Wednesday 11 September 2019

SINGGANG IKAN + BENDI ,TEMPE GORENG KICAP- IFTAR PUASA SUNAT HARI ASYURA

Singgang Ikan + Bendi

Cicoh ngae Buddu
Singge ikke...
Kaccey Lendey
Ciccoh ngae Buddu
Sedak jeligho
Hahaha.... Ada bunyi Klate dop?


Semalam 10 September 2019
10 Muharram 1441
Singgang Ikan + Bendi
Mak aku masak semalam
Untuk iftra Puasa Hari Asyura
Actually mak aku jer PUasa Sunat Asyura ni
Aku tak puasa pun
Mmmmmm....dah hari asyura
Patut lah pageview untuk post RESIPI BUBUR ASYURA UTARA SUKATAN CAWAN ...kat sini
mencanak  naik
Minggu ni sahaja berbelas view
Rankking ke-2 terbanyak pageview untuk minggu ini ialah entri
RESEPI BUBUR ASYURA UTARA SUKATAN KAWAH...kat sini
Bila cakap kat mak aku..
Mak aku cakap semoga ilmu yang dikongsi menjadi pahala



Mak aku jer suka Singgang Ikan + Bendi ni
Mak aku kata sedap kalau hirup kuah
Aku x makan pun sebab ada bendi

SINGGANG IKAN + BENDI
1 ekor ikan mackerel - kerat 2
10 batang bendi-saiz kecil
1 asam keping
1 serai- ketuk
3 cawan air
1 sudu teh garam
1/2 sudu gula perang
3 bawang putih - ketuk
3 hiris halia
3 hiris lengkuas
3 hiris kunyit
5 cili padi

1. Masukkan air dalam periuk dan tambah serai,halia,kunyit,lengkuas,asam keping dan jerang hingga mendidih
2. Masukkan ikan dan bendi  dan masak hingga ikan dan bendi masak
3. Tambah garam,gula,cili padi dan perlahankan api.Biar mendidih perlahan beberapa minit
4. Sesuaikan rasa

**** Lauk ini lebih sedap jika dimasak beberapa jam sebelum dimakan supaya rasa kuah lebih sedap


Mak aku juga masak Tempe Goreng Kicap ni
Sedapppp sangat
AKu makan lauk ni jew



TEMPE GORENG KICAP
2 bungkus besar tempe- hiris nipis
1 labu bawang besar- hiris
10 cili padi- hiris
1/2 cawan bilis
1 sudu teh garam
1 sudu gula
1/2 asam keping
1/2 cawan kicap lemak manis
2 sudu cili kisar ( cili siap kisar bersama bawang mearah & bawang putih)- pes sambal
minyak

1. Gorenng tempe dan bilis berasingan hingga garing
2. Tinggalkan anggaran 2 sudu minyak dalam kuali dan tumis  cili kisar
3. Masukkan asam keping,garam & gula & masak hingga naik minyak
4. Masukkan kicap manis .
Tambah tempe goreng.ikan bilis goreng,bawang hiris dan cili padi hiris
5. Gaul rata & sesuaikan rasa


Ulam Raja
Ni Ulam Raja yang abang bawa balik dari Kedah

Ni Ulam Raja yang nenek kirim untuk abang bawa balik KL
Mak aku cakap sampai hari ini masih segar
Coz mak aku cakap renjis air dan masukkan dalam plastik.
Tak simpan dalam peti ais pun masih segar
Mak aku memang suka sangat ulam raja ni


Ikan Rebus Goreng
Lauk fav mak aku juga ni


Yellow Water Melon
Sedap
MAnissssss
Dah la jerebu ni sakit tekak jer
Makan lak tembikai
hahahaha...mak aku kata buat ubat



Nasi jangan lupa lak......
Temankan mak aku iftar jap

3 comments:

  1. Lauk pindang Asam bendir Dan ikan.. sedap..bila tak sehat makan Tu ..
    Lauk lain sedap

    ReplyDelete
  2. Lauk pindang Asam bendir Dan ikan.. sedap..bila tak sehat makan Tu ..
    Lauk lain sedap

    Kesimpulannya semua sedap la kan..
    Coz old taste like my mom🤭🤭🤭🤭🤭

    ReplyDelete