Sunday 22 September 2019

BUBUR ASYURA 2019

Bubur Asyura 2019
Mak akunyang gigih memasak Bubur Asyura
Jangan tak tahu... Setiap tahun dalam bulan Muharram... mak aku akan masak Bubur Asyura ni walaupun aku, abang & kakak memang x makan pun..

Kadang mak masak gotong royong ramai-ramai
Kadang mak aku masak sorang-sorqng kat rumah..

Ni mak aku masak kat rumah  hari Jumaat
Pagi-pagi buta lagi tengok mak akj bz masak  Bubur Asyura ni
Mak aku kata nak bawa untuk bagi kat gang cleaner & gang office
Mak aku cakap kena masak cepat sebab  mak aku ngan gang office kena siapkan doorgift untuk majlis persaraan
Minggu lepas mak aku bz buat cookies untuk doorgift tu...
So, mak aku cakap nak masak Bubur Asyura ni untuk makan ramai-ramai sambil siapkan doorgift tu nanti
Mmmm.. Eloklah mak aku bawa
Nak bawa semua pun lagi bagus
Sebab aku, abang ngan kakak bukan suka pun Bubur Asyura ni
Dalm rumah ni hanya mak aku jer makan
Setiap tahun kalau buat pun mak aku akan bahagi-bahagikan kepada nkran, kawan &  security guard
Dari malam mak aku suruh ingatkan untuk rendam beras.


BUBUR ASYURA 2019
1 cawan beras-rendam semalaman
2 cawan tepung beras
12 cawan santan
½kg gula melaka
2 sudu teh garam
½cawan kacang hijau-rebus masak
½cawan kacang tanah putih-rebus
½cawan kacang ketupat-rebus
2 tongkol jagung-ambil isi
5 biji pisang-hiris
1 ketul keledek-potong kasar
2 helai pandan
1. Blend beras dengan 1 cawan santan hingga halus
2. Campur beras blend bersama tepung beras dan semua santan. Kacau sebati
3. Masukkan juga keledek, pandan dan masak dan kacau dalam kuali hingga pekat dan menggelegak
4. Tambah garam, gula melaka dan terus kacau hingga gula cair. Masa ni bubur akan menjadi cair.
5. Teruskan kacau hingga bubur kembali pekat
6. Masukkan jagung, semua kacang yang sudah direbus
7. Teruskan kacau hingga kental dan berkilat. Anggaran masa mengacau dari mula hingga masak lebih kurang 1jam - 1½ jam
8.Angkat dan cepat- epatvratakan dalam bekas kerana bubur ini cepat membeku


Beras yang sudah direndam semalaman
Mak aku cakap penggunaan beras ni sebab nak kasi feel macam guna tepung beras fresh yang baru ditumbuk macam dolu-dolu
Mak aku cakap orang dolu2 kalau nak buat. Buubur Asyura ni kena tumbuk tepung beras sendiri guna lesung kayu


Kacang ketupat

Kacang hijau


Kacang tanah putih


Keledek


Jagung


Pisang

Blend beras

Beras yang di blend akan nampak berbiji macam suji tapi nanti bila dimasak ka akan sebati


Bancuh tepunv beras bersama beras blend dan santan


Gula melaka


Masak tepung dan santan hingga pekat dan menggelegak barulah dimasukkan gula


Kena aentiasa kacau

Bila dah masjk ssmua bahan
Tugas mengacau lebih mencabar kerana semakin berat


Kalau guna gula melaka warnanya agak pudar macam ni
Kalau nak warna lebih gelap

Gigih mak aku mengacau sengsorang
Aku nak tolong mak aku x kasi
Mak aku cakap nanti aku main2 takut hangus


Licin dah
Sapa nak basuh kuali...?
Kerja yang paling aku x suka
Tapi kadang2 kena buat
Hahahaha


Dapat 4 bekas ni
Sebenarnya setiap tahun memang mak aku akan masak bubur asyura ni
Sejak masuk bulan Muharram memang paveview untuk post
BUBUR ASYURA KEDAH SUKATAN CAWAN... kat sini...
Memang pageview nya meningkat mendadak


Ni pic by Achik
Achik post dalam Family Group WhatsApp hari Khamis
Achik kata annual asyura tempat kerja achil
Kalau kat Kedah memang asyura dibuat secara gotong royong

Achik dengan gayanya mengacau bhbur asyura
Tapi aku nampak macam achik "kacau daun" jer
Hahahaha

Pakcik dengan gaya Juara Kacau Bubur Asyura
Ni plak semalam nyer pic
Achik masukkan dalam Family whatsApp juga
Pertandingan Kacau Bubur Asyura Peringkat Daerah

Ni achik kata Juara Keseluruhan..
Kampung Asam Jawa ni aku tahu
Nak balik kampung nenek memang kena lalu kampung ni
Kampung Asam Jawa ni nam jer kampung tapi merupakan penempatan tersusun.

Aqil pun xnak kalah
Pahlawan Bubur Asyura
Ok.. Tu jer cerita Bubur Asyura 2019
Bulan Muharram dah nak sampai hujung.




2 comments:

  1. Aunty tak pernah makan bubur asyura stail utara, kalau belah Johor ni bubur Asyura kami macam bubur lambuk sikit tapi lebih gelap warnanya dan berempah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee... Kalau balik Kedah... Kener try makan
      Tapi kkter pun x minat.. Maknkiter nwr yang suka...
      Hehehe
      Kalau yang. Ubur lambuk tu ok lagi kot..

      Delete