Sebenarnya nak cerita pasal Ulam Capa Lakleng.
Tapi takkan makan ulam saja kan..
So,tunjukkan la juga lauk lain yang digandingkan dengan ulam tu..
Ni lunch kat rumah Achik minggu lepas la.Tak ingat hari apa.
Achik beli 2 kg..
Beli kat Pekan Nat...lalanya masih hidup terjelir-jelir lidah masa Achik pilih.Sekilo hanya RM6...Aduiiii murah banget!
Tu sebab Cella suka kalau balik Kedah puas makan seafood.
Kat Kedah lala ni depa panggil
"Siput Retak Seribu"
Mungkin merujuk pada cengkerangnya yang retak seribu tu.Mungkin nak bezakan dengan sejenis lagi lala.Kalau lala tu kat Kedah merujuk sejenis lala yang memang kecil dan bila kopek isinya sebesar kuku jari kelingking sahaja.
Saya suka udang ni..Kalau buat cucur udang atau udang celup tepung memang sedap pada tekak saya.Ni saya beli nak buat campur dalam cucur jagung.Suruh Achik masukkan dalam sambal tempoyak sekali.
Achik kalau beli memang udang besar-besar.Saya memang tak laaaðŸ¤
Nak yang letak dalam pinggan pun ada sepinggan RM15 dalam ½kg.
Achik ada beli ikan merah 2 slices RM18
Tempe kat Kedah lagi fresh dari saya dok beli kat KL nu.Mungkin yang kat sini dibuat setiap hari @ kualiti kacang soya atau mungkin yang saya beli tu ja kurang sedap,sedangkan mungkin ada tempe tempat lain tu sedap ja.
Ulam petai & rebung rebus.Rebung ni rebung buluh lemang..wangi bau dia.Bukan la wangi macam perfume tapi harum macam lemang.
Nak cerita pasal ulam ni la.Selalu dengar abang saya kat Kulim sebut Capa Lakleng.Katanya belah Sik,Baling & Kulim memang sebut Capa Lakleng.Belah tempat saya sebut ulam ni sebagai Lobak Huma.Lobak tu merujuk kepada sawi sebab kalau sawi kami panggil sayur lobak.Huma pula bermaksud kebun yang baharu diteroka.
Antara ulam yang paling saya rindukan.Saya suka ulam lobak huma ni sebab aromanya unik dan saya tak tau nak cakap macamana.Dia bukan wangi tapi aromanya unik.
Boleh dijadikan ulam mentah segar ni.Boleh juga direbus.Malah boleh juga ditumis sebagai sayur atau dimasak lemak.
Beli kat Pekan Nat .Nat @ Kedah bermaksud Pekan Sehari.
Jumpa banyak gerai ulam dan sayur yang ada jual Lobak Huma a.k.a Capa Lakleng ni.
Selain menggemarinya kerana aroma dan nostalgianya,
saya pernah baca info mengatakan ulaman ini bagus sebagai altenatif alami( semulajadi) rawatan cancer.Katanya. direbus dan diminum airnya seperti minum teh mampu mengecutkan ketumbuhan pada payudara bagi yang mengalaminya.Wallauhua'lam...
Dulu kat kampung saya tumbuhan ini tumbuh meliar di kebun-kebun kecil .Kebun kecil yang ditanam aneka tumbuhan makanan harian seperti keladi,ubi,cili,terung dll tu kami panggil "huma".
Kalau kebun getah yang di bersihkan untuk tanam semula juga pokok lobak huma ini mudah membiak dengan sendirinya tanpa di tanam.Begitu juga kebun-kebun kelapa sawit.Paling tidak di batas (permatang) sawah juga menjadi tempat membiak pokok lobak huma ini.
menonton link ini:
Kebetulan saya salah seorang subscriber chanel ini dan semalam youtubernya berkongsi tumbuhan sawahan yang saya panggil Lobak Huma ini.Terlanjur menonton,bolehlah tekan subscrib sebagai sokongan kepada beliau kerana Anger Pradesa ini juga banyak berkongsi resipi dan info tumbuhan liar yang boleh diolah menjadi makanan/lauk pauk yang lazat.Yang menariknya kebanyakan tumbuhan tersebut juga ada di negara kita tetapi tidak ramai yang tahu ianya enak dimakan.Cuma dari segi nama tumbuhan tersebut ada yang lain sebutannya antara Malaysia dan Indonesia..
Saya langsung tiada kepentingan bersama chanel berkenaan.Sekadar berkongsi info yang bermanfaat.
Sekian...
Murahnyer lala rm6 sekg
ReplyDeleteKat sini rm 12 sekg.
Tak pernah makan ulam sintrong ni
Kan Wak...
DeleteDah la lala dia fresh dan masih hidup.Sedap sangat,manis isinya..
Ulam capa lakleng ni macam biasa saya nampak tapi tak pernah makan. Kalau saya balik kampung, nak makan lala macam-macam jenis, macam-macam nama boleh beli di Pantai Remis sebelah Pantai Jeram. Sekarang tak tahu berapa harga sekilogram.
ReplyDeleteSaya yakin Cikgu biasa nampak terutama kat kebun dan kawasan kelapa sawit.Lepas ni kalau jumpa,try la rasa cikgu..hihihi
DeleteOh,namapun Pantai Remis..tentu banyak remis
Udang kecik tu mmg kami buat cucur je.. manis kalau masih baru (fresh).. kdg2 lumur tepung kunyit tumis dgn bawang besar dan cili je.. sedap mkn kering dgn nasik putih.. lama x mkn lala, kupang, masak kuning je sedappp
ReplyDeleteKan...saya pun suka udang kecik ni..Kalau buat cucur letak banyak-banyak..uiii
DeleteTak pernah lagi jmpa ulam ni.
ReplyDeleteAchik tu style sama macam atok ahnaff, dia memang suka beli udang beso², ikan beso² 🤣. Payah betul kalau suruh beli udang untuk buat cucur udang.
Atok Ahnaff kalau pi merket dengan Achik & mak saya memang kena la tu..Kalau ngan saya,tak geng🤣
DeleteBelajar satu jenis ulam lagi kat sini...Capa Lakleng. Hehe. Tapi mungkin akan lupa pasal tak cuba makan.
ReplyDeleteAda orang suka dengan rasa dan baunya..Ada yang tak suka..Saya jenis pemakan dan suka mencuba sebab tu payah nak kurus..hihihi
Deleteuuiit..1st time dgr. nama pun unik...
ReplyDeletememang x pandai bab ulam2 ni.. new info ni. tq tq
Mungkin tempat lain namanya lain @ mungkin juga tak semua tempat yang tahu herba ni boleh dimakan
Deletefirst time dengar nama ulam lakleng ni..
ReplyDeleteudang tu ammi pun suka kalau dibuat goreng kunyit bodo2...tapi nak menyiangnya alahaiiiii patah pinggang mak
haaaa..betul..nak siang udang tu memang leceh...tapi isi dia sedap lain dari udang besar kan
Delete