Thursday 29 December 2022

KUIH SERABAI GUNA ACUAN BENJO

Sempena Cuti Krismas pada Isnin tak pi mana pun.Masak dari sarapan sampai ke dinner.Kebetulan Tuan Tanah Kedaung

(sebutannya Cella🤭) ada kat rumah.


Saya masak Kuih Serabai Kuah Durian.
Sebenarnya kuih serabai ni kalau kat kampung saya dipanggil "Apam".Kalau kuih apam tu pulak orang kampung saya panggi "APOM"
Dulu-dulu (seingat saya tahun 80-an)kat kampung saya orang tak buat apam a.k.a serabai ni sebagai makanan biasa.Sebaliknya jika ada kematian baru kuih apam ni dibuat pada hari ke 40 
( kalau tak salah ingatan saya).Selain apam,ketupat palas juga dibuat dan dijadikan digandingkan dengan apam ni dan diberi "berkat/buah tangan" kepada penduduk kampung yang datang bertahlil.Kali terakhir saya tengok dan merasai pengalaman ni ketika arwah tokwan saya meninggal  tahun 80-an.Selepas tu saya tak pernah nampak dah.Dari segi hukumnya saya tak tak pasti dengan jelas..Cuma sekarang memang takda lagi dah tahlil mengikut hari-hari tertentu tu.Yang ada biasanya jika ada kematian tahlilnya ikut kehendak ahli keluarga..Biasanya 3 hingga 7 malam berturut-turut.
Tradisi masak  apam + ketupat  tu pun setahu saya dah takda lagi dah..

Saya pun kalau buat apam ni akan panggil serabai..Takmau panggil apam yang dikaitkan dengan kematian tu..
hihihi.

Untuk kuah durian...saya guna DURIAN NI...yang anak bujang tu beli sebelum ke Stadium Bukit Jalil tengok bola Malaysia vs Laos tu.Kan ada sebiji yang isinya ada yang keras dan tawar.Saya lenyekkan dan masak bersama beberapa ulas durian lain yang elok jadikan kuah durian.Selalu bebudak tu suka ja kuah durian makan dengan roti.Ni tak nampak depa makan pun.Saya pula teringin nak makan dengan serabai.


Cella la suka kalau kuih serabai makan dengan kuah durian ni.Adah makan serabai tu kosong saja.Kata Adah rasa macam lempeng kelepa.Hihihi...sebab saya guna santan untuk bancuh adunan serabai.Jadi,baunya harum dan rasa lemak-lemak macam lempeng kelapa la.Tapi versi tepung beras la


Kalau tengok kuih serabai saya kali ni bulat tebal dan sedikit garing kan..
Saya buat guna acuan benjo!
Ceritanya begini..

Dah siap bancuh adunan serabai dan dah perap dalam 1 jam.



Biasa orang buat kuih serabai guna acuan macam acuan baulu tu tapi yang lubang dia bulat kosong la.Tapi saya biasa guna nonstick pan yang  kecik tu.Dok guna pan kecil yang selalu guna buat pancake 🥞 tu.Kali ni dia melekat pula.Mudah hangus dan susah nak balikkan.Agaknya pan tu dah expired(pan ada expired ke?) hihihi
Maklumlah dok guna dari zaman Cella sekolah rendah lagi untuk buat 🥞 pancake bekal dia.Minggu lepas pun dia request nak sarapan 🥞.Katanya dah lama dia tak makan homemade🥞.Tapi takdan nak penuhi.Saya pun baru perasan dah lama tak masak pancake..hihihi


Cuba juga guna pan yang besar.

Dah kuih serabainya jadi nipis melebar la pulak.

Kalau buat kuih serabai ni ralit dok tengok gelembong buih dia.

Bila semua gelembong pecah dan permukaan kuih mengering tandanya kuih dah masak.
Ada orang dia fobia dengan lubang-lubang ni..Kena scroll laju-laju..hihihi



Hasil buat dalam pan besar...jadi nipis.
Puas fikir nak buat macamana untuk dapatkan serabai yang lebih tebal supaya nampak serat dalamnya.

Cuba guna acuan benjo..
Alhamdulillah dapat saiz elok dan ketebalan yang sesuai.Cuma kelemahan,nak kena cungkil keliling la.Tapi gigih juga la guna..hihihi

Baru la dapat serabai yang tebal.Tebalnya lebih kurang telur benjo tu la.

Kalau tebal baru nampak serat dalam dia dan bila cicah kuah dia akan menyerap.


Dapat 10 keping buat guna acuan benjo tu.Selebihnya tuang juga atas pan besar tu..Biarlah,yang tak cantik mak makan..Yang elok-elok kasi kat anak..hihihi

Dulu-dulu saya rajin la juga masak kuih serabai ni.Semak dalam old post TTK dah beberapa kali post pasal Kuih Serabai ni..Antaranya....

KUIH SERABAI PANDAN yang cantik ..kat sini

KUIH SERABAI PURE TEPUNG BERAS..kat sini..

KUIH SERABAI KUAH DURIAN BEKU...sini

KUIH SERABAI KUAH DURIAN FRESH..kat sini

KUIH SERABAI
2 cawan tepung beras
2 cawan air suam
1cwn santan
1 camt mauripan /yis
sikit garam & gula 

1. Campur semua bahan kecuali garam...air tu ikut keperluan..boleh tambah atau kurang.Biarkan bertutup selama 1 jam..


2. Pastu baru masuk garam & kacau..


3. Panaskan kuali pan yang kecik..


4. Tuang 1 senduk kecik tepung yang  & tutup kuali tu...


5. Bila buih-buih dah pecah serta permukaan kuih dah kering boleh la angkat dan sajikan dengan kuah durian.

**untuk resipi kali ni saya try & error.Saya kurangkan 2 sudu tepung beras dan gantikan dengan 2 sudu tepung ubi. Alhamdulillah menjadi dan hasilnya  kuih  lebih kenyal dan lembut walau dah sejuk.


KUAH DURIAN.

10 ulas durian 

1 kotak santan.

1 helai pandan.

1 ketul gula melaka.

secubit garam.

1. Durian boleh dimasak terus atau diambil isi sahaja.

2. Masak isi durian bersama 3 cawan air ,pandan,gula dan garam 

3. Bila mendidih tambah santan kotak dan kacau sentiasa agar tidak meruap.Sesuaikan rasa.


Kuah durian pekat lemak manis berkrim.Saya hanya guna isi durian semata.Cuma tips nya saya masak kuah sejak malam.Jadi esok pagi memanh dia pekat.Panaskan semula kalau nak kuah panas.


Menu sarapan hari Isnin..
Selain kuah durian,saya pernah buat kuah pisang
( macam pengat pisang tapi tanpa sagu)pun sedap.Rasanya kalau buat kuah nangka pun sedap juga sebab harum.


Saya juga  masak juga menu savoury iaitu nasi goreng cili padi.

Sapa taknak makan kuih manis tu makan la nasi goreng.


19 comments:

  1. Br hari tu ada member cerita ada kampung kat sini masih lg amalkan budaya kuih serabai tu tp hari ke-7... kalau area sy mmg xde dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..rupanya kuih serabai dan tahlil kematian ni memang dimana-mana juga yer..Meluas pengaruh kuih serabai dan tahlil kematian ni kan..
      Seronok berblog bila dapat bertukar dan berkongsi info

      Delete
    2. Itulah kak.. sy ingatkan kt area kmpg di rural area sarawak je buat cmtu rupanya di semenanjung pn sama ada budaya kueh serabai ni

      Delete
  2. cantik kejadian nya kak..masa kecik2 dulu tak makan sbb org tua2 kata kuih org mati duk ingat yg mati tu mesti blk nak mkn kuih hahaha
    senteng sgh fikiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      Masa kecik asal benda dikaitakan dengan kematian memang takut kan🤣

      Delete
  3. Sedap serabai. Feveret kite. Tapi tu la..acuan dah ade, buatnye tak pun. Hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula bila nak buat baru teringat kenapalah tak beli acuan..Pasni kena intai shopee lah🤭

      Delete
  4. Gebunya kuih serabai tu...terasa2 kat mulut..lagi2 cicah dengan kuah durian tu... telan air liur ajelah kitee...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...jom la buat..tak banyak bahan.Kalau takda acuan..guna kuali pun ok

      Delete
  5. Tak pernah mkn serabai.mmg dari kecik serabai tu di kaitkan dgn kenduri arwah. Smlm saya pun sarapan dgn serawa durian tapi dgn lempeng cair resipi mama cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lempeng pun sedap kan..
      Yang suka manis boleh cicah kuha durian..yang suka savori boleh cicah sambal

      Delete
  6. Agaknya kos murah dan mudah juga nak buat, serba-salah jugak kalau tak jamu orang datang bertahlil kan, tanda terima kasih juga. Seingat sy, sebelah keluarga sy dorg buat jamuan nasi putih berlauk aje jika ada majlis tahlil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..Banyak makanan dan perkara yang orang2 tua dulu buat @ masak ada tujuan lain juga yang tersirat,contohnya nak eratkan hubungan sesama masayarakat .Kenduri tahlil tempat saya juga memang jamu nasi @ lain2.Cuma tang kuih apam tu dah takda

      Delete
  7. Kalau sy nak dua-dua MC; kuih serabai & nasi goreng tu haha tamak :D
    Ya, dulu-dulu seronok pi kenduri 40 hari tu sbb dapat 'berkat' tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng..makan dua2..🤭
      Kan banyak kenangan yang seronok masa dulu kan

      Delete
  8. Sedapnya kuih Serabai cicah kuah Doyan...eh Nasi goreng tu pun shedapp!

    ReplyDelete
  9. SA selalu beli je kuih serabai ni...buat sendiri mmg x tau la jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada jual baik beli jer SA..bukan nak makan banyak kan🤭

      Delete