Thursday 15 December 2022

LEMANG PULUT,LEMANG LABU & LEMANG TEPUNG

Lemang Pulut,

Lemang Labu,

Lemang Tepung..

pic by status whatsApp Pakcik


Lemang Pulut,alemang Tepung dan Lemang Labu ni..

Pakcik & Achik beli kat Kampung Memali,Baling,Kedah.

Sebut Kampung Memali pastinya mengingatkan 

"Peristiwa Memali" pada tahun 80-an dulu ketika saya masih di sekolah rendah..

Hingga sekarang,bila sebut Kampung Memali ..automatik saya akan teringat Peristiwa Memali & Ibrahim Libya.

Walaupun ketika kejadian,saya masih belum mengerti perkara sebenar.Kami anak-anak hingusan hanya mendengar perbualan orang kampung dan mendengar berita dari radio dan TV serta mambaca surat khabar serta risalah yang di edarkan secara tertutup..Namun, ianya sangat meninggalkan kesan di dalam ingatan.


Achik beli 4 batang lemang.

2 batang Lemang Pulut.

1 batang Lemang Tepung.

1 batang Lemang Labu .



Yang kosong tu lemang pulut.

T = Tepung.

L = Labu


Lemang Pulut 


Lemang Tepung.Rasanya lemak manis  seakan kuih bengkang tepung gula merah.Aroma salai dan aroma daun pisang bercampur haruman buluh lemang menerbitkan rasa "salai".

Yang garing lebih kuat rasa salainya.Pada deria rasa saya...ianya sedap jika dilawankan dengan kopi O.


Lemang Labu .Lidah saya menterjemahkan sebagai rasa kuih bakar labu versi lemang.Sama seperti Lemang Tepung...rasa 

"salai" memberi aroma istimewa dan altenatif rasa.Mungkin ianya dicipta untuk memberi pilihan mereka yang alah makan pulut agar dapat sama merasa lemang dalam versi bukan pulut.


Alhamdulillah...rezeki saya kali ini.OTW balik Kedah,bila whatsApp..Achik ngan Pakcik berada di Baling & Achik bgtau depa tengah beli lemang di Memali.
Rupanya Achik beli 3 jenis lemang..
Lemang Pulut
Lemang Labu
&
Lemang Tepung..

Sebelum ni masa bulan April lepas dah pernah rasa LEMANG UBI KAYU & LEMANG PULUT HITAM
beli kat Sik..
Now..bertambah la variasi lemang..

Alhamdulillah perjalanan lancar.Mungkin sebab weekday dan bukan weekend.



Pukul 7 dah sampai Tapah kerana memilih bertolak awal pagi..

Lama tak menikmati kabus begini..

Syukur Alhamdulillah..belum tengahari kami dah selamat sampai..

Jom nikmati lemang-lemangan...

18 comments:

  1. baca tajuk hati saya dah terdetik akak kat Kedah agaknya ni..slmt bercuti akak
    unik lemang2 tu di Kedah je kot yg ada kat sini tak pernah jumpa,
    bulan lepas genap 37thn peristiwa memali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...balik sat.
      Rupanya dah hampir 4 dekad peritiwa memali.
      Setahu saya ada sejenis lagi lemang seakan lemang tepung ni dinamakan
      " kelamai" popular dalam masyarakat Rawa di Perak .

      Delete
  2. Uniknya ada lemang labu la... kt sini ada lemang periuk kera je.. selamat bercuti kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,lemang periuk kera pun unik kan..
      Dulu periuk kera banyak kat kampung saya tapi sekarang dah hampir pupus

      Delete
  3. Dah sampai kampung yeee. Hihihi. Tak pernah lagi jumpa lemang selain lemang pulut. Mesti rasanya pun unik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah....hehehe
      Rasa dia unik sebab dimasak dalam buluh dan dibakar dengan kayu api..

      Delete
  4. wahh awan karpet tuuh chuantek.. 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala Wak ni..
      kita cerita lemang..awan karpet juga yang dia nampak🤭

      Delete
  5. SA suka lemang pulut ngana lemang tepung...lemang labu x pernah makan sebab x makan labu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Labu ni ada orang alah sebab angin katanya..

      Delete
  6. Antara makanan kegemaran saya. Tapi labu dan tepung belum pernah terai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti lepas ni kalau balik Kola Ketey boleh terai cari...hihihi

      Delete
  7. tak pernah jumpa kak, tapi dulu pernah makan lemang tepung tu tapi itu lemang tepung pulut kot sebab dia mcam tertarik-tarik gitu kejadinnya. Bestnya dia balik kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lemang tepung dan lemang labu ni penjual tu dah pesan katanya suruh tunggu betul-,betul sejuk baru boleh potong.Kalau masih panas dia lembik dan melekit

      Delete
  8. Uniknya lemang-lemangan! Saya pun nak cuba lemang labu dan lemang tepung. Harap satu hari nanti dapat JJCM Kedah pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la cikgu..
      Semoga Allah mudahkan urusan untuk dapat JJCM kat Kedah🤲

      Delete
  9. Uit, orang Baling pun tak tau ada jual lemang labu dll tu MC 🤭
    Kalau balik kampung, bolehlah sy cari lemang ni semua.

    ReplyDelete