Dah bersiaran dari KL dah pun...hihihi.
TB cerita kenduri lagi ni..
Sabtu Ahad..dua hari memang Hari Gantung Periuk Belanga..hihihi..
Tapi ni cerita kenduri sebelum Sabtu..Patutnya masuk cerita ni dulu sebelum cerita KENDURI @ KAMPUNG ni...
Hari tu,sampai sahaja @ Kedah,terus memenuhi jemputan kenalan saya kat Kampung Banggol Basin,Jenun.Adah & mak ikut sekali.Kenalan saya suruh ajak sekali Achik sekeluarga tapi masa tu Achik & Pakcik sedang beli LEMANG-LEMANGAN NI kat Baling.
So,kami terus ke kenduri..
Tengah menjamu selera..hujan gerimis semakin kasar pula turunnya...
Khemah pun memang di tebing tali air @ parit.
Kebetulan ada meja kosong di hujung betul-betul tepi parit...Sukanya saya dapat makan sambil layan view yang mendamaikan ini.
Mak & kenalan saya..Rubiah..Rubiah sangat meraikan orangnya Kami disambut dan ditemani makan serta dihantar hingga ke kereta.Kebetulan kami tiba sudah menjelang petang menghampiri pukul 3 petang.Standard kat kebanyakan tempat di Kedah kendurinya hingga lewat petang dan ada yang membawa ke malam.
Tengah menjamu selera..hujan gerimis semakin kasar pula turunnya...
Melihat pohon kelapa bermandi hujan dan sawah bendang disirami hujan rahmat..sangat mengusik jiwa.Lukisan alam ini seakan gambaran zaman kanak-kanak kembali dalam khayalan.Seakan ternampak emak kebasahan di tengah bendang menanam padi dengan kuku kambing di tangan.Ayah pula mengandar anak benih padi yang kami panggil semai.Ketika hujan begini anak-anak ikan haruan yang bewarna suasa berkembang biak dan udang -udang sawah akan timbul dipermukaan airmenjunjung sampah-sampah kecil yang hanyut.
Ish,tak boleh lama sangat tenggelam dalam ilusi..
Kembali ke alam nyata...makan kenduri...Hihihi..
-Nasi Putih
- Asam Rebus Kundur Tua+ Isi Ikan
- Gulai Daging + Kentang
- Kurma Kambing + Kentang
- Ayam Masak Merah
- Ikan Masin
-Sambal Belacan & Ulaman
- Minuman-Air Jagung & Sirap
Menu kenduri di sini agak unik...Tu,yang bahagian atas sekali tu
Ada lauk Asam Rebus Buah Kundur Tua bersama Isi Ikan..Sedap sangat dimakan waktu hujan ni.Buah Kundur yang Cikgu Ami selalu renih dengan kurma merah tu kat sini depa masak asam rebus + isi ikan rebus yang dihancurkan.Kuahnya seakan kuah laksa kerana ada isi ikan dan kundurnya terasa seakan batang keladi dimasak asam rebus.
Lauk lain yang special ialah Kurma Kambing.Kata Rubiah,4 ekor kambing disembelih untuk dimasak kurma tu.
* Menu lain:
- Cucur Udang Kuah Kacang
- Mihun Sup
-Kuih muih & teh 0
Adah hanya makan Cucur Udang Kuah Kacang.
Saya yang pulun lebih...
Makan sambil layan view hihihi..
Gambar mak tu, macam berlatarbelakangkan lukisan. Kenapa Adah tak makan nasi kenduri? Rugi wooo
ReplyDeleteKan...saya pun terbayang lukisan zaman sekolah rendah mesti ada bukit bentuk nasi lemak dan sawah padi mesti ada pokok kelapa.
DeleteAdah tak makan kambing...hihihi
wahh nmpk nyaman je menjamu selera di tepian bendang sawah padi ittewww., ;p
ReplyDeleteNyaman Wak..
DeleteCantiknya view
ReplyDeleteKan...
Deletebalik berdua je kak?cella tak ikut?
ReplyDeleteBalik berdua saja..Cella belum cuti..Bulan Feb nanti baru cuti katanya
DeleteSeronoknya view dia....menarik betul
ReplyDeleteSaya pun terpesona dan rasa nak memancing kat parit tu..
DeleteYa Allah cantiknya pemandangan kak, bestnya layan kenduri kawin kt kampung. Menu kampung best betul,lagilah menu yang payah dijumpai di KL kan
ReplyDeleteBetul Dana...Saya pun ni 1st time tau ada menu asam rebus buah kundur..not bad juga rasa dia
DeleteSaya ikut Adah, makan cucur udang kuah kacang.
ReplyDeleteMemang betullah kata kawan-kawan yang lain tu... cantik betul pemandangannya, latar belakang mak tu bak kata SK seperti lukisan. Subhanallah! Ciptaan Allah yang tiada bandingannya!
Boleh..boleh.
DeleteCucur udang pun sedap kan cikgu...
Benar..ciptaan Allah tiada tara nya
MashaAllah, cantiknya pemandangan ni.
ReplyDeleteBetul CPF...tenang dan damai kan..
DeleteAsam Rebus Kundur tak besa makan tapi Asam Rebus Keladi dgn isi ikan tu besalah makan.
ReplyDeleteSy pun terikut sama, ralit tengok view sawah tu. Auto teringat zaman kecik-kecik dulu kan MC...
Saya pun ni 1st time makan asam rebus kundur.Sedap boleh tahan juga rasa dia PH..
DeleteBetul PH..tengok sawah nampak diri sendiri ada di sawah..ðŸ˜rindu kenangan lalu
Best pegi kenduri kat kampung macam nie. Perut kenyang mata pun suka.
ReplyDeleteSeperti pemandangan itu..nama pena PMDR pun seakan ternampak pohon manggis depan rumahðŸ¤
Deletebalik kampung attend kenduri sesaja ye makngah
ReplyDeleteHihihi ..
DeleteAlhamdulillah,kena dengam tarikh kenduri...
Syok makan kenduri sana..
wah best ni..kalu MA mau posing2 kat tepi sawah plak..he he he
ReplyDeletehahaa..MA pandai posing..Saya pandai pusing ja pokok kelapa tuðŸ¤
DeleteByk betul menu tuanrumah.. 1st time dgr kundur tua msk rebus tu.. mn dpt kundur tua tu ek? 🤔
ReplyDeleteSaya pin 1st time makan asam rebus kundur tua..
DeleteBiasa kundur tu ditanam dan buahnya dibiar tua hingga bahagian luar kulit jadi habuk-habjk putih macam bersalji
( agaknya sebab tu omputih panggil winter melon)
Buah yang dah tua bersalji tu boleh tahan lama macam buah labu tua juga.Emak saya pernah tanam kundur dulu-dulu la.Tapi biasa dimasak kari dengan ayam masa kenduri.