Friday 9 December 2022

PEGAGA AIR SEDAP DIJADIKAN KERABU

 

Buat Kerabu Pegaga.
Ni jenis Pegaga Air..

Dapat daun pegaga kat belakang parkir tempat kerja..Nampak tumbuh subur dekat tangki air.Daun dah macam little lotus..


Besar-besar kan daunnya...
Ni bandingan dengan telur ayam..Saya tak pasti  telur ayam gred apa ..tapi ni telur omega.


Saya buat kerabu versi kelapa mentah yang tidak disangai..
Kerabu pegaga kelapa mentah ni lauk nostalgia saya zaman remaja.
Saya sangat suka kalau mak buat kerabu pegaga macam ni.Selalunya mak akan petik pegaga kat batas sawah padi ketika balik dari menoreh di kebun Tokwan.Kalau musim padi tengah berbuah hijau biasanya rumput subur batas-batas bendang tu.Mungkin kesan baja yang ditabur untuk padi..Pegaga juga mengambil peluang menumpang hidup dicelah-celah rumput.
Seingat saya kali terakhir saya makan kerabu pegaga air tangan mak dah lebih 20 tahun ketika saya  masih belajar di KL.Masa tu mak baru tanam semula getah di kebun arwah Tokwan yang sudah jadi milik mak.Ketika cuti saya balik dan ikut mak ke kebun kerana kat kebun yang baru ditanam getah tu juga mak tanam maman,cili,keladi,terung,kacang sirih dan juga kunyit serta serai.Pegaga yang tidak ditanam pun tumbuh subur.
Masih terasa kesedapan kerabu pegaga air tangan mak itu.Tapi bila balik kampung dah beberapa kali saya ulang cerita pasal kerabu pegaga tu tapi emak cakap dia dah tak ingat.Kata mak yang mak ingat ialah kesedapan kerabu pucuk mengkudu mentah yang saya pernah buat lebih 20 tahun dulu.Hahaha...ok saya pun lupa..
Maka seri...1-1
Mak saya ambil inisiatif buat la sendiri kerabu  pegaga kelapa mentah ni



Buat simple-simple sahaja tapi habis makan dua beranak dengan Adah untuk dinner...Tapi rasa kerabu ni 80% menyamai rasa kerabu yang mak buat..
Mak buat lagi  sedap 
Kelebihan 20% tu kerana faktor mak buat guna kelapa dikukur sendiri dan juga faktor mak buat dengan penuh kasih sayang untuk anak-anak.

KERABU PEGAGA AIR
1 cekak daun pegaga air.
(pegaga biasa pun boleh)
1 cawan kelapa parut putih
sejemput bilis bersih(tumbuk)
½  bawang besar- mayang nipis
5 cili padi Bangladesh
1 biji limau nipis,
Garam dan secubit gula

1. Daun pegaga dibersihkan dan hiris halus atau kasar ikut selera.

2. Gaul pegaga hiris bersama bilis tumbuk,bawang,cili hiris dan kelapa parut.

3. Perisakan dengan garam dan secubit gula.

4. Perah limau nipis dan sesuaikan rasa.

16 comments:

  1. Sedapnyaaa...SA skrg mengidam nak makan kerabu pucuk paku campur kerang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mengidam jangan ditahan SA..🤭
      Kena cari pucuk paku dan kerangnya tuh

      Delete
  2. Sedapnya!
    Kalau tak silap, pegaga air ni kurang kelat kan MC? Dulu sy tak berani makan, sbb daun dia besaq sikit dari pegaga biasa haha ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PH..
      Pegaga banyak jenis dan yang ni antara yang rasa dia lebih"ringan"

      Delete
  3. Mknn sihat ni.. ratah saja pn boleh

    ReplyDelete
  4. air tgn mak sentiasa sedap kan kak wlpn cuma goreng ikan.sy skrg menjadi2 rindu air tangan mak,nak minta mak masak itu ini tapi rasa tak sampai hati nak minta mak buatkan,last2 cuba buat sendiri tapi rasa takpuas mcm ada yg tak kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kita makan air tangan mak .Sekarang mak pula makan air tangan kita + air tangan tukang masak kat kedai🤣

      Delete
    2. Allahu.. mmg betul sgt tu umi cella.. 🤗

      Delete
  5. Lebarnya daun pegaga tu. Biasa jumpa yg kecik2 aje. Best sekali sekala makan macam ni, eh.. selalu-selalu pun best la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...subur-subur tumbuhnya di bawah teduhan
      pohon mangga dan pohon kelapa..Agaknya tanah sesuai

      Delete
  6. sedapnya..memang fav bab kerabu2 ni...

    ReplyDelete