Wednesday 7 December 2022

JOM, LUNCH!

Sambil menunggu azan Zohor....saya nak up ni..


Sekejap lagi lepas solat nak makan nasi dengan lauk menggoda ni...

Lunch hari ni ditaja oleh Mahfuzah a.k.a Pujah sempena hari ulangtahun kelahirannya..



Menunya 
Nasi Putih
Ayam Salai Lemak Cili Api
Sambal ikan
Ulam & Sambal Belacan
Air Sirap Selasih..

Eh,tak sempat nak habiskan menaip...dah azan..
Jap solat dulu..jap lagi sambung...
Tak sabar nak makan sebab tadi sarapan biskut cream creaker dengan kopi O panas sahaja...

Hihihi...


Alhamdulillah...
Baru selesai Zohor..terus sedut  air merah menyala ni.....
Slrupppp....
Manis..Sejuk...
Harum bau sirap rosnya dan biji selasih tu kembang elok licin sahaja lalu kat anak tekak....!
Air Sirap selasih ni paling menggoda di hari yang panas ni.Walau dalam bilik ni sejuk air cond..tapi diluar sana panas membahang..
Kalau tengok bulan puasa waktu tengahari ni...mau kurus puasa ni...hihihi

Dah minum separuh,baru perasan ada sticker ni..
Restoran Cili...
Rasa macam pernah makan kat sini...
Godek-godek old post...
Ok jumpa..
Rupanya pernah  MAKAN & CILI RESTORAN ni masa nak raikan pre persaraan Kak Mel bulan April sebelum puasa awal tahun tu...Patut la sedap..hihihi..
Ok..jemput makan...
Lepas makan nak sambung kerja yang yang belum selesai ni..kena siapkan..Plan tengah bulan nanti nak balik kampung...Ada seminggu lagi...so,kena siapkan kerja dulu...hihihi

14 comments:

  1. Mmg menggoda yg masak lemak dan sambal belacan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiah ayam tu sedap sangat sebab bau salai tu menyerap dalam kuah...

      Delete
  2. memang betul kak saya tengah berpuasa ni tengok sirap selasih tu menggoda betul,petang ni nak kena bancuh juga la
    semoga birthday girl a.k.a Pujah dilimpahkan semua yang baik2 untknya dunia&akhirat













    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...
      Dah tertayang kat orang puasa la pulak...hihihi

      Delete
  3. Huiiiii sedap menggoda air sirap selasih tu. Dulu kan masa kecik², adik saya yang Kakchik tu memang suka sangat air sirap selasih. Kalau mak buat sirap je, mesti dia suruh letak biji selasih tu. Gi sekolah pun bawa air sirap selasih. Time tu berbulu je nengok 🤣. Dah tua² ni, air sirap selasih tu la yang rasa sedap betull

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tu la krang tua-tua ada cakap jangan berbulu sangat nanti jatuh cinta🤣

      Delete
  4. wahh sedapnya menu lunch hari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Ada yang berkongsi rezeki dengan kami

      Delete
  5. bagus packaging airnya..siap ada ziplock..takdelah heboh air tumpah baagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ammi..
      Saya oun sangat tertarik packaging air tu...dah la sedap😍

      Delete
  6. Air sirap selasih tu masa kecik2 dulu bulan puasa aje mak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak sekarang depa jarang dihidangkan air lagend ni kan...

      Delete