Hari ni 31 Disember 2022..Hari terakhir untuk tahun 2022.Esok,in shaa Allah tahun 2023 menjelma pula.
Sedap-sedap makanannya..
- Nasi Beryani/ Nasi Putih
- Pesamah Daging
- Ayam Masak Merah
- Acar Masak
- Pajeri Kuning Nanas
- Sambal Goreng Kacang Tunggak
- Buah-buahan
- Air Kordial
Mihun Sup pun ada.
Kami makan juga kuih muih..Ada beberapa jenis pencuci mulut :
- Rojak Buah
- Apam Beras
- Aneka Kek Marble
- Kuih Peniram
- Kuih Vadei
- Bubur Pulut Hitam
Paling special dalam kategori dessert ni ialah Kuih Pak Aji Serban.
Nikmat betul dapat makan Kuih Pak Aji Serban.Kalau tak silap saya kuih ni banyak terdapat di Trengganu.Kuih dia macam Seri Muka iaitu dibawahnya pulut.Tapi bahagian atasnya berwarna coklat muda.Rasanya lemak manis menggunakan campuran telur itik,gula nisang(gula kerek) dan santan pekat.
Sayangnya saya lupa nak snap pic Kuih Pak Aji Serban tu.
Di manakah nasi?
🤭🤭🤭🤭🤭
Saya pernah masak
Ni kalau Cikgu Amie mesti kenal menu sambal goreng kacang tunggak ni.Semoga Cikgu Ami dan suami serta ahli jemaah yang lain dimudahkan urusan menyempurnakan ibadah umrah dan dikurniakan umrah yang maqbul🤲
Kat tempat saya kacang tunggak tu lebih dikenali sebagai kacang ketupat kerana sering digunakan sebagai campuran dalan ketupat palas.
Alhamdulilah..
Semoga majlisnya diberkati Allah dan pasangan pengantin dikurniakan SAMAWA..🤲
Pak Aji Serban tu pulut sekaya la kan MC?
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru!
Ya PH ..macam pulut sekaya a.k.a seri muka.Cuma Pak Aji Serban tak guna pati air pandan hijau sebaliknya guna gula nisan keping dan rasa dia lagi berlemak sebab depa tak guna tepung langsung(kalau salah tolong betulkan).Permukaannya memang tak licin sebaliknya berkedut macam kuih akok kedut sebab banyak telur..tapi sedap sangat pada tekak saya
DeleteSelamat tahun baru.. Ibu Aqil datang singgah sini dan follow sekali.. Salam kenal dari ibu Aqil.. ;)
ReplyDeleteSalam kenal Ibu Aqil.Terima kasih sudi singgah dan ziarah
DeleteMenarik kuih pak aji serban tu.. bawahnya mmg pulut jugak ke? Nmpknya kena google lepas ni.. heheee.. salam tahun baru 2023 kak
ReplyDeleteLebih kurang seri muka cuma lapisan atas tu warna lain sikit.Kaalu google lebih jelas kan.
DeleteSelamat Tahun Baharu juga kakmim
Sy tak ada jemputan minggu ni, minggu depan ada.
ReplyDeleteKecur pulak tengok pinggan Mak Ngah tu, meriah! Lagi meriah kalau tenggekkan sekali kuih Pak Aji Serban 😆
Wah...SK mendahului la jemputan kahwin 2023..Saya blm ada jemputan 2023..
DeleteHahahaha...
Meriah la pinggan orang jaga perut berbanding jaga badan🤣
Tu la dah makan habis baru ingat tak snap piring kuih yang ada pak aji serban tu
wah..mcm2 yg rare utk MA ni..kuih pak aji serban, kacang tunggak..emmm...byk yg tak tau jadi tau dah.. tq tq!!
ReplyDeleteHehehe..kadang benda sama namanya lain mengikut tempat
Delete