Sunday, 25 December 2022

DURIAN & MALAYSIA vs LAOS

Malam tadi tinggal sensorang sebab depa 3 beradik pakat pi Stadium Bukit Jalil tengok Perlawanan Bola Sepak  Piala AFF - Malaysia vs Laos.Depa ajak saya,tapi saya tak mau ikut.Dah bukan zaman saya dah nak bersesak kat stadium bagai.Dulu zaman muda-muda onz ja kalau  anak-anak ajak tengok wayang @ tengok live bola kat stadium.Bukan selalu tapi pernah..

Oleh kerana saya takmau ikut..anak bujang tu belanja durian..


Sebenarnya sebab adik bongsu dia balik...adiknya kan hantu durian..

Bukan durian king @ queen pun...durian kampung jak..hihihi

Alhamdulillah,tahun ni harga durian sudah mampu beli dan mampu makan.Pernah saja sebelum ni ada ketika musim durian harganya hanya mampu tengok.


Cepat-cepat cekah dan keluarkan isi masuk dalam bekas supaya sambil depa nak pi tengok bola tu boleh terus buang kulit-kulit ni dalam tong siap-siap.



Yang dalam tippuware panjang tu simpan dalam peti ais untuk depa.Yang isi kuning kat atas tu saya pulun sengsorang sambil tengok TV tunggu depa balik stadium.Yang putih tu sebenarnya kata anak bujang tu penjual bagi percuma.Dia takmau sebab dah dibuka dan isi keras,tapi orang tu masukkan juga dalam plastik.Bila buka memang isinya keras dan tawaq habiaq...takpa la dah dia nak bagi walau tak elok,takkan nak buang rezeki...hihihi 

Ketika saya menikmati
durian di depan TV sambil layan Buletin Utama..depa update,depa dah sampai Stadium Bukit Jalil tengah beratur nak masuk stadium.
Lepas makan durian,melangut lebih kurang,entah bila terlena.Sedar-sedar bunyi HP depa call bagtau bola dah habis tapi depa 3 beradik balik lambat sebab nak pi makan dulu.

Mmm..patut la....depa happy.
Malaysia menang 5-0.
Tahniah Malaysia!






8 comments:

  1. Lain kali nak makan durian jgn lupa ajak sy MC :D
    Durian yg keras & tawar tu boleh buat sayur lemak putih MC. Sy pernah tengok dlm Majalah 3 tak silap,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah dengar juga pasal durian keras masak lemak putih tu PH.Tapi saya blm pernah try..Ni dah selesai saya hancurkan dan campur dengan durian yang elok.. jadikan kuah durian..hihihi

      Delete
  2. Leka tu pulun durian sambil tengok tv. Sy belum beli durian lagi, perasan jugak harga macam tak berapa mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...kali ni harga macam tak mahal sangat walaupun belum murah macam 10 tahun dulušŸ¤­

      Delete
  3. iyer..bukan main hero MA menjerit sorang2 kat rumah..goalll....
    malam ni lawan vietnam, nak tgk la mcm mana plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....mak saya pun jenis kalau tengok bola suka jerit sorang-sorang terutama kalau tak golšŸ¤£
      Saya memang takkan tengok sebab nanti saya stress..Saya hanya nak tau keputusanšŸ¤­

      Delete
  4. ammi kan..tekak ni tak memilih langsung durian. ada orang tak makan durian pahit, durian murah tp pada ammi semua durian tu sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng...hahahah
      Bagi la durian apapun memang semua sedap ja kat tekak kita kan

      Delete