Beberapa minggu lepas saya mengalami masalah tidur yang tidak berkualiti.Bukan tak dapat tidur tapi lebih kepada tidur yang sering diganggu mimpi-mimpi tempat kotor yang menjijikkan dan bila tersedar hati menjadi resah tanpa sebab.
Adah cadangkan saya minum Camomile Tea.
Dia order sekotak camomile tea brand Ahmad Tea ni..Kalau teh bunga kekwa dan beberapa jenis teh herba lain tu pernah la dengar dan minum.
Teh ni didatangkan dalam kotak mengandungi 25 sachet.Setiap sachet ada 1 uncang camomile kering dan perlu direndam seperti teh biasa.
Tapi bila Adah tunjukkan list dalam shopee tu.Saya pilih Ahmad Tea brand.
Bila Adah tanya lagi nak yang ori @ nak yang ada lemon grass..
Saya tamak..saya nak yang ada gabungan perisa camomile & lemongrass.
Pandangan saya daripada 1 kebaikan camomile sahaja,baiklah ditambah lagi kebaikan serai..
Tapi sayangnya bila digabungkan dengan aroma serai saya rasa seolah bau minyak angin la pulak.Adakah mereka menggunakan serai wangi?
Ala...saya hanya sempat minum setengah cawan kerana bau
"minyak angin" tu agak mengganggu.
Tak dapat la nak merasa kesan camomile ni kerana hanya minum ½ cawan & tak ulang minum lagi dah dek aromanya tidak serasi dengan tekak
Ini lah akibatnya tamak nak 2 perisa dalam dalam 2 teh.Sepatutnya saya pilih ori camomile sahaja..
sedap bau tea camomile ni.pernah buat & pernah cuba, but x suka sgt
ReplyDeletesbb bau harum sgt...
Betul..sedap dihidu tapi bila minum macam bau minyak angin
Deleteakak saya pernah jadi macam ni selalu mimpi yang mengarut seram disebabkan saka peninggalan arwah toknenek.badan jadi lemah,sakit blkg,sakit kepala.puas berubat sana sini,last sekali saya cuba mandi bilas dengan 1pack ais campur air dengan limau purut.mandi slps subuh dan slps maghrib.baca alfatihah 3x,al ikhlas 3x,selawat 3x lama juga saya amalkan.Alhamdulillah skrg dah tak ada gangguan.Pantang jumpa bantal tidur lena hehe
ReplyDeleteOuh...mandi ais pun jadi altenatif yer..
DeleteIn shaa Allah nak cuba ni sebab ada limau purut ni
.Ops..ada kena baca apa-aap doa tak?Terima kasih Afzan..atas perkongsian..
Ouh...mandi ais pun jadi altenatif yer..
DeleteIn shaa Allah nak cuba ni sebab ada limau purut ni
.Ops..ada kena baca apa-aap doa tak?Terima kasih Afzan..atas perkongsian..
tak ada doa khusus yg saya baca kak just baca alfatihah,al ikhlas,selawat dan niat minta Allah jauhkan dari semua gangguan syaitan iblis dan jin
DeleteSy pun minum ahmad tea ni jugak utk detox lah konon... tp bkn yg kotak kuning ni.. hijau
ReplyDeleteSkrg dh ok ke? dpt tidur lena ke dh skrg? amalkan surah manzil kak... semoga dihindarkan dari org² yg dengki dgn kita
in shaa Allah..saya akan cuba..
DeleteSekarang pun masih diganggu mimpi orang yang sudah meninggal duniaš©
Dekat pasaraya ada jual rasanya kak, dana biasa beli AHmad Tea ni dekat pasaraya giant dekat2 rumah. Tapi tak pernah try yang camomile ni, biasa yang bau buah2 je...
ReplyDeleteYa..ya betul Dana..
DeleteSaya pernah juga beli perisa peach & strawberry ,& mangga..tapi sekadar minum saja la..tak terfikir sebagai terapi..
camomile ni baru 1st time cuba
Hahahaha.. habis tu, lagi 24 uncang siapa nak minum???
ReplyDeleteHahaha...buat masa ni masih dalam kabinet dapur..š¤
DeleteKih kih…ni lebih kurang kes saya. Saya beli Ahmad Tea ni yang ada macam2 herba, pasal baca orang kata sedap dan bagus untuk kesihatan badan. Sudahnya, terseksa tiap kali minum. Tak minum membazir pulak dah beli.
ReplyDeleteKalau green tea Ahmad Tea tu ok je saya minum.
Moga segera selesai masalah yang melanda tu ya. Seksa jugak kalau tak cukup tidur ni.
Ramai juga review Ahmad Tea green tea sedap..yang tu saya belum try
DeleteCuba baca surah al-mulk setiap kali sebelum tidur (lepas solat isyak)
ReplyDeleteIn shaa Allah Wak...
DeleteTerima kasih
Moga semuanya baik-baik ye MC... sy pun kebelakangan ni selalu juga mimpi 'sesuatu' :(
ReplyDeleteAmiin..
ReplyDeleteHuhuhu..
semoga Allah hindarkan dari perkara yang tak diinginiš¤²
tea camomile sememangnya menenangkan, SA bila penat sangat memang akan minum secawan...SA selalu jugak x dapat tidur yang berkualiti...x tau maybe lately ni sibuk dengan Dania punya urusan dan urusan majlis SA...
ReplyDelete