Sunday 29 March 2020

CREAMY CARAMEL CUSTARD- PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 11)

Hari ni hari apa ek?
Jap nak tengok calender...
Ooo.. Hari Sabtu..
Dah masuk hari ke 11 Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19
Hari ke 11 tu ingat
Tapi hari apa tu kadang dah lupa
Sejak dah x kelura rumah ni, hari pun dah x ingat..
Yang aku ingat 16 Mac 2020 adalah hari terakhir aku berada di luar rumah..
Sejak 16 Mac tu sampai sekarang 28 Mac aku belum selangkah pun keluar dari pintu rumah..

 Creamy Caramel Custard...
Mak aku masak untuk dessert hari ni
Dah lama pun xde dessert sejak Perintah Kawalan Pergerakan..
Makan pun dah x mewah macam dulu


Creamy Caramel Custard..
Selalu panggil Puding Caramel jer
Sajer kali ni letak nama Creamy Caramel Custard sebab nak bezakan post jer

CREAM CAREMEL ( loyang 6")
5 biji telur
¾tin susu pekat
¾tin air ( sukat guna tin susu)
1 sudu teh esen vanila
4 sudu gula pasir
1. Buat gula hangus.Tabur gula dalam kuali panas dengan api yang paing kecil
2. Biar gula mencair & jangan sampai hangus.
3.Tuangkan gula hangus yang panas tu sebagai dasar loyang..
4.Kalau risau gula cepat hangus boleh juga tambah 2 sudu air panas dalam gula tu & kacau hinngga larut..Biarkan agak pekat baru tuang dalam loyang.
5. Kacau telur.Jangan pukul..sekadar kacau supaya bercampur sahaja keran jika dipukul kembang ,akan ada lubng2 kecil masa puding masak nanti.
6. Sementara tu tuangkan 1 tin susu pekat & 1 tin air dalam periuk & masakkan hingga naik wap,tapi jangan sampai mendidih
7.Dengan hati2 tuangkan campuran susu panas tu kedalam telur & jangan henti mengacaunya hingga nampak agak berkrim & sedikit pekat.
8. Tuangkan dalam loyang berisi gula hangus & kukus lebih kurang 15 minit.
Kata mak aku jangan kukus lama sangat supaya tekstur puding cantik & rasanya creamy....
9. Bila dah masak & sejuk terbalikkan dalam bekas supaya jadi up-down side...baru nampak gulanya yang cantik tu

Step by step dan tips yang lebih detai dah pernah post dalam entri
PUDING CAREMEL LEMBUT BERKRIM MACAM TAUFU FA.. kat sini...

Actually mak aku cakap buat puding caramel ni sebab takut telur rosak
Hari tu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan mak aku beli 3 tray..
1 tray dah simpan dalam peti ais
1 tray lagi belum usik
1 tray yang ni silapnya aku dah tolong basuh sesiap
Aku fikir basuh sesiap senang skit kalau mak aku nak guna
Rupanya mak aku cakap telur yang dah basuh x tahan lama
Tambahan plak yang dah basuh ni x simpan dalam peti ais sebab x muat
So.. Ni dah lebih seminggu
Takut rosak


Puding dah siap masak
Warna coklat on the top tu mak aku cakap sebab ada gula hangus dah tercampur kat atas tu masa tuang telur

Telangkupkan bekas yang lebih besar atas puding & dengan hati-hati telangkupkan
Up side down la


Patutnya biar sejuk dulu
Supaya bila potong jadi cantik
Tapi ni mak aku nyer
Mak aku suka makan waktu panas-panas..

See...
Creamy
Xde lubang-lubang macam lubang cheese

Aku suka makan yang dah sejukkan
Baru feel

Bila dah sejuk potong pun nampak lebih kemas & puding x mudah pecah

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Lain Kali pecah telur siap siap tiga atau empat biji letak Dalam Plastic simpan Dalam freezer.bila nak masak kluarkan. Boleh Simpan putih saja satu bekas,kuning satu bekas. Tak pon pecah sebiji campur putih kuning sekali Gus. seal plastic masuk freezer .nak masak keluar Dan masukkan je ..thaw dulu kalau nak buat Dadar etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Freezer kecik🤭
      Muat2 simpan frozen food jer.
      Tu pun main sumbat jer sebab nak kasi muat juga. 😁😁😁

      Delete