Tuesday 28 September 2021

SAYA SUKA ROTI BIJIRIN GARDENIA!


Sarapan ringan  kesukaan saya.

Namanya Sommerset Cottage Multigrain And Seed.Tapi sebab nama tu panjang sangat..Saya suka sebut roti bijirin saja.Ni semalam baru beli 2 bungkus terus.

Saya suka sebab roti ni kasar,berserat,

mengenyangkan dan pastinya bagus sebagai makanan berkhasiat.

Tapi semua tu bukan saya ambil kisah sangat.Yang saya suka tu kerana ianya SEDAP...!

Yang ni pic Google .Sebab takut saya eja salah..hihihi 


Suka sangat sebab penuh dengan grain & seed.
Nampak macam biji bunga matahari,chia seed...banyak lagi la..
Nak sebut satu-satu karang salah pulak ...haaa



Boleh tengok kat belakang bungkusan tu.

Cuma kalau nak makan saya akan bakar dulu.Kalau terus makan tak berapa feel.Sebelum bakar sapu sikit butter untuk kasi garing..Kalau dah bakar,dengan wanginya...dengan segala seed tu dah rangup..lemak-lemak gitu..



Roti ni dengan secawan kopi dah cukup membahagiakan anak tekak saya.

Pagi ni saya makan bersama sebiji telur rebus ⅔ masak + kicap...hihihi


Nikmatnya makan roti ni.Kalau time hujan lebat pula.Masa bakar roti ni wangi dia menjadi-jadi..
Cuma kelemahannya kalau kat tempat saya ni kena ke pasaraya besar baru ada.Kalau kat kedai runcit takdak.Mungkin sebab tak banyak permintaan sebab bukan semua orang suka roti berserat macam ni.Tapi saya SUKA...!!!

18 comments:

  1. Nikmatnya sarapan pagi!
    Alhamdulillah.
    Tiba-tiba macam teringin nak temankan Mama Cella minum hhihihiii.

    ReplyDelete
  2. Sy pun suka roti ni tapi dah lama tak beli sebab jemu jugak kita terpaksa makan hari2 nak habiskan takut expired. Eh, tuan tanah kedaung tak suka roti ni kan, atau roti wholemeal tu.. dia kata, rasa berbulu.. tak percaya, cuba tanya, hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..
      Tu la bagusnya...
      Depa 3 tu pakat tak suka.
      Dapatlah beta santap sorang tak berebut..hihihi

      Delete
  3. Kak lin pun suka roti ni.. sapu butter & tabur gula sikit.. bakar dlm toaster.. sdp yg amat..

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap pulak roti ni ..pengaruh makcella memang kuat,pi mydin nampak kacang edame terus teringat....kalu makcella kata sedap Tu memang dipercayai lah



    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul naz shima.. mmg kuat pengaruh mak cella ni.. kak lin biasa mkn edamame kat susyi king.. bila mak cella kata dia stim sndri, trs kak lin pun cari.. roti pandan kelapa gardenia pun sama.. kak lin cari sbb mak cella kata sdp.. 🤩

      Delete
    2. Naz Shima...
      Orang pemakan macam saya ni semua makanansaya kata sedap...🤣

      Delete
    3. Kak Lin...tapi Gardenia bijirin ni macam lagi sedap la sebab tak manis..Lagipun Gardenia pandan susah nak dapat...hihihi

      Delete
  5. Alaaaa......sedapnyaaa....nampak sedap..kenapa kita x pernah jumpa roti ni erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kedai runcit jarang ada SA..Ni beli kat Tesco(Lotus) kat bahagian roti2 tu..shopee pun ada rasanya

      Delete
  6. Roti favourite, Biasa dapat beli yang bonjour je warna merah tu. Buat sandwich sedap ni. rangup dan sedap ada bijiran tu. Bagus untuk diet. Bakar dulu tu lagi sedap kerangupan dan aroma dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...buat sandwich sedap ni.Boleh kunyah lama-lama dalam mulut.Puas makan

      Delete
  7. Roti ni sentiasa hbs stock.agaknya ramai dh tahu khasiatnya kot.tu selalu hbs stock..dkt mana lagi ada jual yea roti ni.kedai2 biasa mmg x de jual roti ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan...
      Dah la sedap..
      Saya pun tak pasti kat mana lagi ada jual roti ni.Saya try tengok kat shopee pun tak jumpa roti ni.roti pandan gula melaka tu jumpa lam.Mungkin boleh call @ tanya kat lori Gardenia kot dorang boleh bantu bagitau tempat2 yang dorang hantar...

      Delete