Monday, 23 March 2020

CUCUR KEMBONG vs KARI IKAN

Dah masuk hari ke 6 Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19
Masa untuk karang d publish pic-pic yang xah berderet dalam draff


Cucur Kembong vs Kari Ikan
Ni bukan hari ni
Ni minggu lepas nyer masakan mak aku
Hari Ahad lepas nyer breakfast
Dah sampai Ahad dah pun hari ni
Dah seminggu la dalam draff


Cucur Kembong cicah kari memang antara kuih yanv selalu mak aku masak la
Exspecially kalau masak kari ikan

Bukan kat KL ja mak aku masak cucur kembong ni kalau ada kari ikan
Balik kampung pun kalau masak kari ikan
Memang  hampir wajib kena buat cucur kembong ni

Mak aku cakap bukan kat rumah kitorang je
Bukan takat kat rumah nenek jer
Bukan takat kat rumah achik jer
Tapi mak aku kata kebanyakan rumah orang lain pun kat Kedah kalau masak kari ikan
Pasti akan disusuli dengan cucur kembong untuk cicah kuah kari
Kalau x cucur kembong ni ada yang akan buat lempeng kelapa cicah ngan karinkan



CUCUR KEMBONG BOLAT- BOLAT
1½ cawan tepung gandum
1 cawan air suam
½ sudu teh yis mauripan
3 sudu gula
½ sudu teh garam
Minyak untuk goreng
1. Campur tepung,garam,gula dan yis dalam bekas.Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh hingga dapat adunan pekat..
Perapkan 10- 15 minit supaya adunan sedikit mengembang..
JANGAN perap lama sangat. Kalau lama sangat nanti bila goreng dia terlalu kembang & susah nak bulat. Akan jadi dinasoršŸ¤£
2. Bila dah biar dalam 10 minit adunan nampak lembut dan kenyal
3. Panaskan minyak dan jemputlah adunan tepung menggunakan hujung jari. Barulah kuih jadi bolat..
Kalau guna sudunpun boleh tapi kuih x lah terlalu bulat.
4.Bila di masukkan sahaja dalam minyak memang kuih akan cepat timbul kerana yis sedang mengembang.Goreng sambil dibalik- balikkan hingga garing
5. Angkat kuih dan toskan atas kitchen towel
Hidang panas- panas dengan Kuah Kari

Untuk sep by stepboleh rujuk CUCUR KEMBONG BOLAT-BOLAT... kat sini..

No comments:

Post a Comment