Semalam Adah pun amik cuti..Kami ke Pusat Kitar Semula Putrajaya hantar lagi pakaian terpakai.
Balik dari Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9 Putrajaya tu,kami mencari tempat makan.
Kami singgah @ Foodcout Penanggah kat Presint 16.
Antara tempat makan yang saya kerap juga kunjungi kalau ke Putrajaya.
Untuk makluman yang belum pernah sampai,foodcourt ni kat pintu masuk Taman Warisan Putrajaya.Aneka tanaman pertanian ada di sini dan dulu pernah sekali dua naik ronda atas bukit tu.Ada aneka pohon buah-buahan,pokok rempah ratus dan herba,pokok getah dan mesin getah bagai.Tapi sekarang saya tak pasti masih buka untuk pelawat atau sebaliknya.Dulu siap boleh naik trem dia ronda dalam kebun macam dusun tu.Mungkin boleh dapatkan info daripada pihak pengurusan.
Tapi masa kami sampai, kebanyakan gerai tengah buat persiapan akhir untuk berjualan.
Harum bau masakan menerpa ke rongga hidung.Kami antara pelanggan awal bersama beberapa orang lagi yang sama-sama meronda mencari gerai dan menu mana yang ingin dinikmati.Nampak ada gerai Laksa Ikan Sekoq,Nasi Lemak Malaysia,Nasi Campur,Sate Warisan,Waffle,Western dan beberapa jenis makanan lain termasuk goreng-gorengan dan masakan panas .
Ada lauk:
Rasanya lain kali pun elok datang time ni la kot sekitar pukul 11 ke atas.
Nampak menu yang ditulis tu hanya 4:
Nasi KakWouq Ayam RM7
Nasi Kak Wouq Ayam Berempah RM8(kalau tak salah la)
Nasi Kak Wouq Daging RM9
Nasi Kak Wouq apa entah satu lagi tu tak ingat & dalam pic pun terlindung pulak..
Sekali dah jenguk..
Wow, bukan 4 saja tapi ada lagi..
Menarik la eneka lauknya...
Ayam Cincang
Ayam Berempah
Daging Goreng
Paru Crispy
Sotong Ring
Udang Goreng
Sayur Sambal Goreng
Menarik bukan?
Tengah saya merakam peniaga lelaki muda yang sopan santun tu sedang cedok kuah gulai tanya..
Penuh pinggan..!
Adah dah kat meja bersama semangkuk cendol.Dia merungut nak makan Roti John..Tutup la pulak gerainya.Dia merajuk tak nak makan.Tak nak makan sudah...makan merajuk bukan kenyang..!
Haaa...terus dia pun pi Gerai Nasi Kak Wouq tu..hihihi
Tak puas ambil gambar pegun sebab tak bergerak.Saya minta kebenaran untuk rakam video lauknya.Dengan sopan adik tu benarkan sambil menggoreng lauk pilihan saya.
Jom tengok lauknya:
Lauk pauknya menarik dan nampak kemas dan bersih!
Lihatlah paru yang menggoda dan sotong ring yang besau-besau macam gelang Mami Jarum tu!
Saya pilih Nasi Kak Wouq Lauk Campur Ayam Cincang & Paru Crispy.
Eh,rupanya setiap lauk yang kita minta dia akan goreng semula dalam minyak panas.Nampak dia ambil semangkuk kecil lauk yang kita minta.Dia tambah juga hirisan bawang Holland dan sikit hirisan ...Maknanya dapat lauk panas-panas..!
Tengah saya merakam peniaga lelaki muda yang sopan santun tu sedang cedok kuah gulai tanya..
"Akak nak kaki ayam tak?"
Eh,Allhamdulillah,rezeki adik tu nak bagi kaki ayam gulai..
" Sambal & kicap akak ambil sendiri ye dalam mangkuk hujung tu" tambahnya lagi
Terima kasih atas layanan yang baik..
Semoga adik ni dikurniakan rezeki melimpah lagi barokah🤲🤲🤲
RM 12
*Kaki ayam dia bagi 3 batang!
hihihi
Lepas letak nasi kat meja..saya pi basuh tangan kat washroom dekat surau tu.Ada ja sink dalam premis tu tapi saja nak pi yang jauh...Sambil tu rakam suasana yang masih lengang dan Adah yang konon tak mau makan.
Haaa baru dia tau kata sedap..
Adah ambil Nasi Kak Wouq Lauk Campur Sotong & Paru.
Banyak tu sotong & paru.Kacang panjang pun Adah punya nampak banyak juga
Pesanan pada setiap meja.Selalu ada ja trolly nak letak bekas makanan tu.Tapi masa kami makan ni mungkin depa lupa letak..So,kita kemas sisa makanan dan susun pinggan elok-elok serta lap meja siap-siap sebelum tinggalkan meja.
Petai
RM12..
Murah kan?
Sangat berbaloi kan...
Gulai dia pun bukan kuah kosong.Setiap pinggan memang disertakan sekali seketul hati ayam dan sepotong terung.
Adah kata dia tanya nak kaki ayam tak..tapi Adah taknak...Mmm depa mana makan kaki
Tapi cendol dia kureng sikit sebab bukan santan segar..
Dah banyak kali jugak makan kat sini..
Antaranya:
Saya suka makan kat sini sebab tempat dia bersih,tenang dan tak serabut.Senyap ja..
Cuma nak bagi pandangan terbuka sikit.Peniagannya terlalu senyap sesenyap suasana di sini🤭.
..
Depa tak sombong,tapi depa senyap tak akan pelawa singgah atau tanya nak makan apa.Kita yang kena tanya depa apa yang ada..atau kita baca menu dan terus order.
Tak tau sama ada memang peraturan peniaga kat sini agaknya.Boleh jadi depa nak elakkan berebut pelanggan,jadi depa senyap agar pelanggan sendiri yang pilih nak makan apa gerai mana tanpa dipengaruhi peniaga..
Agak nya laaaa...🤭
Ok..sesambil jalan nak ke parkir kereta..
Jom kita baca info tentang tanaman pertanian yang ada di sini..
hihihi
Jualan pokok bunga pun ada tapi tak ambil gambar pulak..
Hantar baju-baju terpakai ni..
Ada 2 plastik besar.1 plastik baju-,baju anak bujang tu dan yang plastik pink tu baju2 anak dara bongsu tu.
Agak ramai walaupun weekday.
Ni kali ke2 kami pi sini selepas kali pertama datang ...KAT SINI pada minggi lepas.Terim kasih Puan Hazel yang share info pasal pusat kitar semula ni..
berseleranya tengok nampak sedak dooh,akak buat saya lapar haha
ReplyDeleteMeme sedak dooh ni Afzan..makan sapai se'eh..🤭
DeleteBalik dok teringat lagi kesedapan paru dia yang lembut crispy dan kena dengan tekak kami
Wah...banyaknya pilihan lauk..best aktiviti JJCM ni ..kalau la dekat naknje hanyar pakaian terpakai kat Putrajaya tu...
ReplyDeleteTak jauh sangat tu SA..kata PH kalau weekend lagi ramai..kalau banyak terus agak berbaloi la nak hantar sini.Saya sebab saya memang suka pi Putrajaya🤭
DeleteMujoq la rajuknya tak lama, kalau tak rugilah Adah :D
ReplyDeleteSy belum pernah sampai Taman Warisan Putrajaya ni...
Hahaha kan..
DeleteTWP ni antara port saya suka kalau ke sana terutama kalau bulan puasa atau sesaja nak makan sambil sembang lama dengan kawan.Kemudahan tandas dan surau juga tepi tu saja.Bersih dan selesa.Nanti boleh try pi PH🤭 tak jauh dengan Pusat Kitar Semula..Kalau lalu bulatan putrajaya tu exit sebelum simpang ke masjid tu..tak jauh kan
Pernah jugak mkn kt sini dulu tp tu lah zaman budak2 ni kecik2 lg x brp nk enjoy mkn.. huhu.. rindu putrajaya.. sy pun suka putrajaya
ReplyDeleteMak-mak macam tu la kan .Zaman anak masih kecil banyak perkara kita kena korbankan.Alhamdulillah sekarang The IMAN's dah besar..lega dah kakmim.. Mai la Putrajaya lagi..
DeleteKat Sarawak ada Petrajaya kan..kat sini Putrajaya .Kat Kedah ada Bandar Putrijaya..🤭
Menarik lauk pauknya.. ;)
ReplyDeleteKan...
DeleteBestnya sebab lauk dia panas2