Thursday, 19 March 2020

SINGGANG IKAN + BENDI vs BUDU


Singgang Ikan + Bendi

Dalam social media banyak cakap singgang antara makanan yang baik dimusim wabak corona
Aku tak tau apa kebaikannya
Tanya mak aku pun mak aku x tahu
Maknaku cakap mungkin juga sebab singgang ni antara makanan sihat
Tiada lemak
Kurang pedas
& banyak sayur
Kottttttt.....


Ikan Rebus Goreng
Actually ni semua bukan hari ni nyer masakan
Ni mak aku masak minggu lepas
Hari Selasa
Masa mak aku cakap kena gi event kat Pudu
Masa tu belum ada perintah Kawalan Pergerakan lagi
Hari Selasa tu mak aku balik awal sebab event habis awal
Mak aku balik terus masak..
Dapat lunch berdua ngan mak aku
Pastu petang sama-sama gi amik kakak balik kerja
Malam tinggal abang ngan kakak jer dinner
Sebab lunch dah petang
Masih kenyang

SINGGANG IKAN + BENDI
3 ekor ikan kecil
10 biji bendi
2 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
1/2 kiub bilis
1 biji tomato
1 cili merah
5 cili padi hijau
1/2 bawang besar - hiris
3 bawang putih - ketuk
3 hiris lengkuas
3 hiris halia
3 hiris kunyit segar
1 batang serai

1. Isikan 5 cawan ait dalam kuali & tambah asam, garam, gula perang, serai, lengkuas, kunyit, halia, cili merah & masak hingga mendidih
2. Tambah ikan & tomato & masak lagi hingga ikan terjojol matanya menandakan ikna sudah masak
3. Tambah cili padi hijau & bendi
4. Boar beberapa minit & sesuaikan rasanya d matikan api

***Singgang lebih sedap dimakan setelah beberapa jam selepas dimasak


Ikan Goreng ni mak aku ada buatkan bff nya

Taraaaaa..... Budu
Sedap ooo cicah ikan goreng
Mak aku buat cicah ngan bendi

Makanan fav kakak

No comments:

Post a Comment