Thursday 22 December 2022

GULAI IKAN NYOK NYOK + UBI KEMILI

Sambungan selepas TRAKTOR SAWAH DI BELAKANG DAPUR


Masuk sambung masak Gulai Ikan Nyok nyok + ubi kemili.

Ubi kemili ni ada yang panggil Ubi Keling.Ada yang panggil Kentang Jembut.
Ni saya beli kat pekan nat( pekan sehari).Ubinya besar-besar.Beli sekilo RM10

Saya kikis kulitnya 

Ini pokok Ubi Kemili yang mak tanam daripada ubi kemili beli yang tak habis makan.Mak semai dari ubinya.


Tak banyak pun...Tapi ada.
Saya tak pernah gali pun ubinya.Kata mak ubi ni mengambil masa setahun untuk boleh dituai.Sejak dulu biasanya bulan Disember memang banyaj ubi kemili ni.Kalau dulu Musim tengkujuh di Pantai Timur adalah permulaan musim kemarau di Pantai Barat.Seingat saya pun bulan 11 dan 12 adalah cuti sekolah yang panjang.Musim untuk menuai padi dan menggali ubi kemili untuk digulai dengan ikan darat( haruan dan keli serta puyu)
di Pantai Timur pula katanya musim banjir ni memang musim gali ubi juga kerana jika dibiar tenggelam air,ubi akan rosak.Dengarnya kat Kelantan lagi meriah pelbagai ubian muncul musim temgkujuh.Semoga mereka yang terlibat dengan banjir dimudahkan urusan dan dikurniakan hikmah dan rahmat.



KARI IKAN IKAN + UBI KEMILI
1kg ikan( saya guna kelapa nyok nyok)
1/2 kg ubi kemili- kupas kulit
1 asam keping
1 sudu teh garam
3 sudu minyak
2 sudu aerbuk kari ikan
1/2 kotak santan
2 cawan air

Bahan Tumis
3 bawang merah - hiris
2 bawang putih hiris
1tangkai daun kari

1. Panaskan minyak dan tumis  bahan tumis
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1/2 cawan air
3. Bila naik minyak masukkan kepala ikan dan balik-balikkan.
4. Tambah  ubi kemili dan 2 cawan air.
5.  Bila ubi empuk baru masukkan asam,garam dan santan.
6. Sesuaikan rasa dan biar mendidih perlahan supaya kuah cantik


*** Untuk masak kali ni sebenarnya saya goreng dulu ikan dan kepalanya kerana terpengaruh dengan India Street Food..hihihi


Sebelum ni pun pernah masak

KARI IKAN GORENG ...kat sini.

dan ternyata memenuhi selera tekak saya.


25 comments:

  1. Mungkin pertama kali saya tau nama ubi kemili ni. Kalau makan, memang tak pernah. Banyak kenal nama-nama tumbuhan untuk di makan sejak baca blog ni 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubi kemili ini rasa dia tidak sama dengan ubi keledek @ ubi kayu.tetapi lebih kepada rasa kentang yang hijai hampir tumbuh tu.ada sedikt(sangat sedikit pahitnya) tetapi unik kerana bila sudah telan ia menggalkan rasa manis pada lidah..unik kan..
      Kalau jumpa orang jual.Ujie cubalah beli dan rasa agar tahu..kalau nak terangkan macam tak sampai objektif🤭

      Delete
  2. Hahaaaa ... Kentang jembut tu orang jawa punya panggilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤭..Cikgu dan Wak Warisan Petani sebut kentang jembut agaknya🤭

      Delete
  3. tak pernah dengar ubi kemili so dia boleh ganti kentang la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ganti kentang,terong,
      bendi dan lain-lain.Kemili ni just sebagai opsyen kerana saya ada stok kemili..hihihi

      Delete
  4. X pernah mkn ubi kemili ni tp kalau nk try boleh je... sedap nmpaknya gulai ikan nyok-nyok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang suka..Ada yang tak suka.Saya pun masa kanak2 tak suka.Dah tua2 merindu dan suka pula🤭

      Delete
  5. Oh, sesuai jugak ya ubi digandingkan dengan ikan. Tapi, kat sini, macam tak pernah jumpa ubi kemili ni. Ikan nyok2 sedappp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..kalau ganding dengan ikan darat macam ikan keli atau haruan lagi ngam.
      Saya pernah nampak dalam old post Wak Warisan Petani tanam kentang jembut ni

      http://warisanpetani.blogspot.com/2017/05/tanaman-kentang-jembut.html?m=1

      Delete
  6. Kentang jembut ni wak suka rebus aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan-hujan ni sedap kan Wak...
      makan kentang jembut rebus sama kopi 0 panas

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. dikampung saya ubi kemili rebus kosong lepas makan ubi minum air masak akan ada rasa manis2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul Afzan.
      Lepas makan minum air rasa manis kan...hihihi

      Delete
  8. Lama tak makan ubi kemili nie. Musim hujan rebus makan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...sejuk-sejuk masa hujan dapau ubi kemili rebus panas-panas makan sambil tengok air hujan di cucur atap

      Delete
  9. Ubi kemili ni mak abah saya pun panggil kentang jembut 🤣. Biasanya mak rebus, pastu makan camtu je. Tapi macam dah lama tak jumpa ubi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau panggil kentang jembut..
      sah javanese🤭
      Jarang dah jumpa sekarang ni Jaja tapi kalau kat nat Pendang in shaa Allah setiap Sabtu ada..terutama bulan Nov - Mac

      Delete
  10. alamak..ubi ni pun x pernah dgr..ikan nyok nyok tu tau la...

    ReplyDelete
  11. ammi pun ada masa goreng dulu ikan kalau nak digulaikan biar dia tegap sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...bila goreng rasa lebih sedap sbb isi pejal tapi tu la kadang lupa sbb terbiasa masak gulai tanoa goreng

      Delete