Semalam Sabtu adalah Hari Gantung Periuk..
Kami nak ke kenduri @ kampung .
Ok tadi kita bagi laluan kat orang.Now,nampak..sana tu kereta putih..
Ok dah sampai rumah kenduri...
Saya,Achik & Aqil sampai dalam pukul 2.30 petang.Mak dah balik awal pagi lagi.Sejak petang hari Jumaat pun mak balik rewang @ dalam istilah kampung kami dipanggil
"Hari Besiang Bawang"
Mungkin merujuk kepada tugas utama hari tersebut ialah mengupas dab menghiris bawang yang berguni-guni untuk masakan menu lauk kenduri.
Hai...Saya Aqil..Sedang makan nasi kenduri bersama Makngah.
Aqil antara yang suka ikut ibunya pi kenduri.Aqil ni sangat berdikari sejak kecil.Kalau pi kenduri,dia akan explore sendiri kat mana nak ambil minuman,ais krim,ABC,cucur udang dan aneka kios makanan yang disediakan.Know-know dia dah bawa gelas berisi minuman dan mangkuk berisi cendol atau ABC.Dia tak akna minta ibu atau sesapa tolong ambil,sebaliknya dia yang tolong ambil untuk kita.
Jom kita tengok apa yang ibu dan Makngah ambil..
Ni pinggan Makngah..
- Nasi Putih.
- Gulai Daging + Umbut Pisang.
- Kerabu Kerisik Taugeh + Perut.
- Ikan Tamban Masin.
Nampak macam Makngah mkaan sikit kan..Padahal sebelum mai kenduri,Makngah dah pekena sepiring cekodok pisang dan sepinggan Mee Segera Perisa Bandung keluaran Iman...hihihi
Pinggan ibu Aqil.
-Nasi Putih.
- Gulai Daging + Umbut Pisang.
- Kerabu Kerisik Taugeh + Perut.
- Ulam Pucuk Samak,Timun & Kangkung Rebus.
- Sambal Belacan.
*Minuman - Sirap Bandung.
Nampak macam banyak kan..Haaa,ibu belum makan sejak pagi kelam kabut ke sana sini dan masak untuk Abang Haikal,abah dan Adah yang tak ikut ke kenduri.Depa semua ada urusan.
* Side Dish - ABC,Cucur Udang Kuah Kacang & Mihun Sup.
Selesai makan,kami beransur untuk ke kenduri seterusnya..
to be continued....
Lama tak jumpa orang masak kenduri rewang besiang bawang tu suma. Hari tu kami pi kenduri kat kampung pun dorg upah katering ja. Keta wira tu berlagak ke atau memang tak pernah lalu laluan tu? Wajaq sungguh mementing diri sendiri.
ReplyDeleteBetul SK..sekarang ramai dah katering sebab takdak tenaga kerja nak buat.Tapi rumah kenduri yang ini tuan rumah memang peniaga makanan dan kakitangannya ramai..ada kemudahan.tu agaknya depa masak sendiri.
DeleteBoleh jadi juga Wira tu tak pernah lalu situ..Astaghfirullah,mungkin saya sudah berburuk sangka.Moga Allah ampunkan saya🤲
huhuhu
Bestnya mkn lauk wedding.. umi cella cte la psl lauk yg umi n achik ambk.. nk tau menu diorg.. 😬
ReplyDeleteSaya dah edit Kak Lin..
DeleteDah cerita menunya..Terima kasih atas pandangan..🌹
Kalau pegi kenduri kampung ni wak suka naik moto aje
ReplyDeleteRingkas dan senang parking
Saya sudah hampir 2 dekad tidak menunggang motosikal...dah rasa gayat pula..kalau membonceng boleh lagi🤭
DeleteSiang tadi kami hadiri majlis kawin juga, tapi di dewan.
ReplyDeleteSeronoknya kenduri di kampung. Rewang... hari besiang bawang ye, menyediakan bahan untuk masak-masak.
Ya tempat saya sebut "Hari Besiang Bawang"🤭
Deletewah sedap lauk kendurinya...lauk kampung...
ReplyDeleteAlhamdulillah....
DeleteSedapnya gulai daging umbut pisang....gulai kawah la tu kan kak...SA sempat merasa masa kenduri kazen kat Jitra, memang siap x tau malu mintak tapau...hahahaha...
ReplyDeleteKan.
DeleteGulai daging + umbut pisang memang antara signature lauk kenduri @ kebanyakan tempat di Kedah
akak kenduri Adah ke abg ke cella ke jangan lupa jemput kami na...teringin nak makan lauk kenduri kedah haha
ReplyDeleteIn syaa Allah Afzan...
DeleteDoakan ada jodoh yang yang sakinah mawaddah wa rahmah untuk mereka🤲
Cuma jangan high expectations sangat la untuk majlis sebelah saya..🤭
Tapi kalau ada rezeki memang nak buat majlis dan jemput rakan-kan maya juga..doakan yer🤲
memang banyak jemputan kan, hujung2 tahun ni
ReplyDeleteBetul...kebetulan kena time cuti sekolah banyak la kenduri
Delete