Masak Kari Kepala Ikan Salmon.Dah agak lama tak beli ikan salmon sejak harganya tak berapa mampu nak makan selalu.Dulu zaman Cella masih sekolah memang selalu beli kepingan salmon buat bekal dia ke sekolah.Masa tu harga sekeping sederhana salmon dalam RM4 saja.Hari tu nampak PH goreng ikan salmon.Kata PH beli kat Ramly Halal Mart Batu Muda.Saya ke Ramly Halal Mart BTR,tapi sekarang harga dah naik.Walau harganya dah tak seperti dulu namun salmon kat Ramly Mart memang antara yang terbaik pada pandangan saya kerana kemas dan bersih pakagingnya.Ikannya di pack beberapa keping namun tidak melekat antara satu sma lain.HArga untuk 1 pack 3-4 keping salmon berharga sekitar rm20++ hingga RM30++ .Masih boleh lagi la terima harganya,Dah namapun salmon kan... hihiiTQ kepada PH bagitau Ramly Halal Mart ada jual salmon.Walau harga kepingan salmon dah naik harga tapi kepala salmon masih lagi antara yang murah nak banding pasaraya lain
Lupa la pulak harganya.Tapi kalau tak silap saya du keping ni tak sampai RM 10.
Serius tak tipu....i sware
Bukan kepala semata yer...Ada juga isinya kat leher ikan tu...
Murah kan..?
Mana nak cari harga macam ni nak banding pasaraya lain....
Jangan lepas ni depa naikkan harga pulak sudah la....
Bagi la peluang kita dapat makan salmon dengan harga mampu milik ni kan... walau hanya kepala...hihihi
Kepala agak besar dan bersih..Saya basuh dan rendam sekejap dengan air asam jawa untuk bersihkannya.Kepalanya terdapat juga isinya pada bahagian leher ikan tu..Ikan ada leher kr..? hihihihi
Oleh kerana Adah tak makan kepala ikan,maka saya potong bahagian isi leher salmon tu dan goreng garing untuk Adah...
KARI KEPALA SALMON
1 kepala salmon _ belah 2 dan potong 4
3 sudu rempah kari ikan
½ kotak
santan ( + air jadikan 3 cawan)
2 biji tomato masak
garam
4 sudu minyak
bahan tumis:
2 bawang putih diracik
2 bawang merah dihiris
1 sudu teh halba campur
1 pelepah daun kari
1. Panas minyak n tumis bahan tumis
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1/2
cawan air.
3. Biar naik minyak baru masukkan ikan dan tomato
yang dibelah 4
3. Masukkan santan biar mendidih dan ikan masak
dan garam & sesuaikan rasa.
4. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya
nai minyak dan pekat..
Siap kari kepala salmon
Selalu nampak kepala salmon ni di supermarket... tp x berani nk try buat kari.. biasalah sy ni sejenis yg x berani mencuba mknn baru... salmon mkn tp kalau dibuat kari mmg x pernah rasa lg... kena try jugaklah agaknya br tau rasanya kan?
ReplyDeleteKena try kakmim...hihihi
DeleteTapi kalau tak suka kari..try la asam pedas...pun sedap..pada tekak saya la..
ikan cekek leher ada kak...
ReplyDeleteorang ckp kepala salmon lagi sedap kan berlemak sy blm pernah cuba masak kari salmon maklum la keturunan switzerland+newzealand makan salmon grill je..hahahaha
Wah...keturunan omputih yer Afzan..🤭
Deletesalmon grill lagi healty...ni kepala dia kita kasi kari..kulit kepala dia macam berkolegen ..
tulang dia kat bahagian kepala tu jenis tulang rawan yang bila kunyah prup prup macam tulang rawan lembu..sedap..hihihi
selalu nampak org masak ..dap jer
ReplyDeleteSesekali try la memgari kepala salmon ni MA...tapi kalori dia boleh tahan la rasanya..hihihi
DeleteSalmon slices di Giant Klang murah.ari tu saya beli 5 keping hanya rm 33.tapi kepala tak jumpa pulak
ReplyDeleteWah...ada tempat lagi murah ek...
DeleteTempat saya dah takda Giant..
Nanti kalau ternampak boleh singgah..TQ info
Salmon ni kan, dulu pernah makan kat Ikea. Lupe dah ape nama masakan dia ntah. Tapi sejak rasa salmon yang tu, memang taknak dah repeat makan salmon 🤣. Serik rasanya. Hahaha
ReplyDeleteSaya pun 1st time makan salmon grill terkena yang hanyir giler..
DeleteSerik sekejap..
Lepas tu try beli masak sendiri...
wah..sedap salmon ni rupanya..
Mungkin ada jenis atau proses penyediaan agaknya menyebabkan kehanyiran tu Jaja
tergoda nengok kepala salmon masak kari tu kak, dana tak pernah beli kepala ikan salmon tapi tengok akak tunjuk ni tergoda lak. nanti nak cuba jugak lah beli
ReplyDeleteTry la..kot kena dengan tekak...
DeleteTapi ada tempat yang jual kepala..memang betul2 kepala langsong takda isi..
Cari yang ada isi sikit baru sedap
Kat sini ada Ramly Halal Mart tu.. agaknya sama harga ke umi cella? 🤔
ReplyDeleteTak pasti la pulak Kak Lin...Kalau Putrajaya kot harga dia up ka..harap2 sama la
Deleteikan org have2 ni...i makan ikan mur2 je
ReplyDeleteHahaha...
Deletetu yang makan kepala saja sebab kepala dia lagi mur daripada isi...hihihi