Wednesday 28 December 2022

NASI LEMAK SAMBAL KERANG BEKAL BALIK KOLEJ

Hari Sabtu Tuan Tanah
Kedaung( bacanya Cella🤭)balik sebab Cuti Krismas hingga Isnin kan.
Malamnya lepas maghrib  hantar balik kolej.Nak baliknya sejak tengahari.Asyik kejap..kejap..kejap..
membawa ke malam...hihihi

Buatkan  Nasi Lemak Sambal Kerang untuk bekal dinner dia dan kawan.

Masak Sambal Kerang tapi nampak sambal lebih dari kerang🤭


Rebus 10 biji telur..bekal 5 biji..makan sendiri 5 biji.Saya suka telur rebus..(jangan cakap makan telur rebus kentut busuk..orang tak makan telur rebus pun kentut tak wangi pun)🤭


Tapi akibat malas + tamak..nasinya agak jelantah.Puncanya malas nak keluarkan rice cooker yang besar sikit.Saya masak dalam rice cooker harian yang kapasitinya 1.5L tapi bantai sumbat sampai 6 cawan... memang padat dan jelantah la ..hihihi

Akhirnya kena buat 2x kerja..Kena la pula mengukus agar masak sekata...
Kena 2 round kukus sebab banyak...padan muka sendiri....hihihi


Nasi lemaknya saya alas daun pisang dan bungkus dengan kertas minyak macam penjual nasi lemak tu.Memang stok kertas tu ada kat rumah untuk bungkus bekal anak-anak dan bekal sendiri.Time rajin buat bekal la..time malas,kertas tu dok diam-diam dalam laci dapur🤭



Nasi Lemak Koboi ja.
Hanya nasi lemak+ sambal kerang + sebiji telur rebus.Takda kacang takda timun bagai.


Tapi bungkusan besar la walau nasi lemak koboi..Nasinya semangkuk penuh padat.

Bekalnya 5 bungkus sahaja.
1 untuk TTK
1 untuk roomate TTK
1 untuk spare kang tengah makan kang ada pula kawan datang bilik,takkan tak ajak..sebab kalau dia hihihi
2 bungkus lagi untuk 2 orang rakan yang sesama dari UniSZA dulu tu.Kalau bawa apa apa makanan saya bawa sekali untuk depa dua orang tu juga.Depa dua tu lelaki tapi blok sebelah menyebelah saja..boleh la bagi sekali.Depa bertiga memang rapat sejak kat UniSZA lagi.Dapat interview UPM ni pun sama-sama.



Semoga ianya menjadi rezeki makan malam yang barokah untuk depa dan juga saya.
Amiin..

Yang makan kat rumah ni saya hanya alas pinggan dengan daun pisang.Tidaklah saya bungkus.....hihihi

16 comments:

  1. alhamdulillah, berkongsi rezeki...dapnya. tambah sedap sbb bungkus ngan daun pisang tu kan..emmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..nasi lemak kalau bungkus daun pisang harum kan

      Delete
  2. akak..daun pisang tu akak frozen ke mcm mana cara simpannya nak bagi tahan lama?ke mmg beli yg fresh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni daun pisang fresh Afzan..Saya selalu juga frozenkan daun pisang,cuma warna sedikit berubah jadi hijai susu..
      Boleh tengok oldpost ni

      http://namakucell.blogspot.com/2020/04/lepat-pisang-tepung-beras-air-tangan.html?m=1

      Delete
  3. Sy belum jumpa lagi santan kara serbuk tu. Nak terai jugak masak nasi lemak guna yg serbuk. Nasi lemak sambal kerang, memang mengancam qolbu. InsyaAllah, berkoh dan dibawa pahalanya ke alam sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn...
      Kalau jumpa grab 2,3 bungkus sesiap SK..cuba terai sekali.Kalau kena dengan taste mudah kerja lepas ni ..hihihi

      Delete
  4. Aduhaiii sambal kerang. Sedap pulakkk

    ReplyDelete
  5. Wahh... special tu bawak bekal siap bungkus alas daun pisang lagi... buat byk sikit dh boleh jual di kolej tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la dulu masa kat Trengganu bersemangat dia nak bznz waffle kalau dapat UPM..Sekali dah dapat,dah dapat tak dan nak berbznz pulak..hihihi

      Delete
    2. Kakmim...
      Kenapa yer sejak semalam saya dah tak boleh akses blog kakmim?
      Sejak malam semalam sebenarnya..

      Delete
    3. Dh bz mana sempat nk bisnes dh skrg.. hehe.. eh ye ke kak? Semalam br sy tukar template.. malam sebelum tu x tukar lg pun.. tp sy perasan jugak mmg agak slow loading bila bkk direct url blog di hp.. nnt sy check lg

      Delete
  6. Aduhai...dah la SA tengah craving nasi lemak Pak Zain ni...macam dah lama je x buat...kalau buat sambal kerang SA suka beli kerang fresh...kerang frozen tu macam liat..ni akak guna kerang fresh ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kerang frozen SA..tapi saya beli masa balik Kedah dapat kerang frozen yang dah rebus,bukan kerang frozen yang mentah berdarah tu.Isinya penuh bulat.Nanti bebila saya masak lagi saya share pic mentah

      Delete
  7. Lain kali bungkus lebih MC, hantaq mai Gombak sama :p
    Seronokkan raikan kawan-kawan anak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ..boleh,boleh...
      Betul,seronok raikan kawan-kawan anak kerana.

      Delete