang lagi mungkin akan pilih lauk lain....kalau saya,hanya pesan ais blended dia ja kot...hahaha
Saya bukan peminat sotong..
Yang Adah pesan ni pun saya hanya makan tentacle dia saja sebab Adah tak makan..Dia hanya makan badan sotong ja..hihihi
Saya lebih suka ikan...hihihi
ikan dia memang moist dan tak hanyir..
Service bagus dan mesra pelanggan.Cuma tang harga tu untuk standard nasi campur...memang telan air lior jugak la ...hihihihi
Keseluruhan...makanannya kategori sedap la..sebab kami makan hingga licin.
Minuman ais limau nipis blended tu memang win..
Kerana pernah minum 10 tahun dulu..saya masih teringat hingga sekarang dan datang lagi juga kerana gamitan minumannya.Tapi masa tu minum air dia saja...tak makan nasi pun..
Tengok kat Google..
Buka pukul 8 pagi -5 petang...
Mmg sedap la tu pinggan licin habis... lama pulak x mkn ulam bunga kunyit... sedap tu... mmg jarang kedai serve bunga kunyit
ReplyDeleteSedap kan...ulam bunga kunyit..jarang jumpa orang jual
Deletepernah nampak orang review kedai ni harganya keras tapi kalau dah sedap puas hati tang harga tu pejam mata je
ReplyDeleteTu la...kalau masakan sedap...biasanya ramai akan pejam mata dan repeat..
DeleteSebab tu agaknya restoran ni bertahan lama..hihihi
ooh, kedai restoran tepi jalan je nih., dpn mcd kann ;p
ReplyDeleteBetul...betul..betul
DeleteSaya pun dah pin dlm memory kedudukannya setentang McD kat seberang jalan dekat Billion tu
dulu-dulu kalau kalau bulan puasa rajin berbuka kat sini tapi kena tempah meja awal2 lah...kalau tak hmmmmm duduklah ko makan kat tepi longkang tu je
ReplyDeleteAloo..ciannnya sampai tepi longkang..
DeleteTapi longkang bersih takpa..hihihi
Saya pernahmakan dekat sini! sedap , ada rasa nak repeat makan dekat sini
ReplyDeleteKalau repeat .ajak la saya sekali..hihihi
DeleteSeronokkan kak bila anak2 dah besar, boleh buat kawan gi jalan2..
ReplyDeleteTu la...baru nak merasa bernafas...dulu masa anak2 semua sekolah..memang saya berkira nak makan kat luar..banyak nak dicongak..macam bernafas dalam lumpur..huhuhu
DeleteSekarang Alhamdulillah...
Sikit demi sikit Allah lapangkan rezeki.Semoga Allah terus limpahka n rezeki dan rahmat untuk kita semua..🤲
Aminn3x..mudah2an kak, sesungguhnya akan ada kesenangan slps kesulitan..
Deleteayam tu kalau besar potongan kira oklah kak, ye harga nampak agak mahal tapi kalau sedap apa salahnya. Tapi tengok tak semua mahal kira mampu milik lagi lah, sepanjang 2-3 tahun tanam pokok kunyit tak pernah dana sempat jumpa pokok kunyit dana berbunga tau kak.
ReplyDeleteMacam ikan tu sangat berpatutan kan...
DeleteAyam tu mungkin sebab ayam kampung..Keli pun ada tulis keli organic..maknanya walau harga sikit mahal tapi makanan terjamin
Lama tak pi sini...
ReplyDeleteMemang sedap esp lauk bakaq-bakaq dia tu.
Bunga kunyit sy tak pernah makan, tapi teringin juga nak try.
Boleh la ke sini PH..mana tau ada rezeki bunga kunyit dan ulam rare yang lain
DeleteRestoran D'Limau Nipis ni restoran faveret mak saya. Klu dia datang dari Sarawak memang dia ajak makan kat sini.
ReplyDeleteWah...jauh datangnya tu..
DeleteNanti kalau pi lagi..jangan lupa ajak saya..hihihi