Sunday 26 September 2021

HARI NI MASAK MEGI SAJA


Hari ni masak megi saja.Dok sengsorang malas pula nak masak.Padahal dah tanak nasi seperiuk dan keluarkan sayur dari peti ais dah.Bila anak-anak ada agenda depa sendiri,kitapun sendiri di rumah terus tak jadi masak.

Sarapan kat kedai saja sorang-sorang.Sesuatu yang rasanya saya belum pernah lakukan seumur hidup..Hihihi...

Seingat saya tak pernah kot saya makan sorang-sorang kat kedai.Memang selalunya akan makan dengan anak-anak atau paling pun dengan kawan-kawan la.Kalau upah pun  suruh saya makan sorang kat kedai,tak mau saya.Rasa janggal dan malu.Rasa macam semua orang pandang & rasa macam nak suap ke mulut pun maunya masuk ke hidung 🤣

Tapi hari ini saya berjaya memecahkan kebiasaan.Saya dah berjaya makan sorang-sorang kat kedai.Lama juga saya berdiri depan restoran tu.Lepas scan mysejahtera,saya masuk duduk di sudut yang boleh nampak pintu masuk.Saya berjaya!😅

Balik rumah macam biasa la kalau tinggal sorang saya akan mangga grill dan  buka semua lampu yang ada dalam rumah ni.Ya,saya memang penakut..walaupun siang hari!

Akhirnya lepas Zohor saya terlelap.


Menjelang asar tadi tiba-tiba rasa lapar pulak.Masak la megi ni.Tengah menyuap terasa ada kekurangan.. 


Ok..kekurangannya sebab tadi tak letak limau..Hihihi
Dah perah limau baru kick!
Tengah nak suap,anak bujang balik.Nampak dia macam terliur pada megi saya.Bila tanya nak ke...
Tersengeh-sengeh...
Mmm..nak la tu!

Baru dia suap tak sempat habis,adik-adik dia dah call minta gi amik dorang.Sorang ke M.Sorang ke Central Market,nak cari fesh flower katanya.Bergegaslah abangnya demi adik-adik.

Langit dah mula mendung.

Makin lama makin kelam.
Kilat mula memancar..Guruh pun berdentum..

Disusuli hujan lebat...
Antara perkara yang saya takut ialah tinggal sorang waktu hujan lebat..Berdiri di tepi jendela nak kurangkan takut..Tapi kilat pula menyabung..Lagi takut..
Sayup-sayup kedengaran azan Asar dari masjid berselang seli dengan dentuman guntur!






12 comments:

  1. Uik,..SA baru bangun tido tgok entry ni ..nak solat asar tetiba lapar plak perut...aduhai.,...

    ReplyDelete
  2. Meggi dia macam meggi Sheila Rusly, patutlah anak bujang terliur, sy pun sama

    ReplyDelete
  3. Ammi dh biasa makan sorang sbb since July 2019 mmg berdua je ngan bos kat ofis. Jadi..rehat sorang, ckp sorang, gelak sorang

    ReplyDelete
  4. sy pon xpernah mkn kat kedai sorg2..
    mcm nk kena pecahkan tradisi jgk ni.. haha..

    alahai sedapnya megi.. sape je xterliur kalo tgk megi..

    ReplyDelete
  5. Allahu.. kasih seorang abang.. 👍

    ReplyDelete
  6. Mak cella boleh bikin novel, ayat sngt puitis n berbakat. sy sngt trtarik n suka baca entry mak cella. Sehari x buka blog ni rsa x lengkap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bikin novel siapa yang mahu bacanya..?🤣
      Orang sekrang baca sinopsis sahaja...selebihnya tengok drama pukul 7 malam...adaptasi dari novel sebab malas nak baca novel🤭

      Delete
  7. sedapnya maggi..

    syu slalu mkn sorg2 kt kedai klau balik keja time x sama dgn kwn dlu..
    mkn je cpt2 smbil tgk phone, lps tu balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...saya pun semalam mengadap handphone nak elakkan rasa tebal muka🤣

      Delete
  8. Bila anak anak dah besar ni, terpaksa kadang makan sorang diri di luar. Masing masing ada agenda. Saya pun masih belum biasa makan sorang sorang kat luar. Dapat rasakan janggal tu. Sedap betul maggi goreng, agaknya dia balik terbau maggi mak pelawa pulak. mana mahunya menolak, tak dapat habiskan sepinggan dapat beberapa sudu jadilah. Aduhaiii cakap pasal CM dah lama tak pergi sana beli fresh flower. Kalau tak pkp dah lama berdesup ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....
      Cella nak beli bunga segar la tu katanya...Minggu lepas dah pergi Lee Wah tu tapi ramai sangat manusianya...

      Tapi semalam,saya tengok depan Pavilion...ramai juga yang jual bunga kat traffic ligh..kat foyer..kat square depan tu...jual sambil jalan2 cari pelanggan macam orang jual jeruk mangga tu..Tak tanya pula berap harga

      Delete